Thursday, January 5, 2012

dugaan.

Posted by nurul shaida at 10:09 PM 0 comments
tadi pagi, one of my bff  msj;

dia:  leen, nangis mse prepare wed ok ke?

aku:  oh, normal..aku slalu nangis sorg2 kdg2 nangis masa drive. kadang2 melarikan dri drive jauh2 n nangis sorang2. nak nangis kt bahu tunang xhalal lagi time tu keh2

dia:  ooo..ok, i am normal. hehe...


boleh gelak lagi member sorang ni tapi aku paham kat dalam hati dia ada rasa apa.  tapi aku tanak panjangkan lah sebab musabab dia msj macam tu, personal dia kan.  cuma aku nak bagitau, menangis dekat2 menjelang wedding adelah NORMAL.  kau bukan e.t or alien kalau berperangai camni.

dulu, masa akak aku kwen, sekitar bulan julai 2011, aku stress tengok dia stress.  akak aku amik unpaid leave selama sebulan untuk settle kerja kahwin. actually, dia cuti 2bulan, 1 bulan bergaji, another month tu unpaid.  dia takpelah, keje dengan bakal abang ipar dia time tu, and dia punya bos kecik adelah husband dia sekarang.  dan cuti seumur hidup bergaji pun takpe kan.  kebetulan, time tu aku bhenti kerja kat KLIA n pindah ballik raub.  konon2 macam nak tolong2 kakak aku apa yang patut lah.

masa tu lebih kurang sebulan lagi lah dengan tarikh kawen dia. ke hulu ke  hilir sorang2 g tengok pelamin, kejap2 g tanya tailor tentang baju pengantin.  masa tu husband dia still kt temerloh, n macam ada perintah berkurung la diorang ni tak leh berjumpa takut ilang seri ke ape ntah.  terkial2 lah kakak aku tu.  plus, masa tu diorang macm ada krisis.  kakak aku pernah tanya aku, "ada tak pengantin lari ek?"  aku jawab, "ada..kau nak lari ke mana, aku boleh tolong bawakkan. pakai keta aku, kau tuang myak."  masa tu duk pikir, dia ni stress gila nampaknya, kan best kalau dapat kuar dari raub ni hirup udara segar sket.  tapi, namanya mak kitorang nak bagi jalan jauh2 dekat2 nak kwen, memang TAK lah kan.  and sadisnya, aku pernah tengok kakak aku buat gubahan hantaran atas katil, sambil baring.  kejap2 dia campak ke tepi barang2 tu. kejap2 dia ambil balik, sambung gubah. and last2 dia tertido. tapi selalunya pukul 9 malam dia dh terbongkang, masa tu dia tak sms pun dgn tunang dia.

bila tengok kakak aku camtu, aku terpikir; kenapa bakal pengantin macam suffer je dekat2 nak kahwin? masa tu lah nak bergaduh gile2 dgn tunang, masa tu lah nak emo tak pasal2, masa tu lah nak sensitif.  bukan ke kalau nak kahwin kita sepatutnya gumbira?  bukan ke muka kene ceria bercahaya, bibir tersenyum je? bukan ke macam tu?

dari situ, aku berikrar; BILA TIBA MASA AKU NANTI, AKU TAKNAK EMO, AKU TANAK SUFFER, AKU TAKNAK STRESS AND AKU NAK BUAT PERSIAPAN PERKAHWINAN DENGAN PENUH RASA GEMBIRA.

tapi, kau tahu apa jadi?

sebulan sebelum aku nikah-----> everything is fine.  tapi tiga minggu sblm nikah, aku dah mula stress.  kalau kakak aku ari tu stress dgn tunang dia, aku stress dgn keadaan n family. and keadaan aku lbh teruk dari kakak aku.  aku buat semua kerja, dari bersihkan rumah, design langsir, tengok pelamin, plan for wedding, prepare guest's list, pikir nak letak apa dlam goody bag, pikir nak bagi souvenier apa.  dahlah masa tu jadual aku pack dgn kelas, banyak kelas nak kene ganti masa tu. pagi petang siang malam aku kene buat replacement class.  tak cukup tu, weekend ada replacement class lagi. aduilah hai.

aku pernah, terasa dengan family, aku drive ke bandar raub, pusing2 cari port best last2 aku jumpa taman awam kt depan hospital raub.  ha duduk lah aku menangis mengugu-gugu kat situ.  seminggu nak kahwin, aku tanya tunang aku, "kalau kita tak kawin tak boleh ke?".. "tanak lah kahwin, syg nak kwen ke?" mcm2 lagi lah pertanyaan pelik2 aku bagi kt my fiance mase tu.  sib baik dapat boifren damn cool, dilayankan aje angin tak betul aku masa tu.

