Wednesday, March 27, 2013

paranormal: misteri ikan kering madu

Posted by nurul shaida at 11:32 PM 0 comments
pada suatu malam, cuaca serasa hening tidak seperti malam2 sudah. tiada seekor pun cengkerik mahupun kelawar berdendang di tepi tingkap seperti biasa. tingkap kaca yg berada di sebelah sofa 3 seater tempat aku meniarapkan diri sambil ditemani laptop usang yg telah pun berusia 5 tahun dikerling sekilas. duh, lupa pula menurunkan langsir. cepat2 kularikan pandangan dan kuhalakan ke arah si suami yang nyenyak bermimpi di atas comforter.  cuaca dirasa semakin membahang.. padahal jam telah pun menginjak ke angka 12 malam. mungkin sekarang musim panas. aku menyeka pelu di dahi dan di perut. oh, kurasa air peluh menitik2 di perutku, bahana memakai Fellina inch loss. seketika, diri tersenyum sendiri mengenangkan lemak2 yang sedang terbakar di dalam badan.

 laptop di depan muka terasa berbalam2. sebenarnya aku sedang membuat final editing untuk wedding pictures salah seorang pelanggan yang dateline nya tinggal seminggu saja lagi. biasa lah, sudah melekat habit last minute girl dalam diri, starting from zaman belajar smpailah ke alam rumahtangga, kini bawak pulak ke alam pekerjaan. tapi tak penah xsiap, even last minit, tp siap jugak. dateline force katenya.

tiba2, perut mengeluarkan bunyi-bunyian yang tidak berirama. kerja-kerja ku terhenti seketika. aku menepuk2 perut mententeramkan diri. secara perlahan, perut berjaya ditenangkan. aku pandang jam lagi, lagi setengah jam untuk masuk ke pukul 1 pagi. aku berkira2 kepingan gambar yang masih tinggal. berbaki 45keping. phew. 

lenguh meniarap, aku bangkit membetulkan urat. pinggang yang semakin hari semakin lari measurement dilurut2. suami tdo senyenyak bayi. duuh. aku cemburu dgn ketenangan tidurmu, abang.
aku menapak perlahan-lahan ke ruangan dapur.  aku menuju ke arah peti sejuk dua pintu, menyelongkar jus buah-buahan yang masih tersisa. namun hampa. rupanya sudah kehabisan stok. baru aku teringat. rasenya sudah lama kami berdua tidak berbelanja besar untuk barang dapur. memandangkan bulan 3 adelah bulan yang hectic, dan kebarangkalian utk aku masak dan makan di rumah adelah 0.07 peratus sahaja, maka kami memutuskan untuk tidak berbelanja besar. cukuplah sekadar sedikit buah-buahan sebagai snek dan beberapa balang mini popia tinggalan ibu minggu lepas. 

tiba-tiba...kaki bagaikan tertarik untuk menuju ke meja makan. terdapat saji dan lauk lebihan makan malam tadi. aku pun tidak tahu ape menu suami dan atukku malam tadi kerana aku on diet. selalunya mereka berdua sahaja yang conquer meja makan , baik lunch mahupun dinner. aku akan lari duduk jauh2 supaya tidak termakan hasutan suami.

ntah tiba-tiba, hati berasa berdebar-debar apabila terpandangkan sesuatu di dalam piring kecil berwarna perang.  hati tertanya-tanya apekah gerangan makhluk hitam leper seakan2 kodok digilis lori ini? kerutan di dahi mula berlapis. hati bergendang hebat. entah kuasa apa yang merasuk, aku seakan akan dipukau untuk terus duduk, tunduk merenung dan menguis2 makhluk pegun tersebuk. 

terus angin membawa keharuman semerbak menerjah hidung ku. 'ah, tak boleh jadi nih" getus hati kecilku.
seakan -akan lupa diri, dipukau, aku terus menceduk nasi dan meletakkan di pinggan. geram kerana makhluk itu seolah2 memanggil2 namaku, aku terasa ingin menamatkan segalanya disini. peluh jantan memercik di dahi. punggung bagaikan terpaku di kerusi. aku beristighfar di dalam hati. ya Allah ya Tuhanku, kuatkan lah semangat ku sekarang.

hampir 5 minit, aku bagaikan tidak sedarkan diri dari kerasukan ini. aku telah tertambah nasi sebanyak 2 kali. perut tiba2 terasa penuh dan tangan berbau hanyir.  kegilaan ini benar2 telah membuatkan aku lupa diri. aku terasa marah dengan makhluk hitam yang seakan mengejekku ini, walhal separuh dari badannya telah lumat aku kunyah dan telan..

aku takut. tetapi pada masa yang sama aku berasa sungguh marah terhadap makhluk ini. hatiku sungguh berdendam kerana telah menguasai diriku dan merosakkan diriku. ketika mencapai senduk untuk tambahan ketiga, tiba- tiba..

"yang buat ape? makan nasi??'
  tap. bunyi senduk dilepaskan. suami menghampiriku dengan pandangan yang pelik. lantas, periuk di atas meja dipandangnya sekilas.

"amboi, banyak nye makan. tinggal suku periuk. tulahh..tadi berlagak sangat, seharian xnak makan nasi, konon nak diet. diet pe benda lagi ntah, bukan gemok pun,"

aku tersentap. what? suku periuk telah kuhabiskan????
dengan muka tidak puas hati, aku bertanyakan pada suamiku, "syg, ni benda ape ni rase manis2 keras ni?"

"oh..itulah ikan kering madu.." jawabnya lantas kembali ke ruang tamu untuk menyambung tidur.

aku terpana. 

CIS, IKAN KERING MADU! aku berjanji, aku takkan menghampiri saji lagi sekiranya makhluk manis itu terhidang di dalamnya.


ROSAK PROGRAM DIET AKU!!

Sunday, February 17, 2013

muhasabah cinta

Posted by nurul shaida at 9:20 PM 0 comments
assalamualaikum,

lately kan, ade satu lagu ni asyik lah duk terngiang2 kt telinga. puas dh recall apekah tajuk lagu tersebut.  then aku mcm teringat yg member kpd roomate aku mse degree dlu tu, slalu duk ulang2 lagu ni dr laptop beliau. dh la maha kuat, bila aku kuar masuk bilik nk ke toilet je mesti dengar. haunted jugaklah lagu ni dlu kt apartment aku tu.( oh ye, kt UiTM puncak alam, hostel dh mcm rupa apartment, satu rumah ade 4 bilik, 1 living hall, dan satu washroom.)

then, a few days ago, aku terdengar balik lagu ni kt radio. mase tu dh nk dekat2 magrib rasenya, otw balik umah. biasa lah kan dkt2 nk azan radio akn putarkan lagu2 islamik sket. teeeerusss melekat melody lagu ni dlm otak. nk nyanyi tak tau lirik kan, so i mumbling jela haha. semangat ni, terus hari ni google kt tenet guna hrase "butir butir cinta.." ayat ni je yg aku dpt tangkap n ingat. wah kau, butir butir kau mane penah lupa kan? ngahahaha. so, layan the lyrics. boleh download jugak kt 4shared. but not provided here. kejam tak kejam.

miahaha. eh, jap aku try kelebet gmbr2 kt uitm puncak dlu. skadar refresh memory.







Wahai pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dari Mu
Kupasrahkan semua pada Mu

Tuhan baru kusadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini ku harapkan cinta Mu
Kata kata cinta terucap indah
Mengalir berdzikir di kidung do’a ku
Sakit yang kurasa biar
Jadi penawar dosaku
Butir butir cinta air mataku
Terlihat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya Illahi Muhasabat cintaku

Tuhan kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku dengan Mu

Monday, January 7, 2013

Istanbul Aku Datang

Posted by nurul shaida at 1:18 AM 0 comments

salam.  aku  nekad. aku nekad dan berazam untuk tidak menjadikan blog aku tempat untuk preview filem, tempat belajar memasak, hatta tourist directory.  biarlah blog ini kekal dengan tidak mempunyai visi dan misi, dan tidak mempunyai jati diri. biarlah. biarlah ikut suka aku. meniru orang itu cliché kau tau? ( dan perasaan utk tidak meniru sesiapa juga adelah sangat cliché, hoi!)