3 hari b4 kwen, aku sendiri panjat tangga besi, pasang tirai dlm bilik pengantin.  sadis tak?  sbb takde sape volunteer nak tolong. sehari sebelum nikah, aku sendiri cari kawah kt stor, isi air, hidupkan unggun api kt tepi rumah, and rebus telur 200bijik.  berpanas berwap semua sorang2.  sedih kan.  masa tu, betul3 rasa macam sebatang kara diri ni. 

dan, hari aku nikah, pagi tu, aku sendiri berlemuih2 pasang skriting kt meja nasi pengantin, buat decoration, cut fresh flower, buat table setting bagai.  lepas tu, lari2 ke dapur, hias nasi pengantin.  nasib aku agak baik lah sebab aku tempah katering kan, so nasik pengantin aku pakai ceduk dari tray caterer tu je.

sadis kan.  ikrar nak buat muka bahagia ceria menjelang nikah memang tak kesampaian.  now baru aku mengerti perasaan kakak aku time tu.  bila selesai semua majlis, rasa mcm lega gila.. bila aku cerita kt encik suami, dia kata, "takpelah yang..nak buat macam mana.  nanti diorang akan kawen jugak"  aku pasrah jelah. 

so sahabat, jangan risau kalau mata sembab sbb kuat menangis mase nikah.  nanti suruh mak andam touch up bahagian mata lebih sket. hehe.
     zoom mata aku. scarry.

Tuesday, January 3, 2012

wordy wednesday

Posted by nurul shaida at 9:47 PM 3 comments
aku stress betul dgn muscle pain ni. ada sape2 tau tak menatang ni disebabkan apa? ke ada ape2 ke yang melibatkan pemakanan yg boleh menyebabkan kita dpt muscle pain ni? aku bengang betul. datangnya dahla tak berwarning, pastu lama plak menempel kt tengkuk ni.  dah susah laki aku nak main rangkul2 leher. eh.

now dah double stress. aku penah baca kt blog kakdi pasal tiger balm yang leh tampal2 macam salonplas tu.   menggagau la lunch semalam aku kuar mencarinya, sambil2 pergi tempah kek besday suami.  tapi raub memang sadis, hapa pun tarak. tak dapat tiger balm pujaan hati, aku beli jela salonplas tu. janji ada lah jugak inisiatif aku nak cari bahan blh cure pain ni.  semangat balik ofis terus tampal kt leher, hopefully kurang lah skit. tenat dah aku nak cover2 teleng. tak lawas hidup aku.

tapi betullah kata kakdi, dahla saiz nye secotet, lepas tu, aku tampal 3 keping ni kt atas muscle bahu, semalam tidur pun aku tampal lagi dua keping, tapi bangun pagi tadi ya ampunnn....makin kuat strechingnya.  aritu aku sakit kt bahu kiri je, eh bila dah bubuh salonplas ni dua2 belah plak rasa sakit. gila lah, rasa mcm nak saman je salonplas T___T

hari ni kat ofis, desktop buat hal pulak. dah setting elok2 printer potrait sume, tetap jugak dia nak kuar kat photostat machine tu landscape.  dah dekat 10kpg rasanya aku print invoice ni tapi  dia nakk jugak landscape view. dah jadi macam speedy gonzales lak aku ke hulu ke hilir jap3 berkejar kat photostat machine, kejap2 lari pegi meja. aduh, dah la hari ni heavy flow.. aduila..

now aku tak kuar pun lunch, duk godek2 dpn pc ni tengok apa2 yg patut (plus, tengok2 fb n blog =p) sambil makan ayam spicy kfc balance celebrate besday suami semalam.  diet la kununnya, tapi makan ayam, mashed potato bagai sume, plus milo kaw lagi. memang mimpi la nak diet untuk naik pelamin bulan 3 nanti..
bak kata encik mus, ex-worker atuk aku.."tak apa lah gemuk pun azlin..sudah laku..(kahwin)"..pastu suami aku sibuk la nak join skali.."ntahla..bia lah gemuk pun yang..abang tak kisah pun.."

banyak lah abang punya tak kisah, hati ni je yang tahu bila mana nak pakai baju punya lah ambik masa yg amat panjang duk bertafakur depan wardrobe semata2 tatau nak pakai baju mana supaya nak menampakkan lelemak kat perut ni.  abang taktau betapa derita nya perasaan ni...

tunggu lah tunggu..tunggu you gendut nanti i nak gelak kuat2

Monday, January 2, 2012

baby entry

Posted by nurul shaida at 10:32 PM 1 comments
hello 2012.

comel tak tajuk entry? mcm comel kan. aku namakan ia baby sebab ia bersifat keci kecilan. maksud aku, entri ini bakal singkat. bukan lah baby yang itu you ols. even 2 3 hari lepas mcm nak terbang je bila period agak LAMBAT DTG  tapi td mase lunch td tengok2... ummmp, kempunan nak jadi mummy. overexcited :)

eh kau pehal, takde pun cite kawen tibe2 nak jd mummy?