tapi cerita di atas, cerita Istanbul aku datang (yang selepas ini ditulis sebagai IAD) bagai menarik-narik minat dan mood aku untuk mengupdate blog dan secara tidak lansung, aku menjadi seperti blogger2 lain yang menjadikan filem review sebagai modal mengupdate blog. bravo..bravo.. sy tabik betul pada anda yg sgt suka memberi ulasan. mesti buat research aritu anda semua score part article review kan?

okay. berbalik pada iad. kenapa aku begitu jatuh cinta pada filem bergenre komedi romantic ini? walaupun zaman dulu2 aku juga pernah meminati newboyz (jangan buat muka! aku tahu korang jugak suka tgok his babyface kan! maluew ler teww nk mgakuu) tp kehadiran tomok dalam cerita ini adelah sama spt kehadiran subtitle dlm filem melayu. sangat tidak membantu. maksudnya, tak ade pun tak ape. kan dah guna bahasa melayu, buat ape nk guna subtitle melayu kan..

yang penting sekali, masyaAllah! Istanbul is great!! aku macam rase rugi kalau kerdipkan mata mase tengok cerita nih.(hiperbolanya). tapi serius..aku macam jatuh cinta kali pertama dengan scenery, the buildings, the arts and the weather of course! hailah. bestnya kalau dapat pergiii..

okay,  Istanbul adelah sebab utama aku rekemenkan cerita ini pada officemate and my siblings. I sanggup beli astro first dua kali untuk cerita ni uols. jangan tak tau.sangat hover. pastu bil astro melambung. pastu tak puas hati, mintak lg dgn colleague yang ade citer ni, nk save dalam pendrive. buang tebiat ape ntah. slalunya stok2 filem melayu aku terus delete lepas tengok. bukan mcm cerita korea, nehi never lah nk delete kan. sanggup ni beli hardisk semata2 nk simpan semua buat koleksi. nak2 lagi reality tv show diorang..oh, I love my lappy because my kachak heroes in it. hahaha.

kembali ke alam nyata. maaf, pengulasan saya tersasar dari landasan sekejap.  jadi, Istanbul itself boleh dikatakan sebab utama aku menggilai cerita ini. maka, alasan-alasan lain adelah seperti berikut:

1)      Lisa Surihani – yah, aku minat tengok dia berlakon. even tak mcm fasha sandha, tapi cute ape lakonannya. she have a cute behaviors, believe me!
2)      dia (lisa surihani – yg juga heroin cerita ini) memegang watak sebagai Dian. dan Dian adelah nama kegemaran aku sejak dulu, kini dan selamanya. boleh dikatakan sejak bujang, berkahwin, dan smpai sekarang aku nekad menamakan anak2 aku spt Dian Sofea, Dian Sumaiyah, Dian X, Dian Y, bla..bla…bla..
3)      I love colour block. dalam cite ni si Dian selalu memakai kaler yang sangat blocking, contoh, seluar biru stoking tinggi oren, tas tangan oren, jaket ijau. so sweet okay. its remind me to my sista, ain yang suka color blocking, suka menaikkan darah mak aku bila tengok dia pakai skinny kaler merah dengan kasut biru, dan bercardigan polkadote peach.
4)      aku suka Beto Khusairy. dan start dari cerita ini, aku terus meletakkan Beto sebagai hero pujaan.. tolak tepi sume Fahrin Ahmad, Aron ajis, adi putra..etc. beto plays a good character sbgai housemate Dian, yang pada mulanya tak tahu pun dian check in menceroboh rumahnya. dingin, sarcastic, yet caring. here he is.
5)      dan of course, aku cerita jalan ceritanya. even my officemate ckp crita ni quite lembab dan membosankan, tapi tak pe, ianya seakan in dgn aku. kene dengan jiwa. bila anjing dengan kucing (Dian & Beto – aku lupa nama watak beto dlm cite ni) yang selalu bertekak bergaduh bertumbuk kt umah ni tetiba jadi close, dan si hero ni mcm boleh jadi comfort pillow pada si dian yang tengah frust dgn azad (tomok), I loveeeeeed the way he show his kindness.  walaupun nmpak macam bangang, tapi sebenarnya betul, tepat dan relevan untuk dilakukan ke atas wanita-wanita yang sedang putus cinta/ bersedih. ianya tiba-tiba mengingatkan aku pada:                                      
a)                           mr.A – mase aku year six, aku Cuma dpt 4A saja dalam UPSR. tiba2 rasa cengeng, padahal aku dh expect dh aku takkan dpt straight A. tiba2 menangis, dan dia, mr.A, si kacang hantu, kacang tanah, kacang busuk buruk nih, yang selama ini aku TERAMAT bencii meluat menyampah sebab suka membuli aku (hingga aku pernah doakan supaya dia mati cpt) datang, berdiri disisi aku lalu berkata, “rileks lah. jangan nangis. okaylah tu dapat 4..aku dapat 1 je. tak nangis punn…” sambil si budak cengeng ini sok sek sok sek sedut hingus dan air mata..dan dia menyambung, “comel lah mung nangis. tahi lalat mung bergerak2..hidung merah..” dan aku, makin kuat lah melalak.  tapi the best part is, “suka lah tu orang puji dia comel mase nangis, sebab tu xbehenti2  nangis..” mcm haram. keji tak? tapi bila di ingat2 lagi, owh. this is the way he express his concern.
b)                          mr.B – mase form 5. nk kata bercinta tu macam tak lah. sbb masing2 xpenah ckp pape. cukup skdar aku dilayan lebih drpd orang lain, dan aku pun mempunyai perasaan yang berbeza terhadap dia berbanding classmates lelaki yang lain. mase tu, aku tengah nangis jugak, (cengeng amat budak nih! keje kau asyik nangis jeke??) then dia ckp, “eh, dahla menangis, malulah. semua orang tengok…dah dah..dah.. jom, kita pergi koop nak? saya belanja air. awak nak air kotak soya? milo??’ then aku mse tu memaki hamun di dalam hati sebab dia sungguh tak memahami perasaan aku ini sbb aku anggap offer sekotak soya itu adelah gurauan biawak dia. lalu dia sambung lagi. “tapi..comel lah kalau awk nangis..” and aku, masih lagi menangis and u guess what? ye, lelaki agaknya sume mulut longkang kot time ppuan menangis. dia boleh sound aku, “suka lah orang puji dia comel..sebab tu masih menangis..’ otomatik aku berhenti menangis dan tahan air mata. lahabau punya budak kann.. kira sejarah berulang lah ni.
6) Dan, aku suka watak Dian yang sangat transparent dalam cerita ini. dia suka utk express her feelings toward his fiancé to be, azad.. tapi kadang2 terlalu jujur ni tak elok jugak.  and poor dian, sad ending untuk her r/ship with azad. but,, jeng..jeng..jeng..
“MELEPASKAN BUKAN BERERTI BERAKHIR SEGALANYA, SEBALIKNYA IANYA ADALAH PERMULAAN BAGI YANG BARU”. That’s it!

7) ending? tak surprise pulak aku cerita kan. cuba korang layan sendiri. tapi aku tak jamin la tahap kebestannya melalui persepsi orang lain. tp menurut piawaian aku, citer ni Heebak!!


Wednesday, January 2, 2013

bye bye 2012

Posted by nurul shaida at 12:29 AM 0 comments
tahun baru
azam baru
semangat baru
angan-angan baru
impian baru
hidup baru.

dan..,


er, template baru..

hahahahahhaharuslah semangat kan nk update entri sebab rupa paras pun dh baru. actually kan, aku menyampah tahap tak hengat dengan template sebelum ni. rasa mcm eii.. tanak mengaku je tu blog aku yg punye. tapi itulah, takat pendam rase jelah menyampah pun.. nak tukar template baru memang tak sempat.  takde mase. so biarlah aku mensakitkan mata semorang dgn template tak semenggah tu. dahla template tak semenggah, entri plak tah hapa hapa. memang sadis kau, nakk..

amboi, kutuk blog sendiri nampak.

ehem. cuak jugak ni dah masuk tahun baru. maknenya, kita ada new session of 365days to fulfill. and of course, a big THANKs TO ALLAH sebab masih diberi kesempatan utk kita menumpang di atas bumi Tuhan yang semesta alam ni.syukur..

asal tahun baru je fb, twitter,blog..wordpress..etc..lebatlah dengan post2 azam memasing. before this, zaman dolu2 aku mcm tak kesah pun nk new year ke, nk end year ke..(eh, end year aku alert sket sbb ade YES)
tp kalau pasal azam aku mmg pandang enteng sket sbb aku thu dh..ble dh msuk april mei je, azam ke mane, aku ke mane. memang kelaut semua. tu pasal aku mls berazam

tapi kan , a few days before 2013, semacam ada satu lintasan kt otak aku mse aku tgah drive aritu, iaitu aku pun nk cliche like others jugak, yg ade azam huehuehue.. so, here is my azams; (azams sbb byk nau aku pye azam. kahkahkah.)

1) aku berazam utk menjadi good wife (smlm lg dh hancur sbb smlm aku menjawab.err..)
2) aku berazam untuk menjadi anak yang baik
3) aku berazam untuk getting slimmer (maluew dh gain weight)
4) having babies
5) forgive and forget everything and everybody (oh susahnye lah nk buat ni wehhh)
6) be on time (aku dpt warning letter beb last year sbb slalu lmbt pg keje)
7) toyota vios
8) kumpul duit dan bisness banyak2
9) dan yang paling penting..aku berazam untuk memenuhi semua azam tahun nih!

Sunday, December 30, 2012

paper fan project

Posted by nurul shaida at 8:55 PM 1 comments
cak!

assalamualaikum.

aku ingtkan thun dpn baru nk buat entri, tp tup2 ade entri penutup utk 2012. unsangkarable sungguh.  lately, byk bebenor unexpected event berlaku dalam 2 3 hari ni. well, actually entri ini khas utk egee, yg td duk pm kt fb tye how to make paper fan.

paper fan?

paper?

and then, fan?
...ye betul tuan puan, kipas kertas, ala, kipas kertas yg kita duk buat mse zaman tadika dulu tu. sape tahu skrg mende alah tu dh jadi bahan komersial dan dijual area rm2 - rm6. dasat..dasat.

takleh nk recall lagi? lihat gambarajah dibawah;








aku guna paper fan sbg backdrop utk photobooth.  ade jugak orang guna utk hiasan pelamin spt:

awesome gila kan. so far, aku tak penah lg buat pelamin guna material paper fan, mini pelamin pun belum.. kalau ada yg request, aku akan buat.

maka, cara-caranya adelah:
1) ambik sehelai kertas, size mengikut nafsu masing-masing; then dilipat2 sama besar.
2) lipat dua, dan buat lg satu set.
3) tie them together.
4) hias dgn dolly paper.  kalau nk hias dgn paper fan size kecik n berlainan kaler pun okay jugak. ikut nafsu masing2 ye

weh, ape tu dolly paper?

dulu aku jakun jugak, tp rupanya adelah begini;
senang je nk dpt kan dolly paper ni, kt tenet n fb rmai yg jual. aku pun ade jual, egee =)

mase birthday celebration aku hr tu
okaih, oleh kerana aku update smbil lunch, maka entri kali ini sekadar cukup cukup makan saje. peace yo.


Wednesday, September 26, 2012

tak bace tak pe.

Posted by nurul shaida at 2:19 AM 1 comments



lame gila tajuk entry. tapi betul ape, mmg tak baca pun tak pe entry kali ni. sgt tak improve dan sangat tak berinformasi.

*just reminder pada diri sendiri supaya berhenti berharap*

aku berhenti berharap..dan menunggu datang gelap..sampai nanti satu saat..tak ada cinta ku dapat..

tetiba terngiang lagu SO7 yg penah aku minat dolu2.

hari tu, lepas gigih bulatkan tarikh kt calendar tepi meja opis ni, aku mcm nekad nak beli benda alah tu. sebenarnya aku dgn benda tu mcm ada ‘love-hate’ relationship sket.  kdg2 aku rs cm aku nk je dptkan benda alah tu tp at the same time, aku rasa cm nk ghaibkan sume stok yg ade kt 7E and farmasi.

akan tetapi,

memandangkan bulatan merah yg aku tanda kt calendar dh berjumlah 59 hari, 59 hokey, bukan 5 hari, aku pun dgn bmacam perasaan dh tanamkan niat dlm hati nak pegi beli bila balik keje nanti. so, dh siap2 punch out.. tgh panaskan enjin kereta, dlm benak ni msih nk buat kira2 nk beli ke tak.. sebelah hati ckp pergi, sebelah kubur   hati lg kata jangan. tapi dalam duk pusing2 bandar (sebab hati still confuse nk pegi ke tak), drive juga tuh menghala ke farmasi mercury.  mcm serba tak kena jadinya.  padahal dh berpuluh kali pergi farmasi ni  cari ubat migraine laki sendiri tp hari ni ntah cmne boleh pulak msuk one way pye jalan. dh terpaksa parking terbalik. kereta org lain sume mgadap belah sane, aku mgadap sini. nsib baik abg2 polis takde buat o.t round Bandar hari ni. if not, dpt je love letter percuma.

so, bila dh gelabah tu, seluruh tapak yg ade kt badan ni mula lah sejuk semacam.  tapak tangan lah paling obvious.  tiba je kt dpn farmasi tu, 1 van putih besar gabak behenti btl2 dpn  premis tu.  van polis uols. hambik kau, 7 – 8 orang pak polisi yg berpakaian biasa kuar dr van tu and msuk farmasi. ape motif ntah diorang bhenti farmasi ramai2 camtu..

aku ni, sebenarnya pemalu. diulangi, PEMALU.  aku kan masuk kedai nk beli benda tu. diorang pulak jantans jantans nis buleh pulak window shopping reramai dlm farmasi tuh. if stok baya2 bapak aku takpe lah jugak, ni stok baya2 aku and early 30s saja.  time ni pulak dia nk datang farmasi kann.. dia tak tau ke aku nk dtg hari ni. dtg lain kali tak leh ke diorang ni?  tp farmasi ni bukan aku yg punya, kalau tak, aku dh tulis signboard awal ‘abang2 ganteng dilarang masuk. budak pemaluew sedang beli barang’. hnsf hnsf. control lubang idung.


ntah pape ntah haku ni. dah besar tagun lagu ni pun malu nk beli benda tuh. padahal dh kawen. relevan lah if aku beli pun.  orang tak kawen lagi selamba badak beli, takkan aku takleh buat selamba badak sumbu jugak kan. tapi tak, tetap jugak malu. ntah hape hape ntah

*kadang, aku terasa diri mcm pemalu gila. suci gila vavi rase* ngahaha.

pusing punye pusing dalam farmasi tu, tgok jam dh nk dekat pukul 6, nanti membebel pulak laki kt umah tunggu bini balik lewat, aku pun cpt menuju kea rah sorang pharmacist yg tengah susun stok. then, aku bisik, ‘miss, @#$%^&*! ade tak?’ gila slow aku bisik dowh. ntah pape. then dia ckp dgn slow, agak nya dia phm masalah malu tak bertempat aku ni, ‘ade..jom pergi kaunter’.. hehe. maafkan saya.

setel. dpt je brg, terus jalan kuar tak toleh kiri kanan dh. takut benar lelakis lelakis tu nmpak aku bawak menda alah tuh. alahai. dah kau kenapa sebenarnya nih???

balik rumah, masuk bilik air, bukak paip nah kau! terus tersiram benda alah tuh. nge. terus tak valid. aku rase lah. mesti tak valid kan. kau test la lapan jam pun ape pun tak kluar. tapi aku cuba jugak nasib. aku test jugak and tunggu dua jam, tetap cmtu je rupa dia. confirm invalid.

conclusionnya, DONE percubaan hari itu. dan burn rm11 aku. sheesh.

aku ni, kalau beli bnda alah tuh adeeeeee  je yg tak kena. 1st beli ari tu, sia-sia. kali kedua ni, jahanam awal 2 lagi. kali ketiga? takde maknenya aku nk beli dah. lantak lah nk jadi ape. belum sampai seru lagi kot.

wahai inche #$%^&*, kita mmg tak penah berjodoh, kan?











































dip and tell lah sangat kau kan!

Thursday, September 20, 2012

alhamdulillah. allahuakhbar.

Posted by nurul shaida at 11:00 PM 0 comments
"mung tokse mengandung lagi ko?"


mesej dari my mum beberapa jam yang lalu, yang membuat kerja2 (fesbuk) tergendala seketika. rasa speechless tetiba. and tetiba rasa lost. 

"bakpo tanyo gitu? nok ngasuh cucu ko hahahah" 
perasaan lost spt biasa aku selindungkan dengan lawak jenaka bodoh yang tak berapa nak lawak. padahal dh tahu tahun dpn mak aku bakal timang cucu sulong.

"pagi tadi ma dgn adik pg pasar kuala besut. tanya tilam budak comel2 pulak tu. murah je. ma nak beli serba 1 cucu sulung mu ngan ayu. sibuk adik suruh beli selalu tilam tadi"

eksaited eh. sape yang tak eksaited tengok barang2 baby yang tecik tiut tomey tuh kan. my adik bongsu tu paling over..sejak dia thu my kakak pregnant sibuk mulut dia mcm mak nenek pesan itu ini. suruh minum susu lah..jangan lasak2 lah..mulut mcm mak nenek padahal baru darjah 5. aku syak, dia selalu dengar mak aku cakap telefon dgn my kakak kot. 

memula aku memang tak kisah bila diri ni belum ada apa2 isi selain lemak tepu di perut..even most of my friends yang kawen lebih kurang dgn aku dh start membusung pun aku rilek je.. bagi can kt diorang dlu.. rezeki diorang sampai dlu kan.. aku maybe esok2 adelah tu.. mase awal2 nikah dlu, aku takde plan ape2, kalau dpt dalam mse terdekat pun aku terima (bukan takde bapak kan?) tp my hubby bilang, "yang..tak payah mengandung lagi lah, nanti bulan 3 kan nk sanding. nanti perut nampak atas pelamin.." padahal dalam hati aku duk cakap, 'kalau mengandung skrg ape salahnya, alah setakat bulan 3 tu perut aku tak berapa nampak sgt.." tapi my hubby berdegil dgn pendirian dia. my mum pun slalu sound' "taknak mengasuh cucu lagi ye..bia stabil2 dulu keje kau tuh" OK FINE. 

tp after reception ari tu..kitorang mmg start nak having babies. lagi cepat lagi bagus. sebab mcm dah bosan tgok muka hubby je kat umah huehue. taklah, aku tipu. mane boleh bosan tengok muka laki sendiri. kalau dulu makciks and pakciks both side (ma and abah) sibuk duk tanya bila nak kawen..bila nk kawen..now aku ingat bila dh kawen ni diorang diam dah rupanya tak. sekarang asyiklah duk tanya dah ade isi belum? dah mengandung ke? bila nak ade anak? hnsf.

my sepupus tiris pun sama. hamboih, tak sabar korang nak lengkapkan angkatan bala tentera ye, agak2 mau retak rumah atuk time raya kan korang ni? tapi jawapan skema aku cm biasa lah..takde lagi laa..[sambil2 tepuk perut]. tapi dalam rilek2 tu pun kami berdua tak behenti USAHA.

tapi lately, aku macam terasa something. terasa macam incomplete. semua cita2 dan impian dah tercapai dalam tangan..tinggal nak maintain kan saja. akan tetapi, tetap rasa kureng. bila duduk sensorang..raba perut sendiri..and i admit yang aku mmg feel lonely without somebody in my womb. walau pun aku tak penah ada experience cm mane rasanya bila ada somebody bernyawa inside my body.. tapi aku tetap rasa sumthing yan g kurang. rasa mcm belum betul2 jadi seorang perempuan dan seorang isteri.

alhamdulillah.. aku belum pun tergerak hati utk cemburukan orang lain yang sudah bergelar ibu.  aku tumpang gembira. dan sama2 merasai gembira seolah2 kami berkongsi rahim yang sama, sedangkan my womb still empty. mungkin itu adelah naluri semulajadi seorang perempuan kan? kadang2, aku curi2 pandang perut my kakak. tapi belum ade kekuatan untuk menyentuhnya. kadang2, aku jeling2 barang2 baby kat kedai..tapi belum mampu utk memegangnya.  jiwaku tak sekeras luaranku.

Allahuakbar. Allah itu maha besar. Dia maha mengetahui kenapa aku masih begini. Dia takkan menduga hambaNya tanpa kemampuan. aku redha. 

dan maafkan aku, isu mengandung sudah termasuk dalam 'sensitive list' aku. do not ask again.

::mandom mode change. turn back to normal::

nah, gambar bayi buat tatapan.



 

akulah gadis itu Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea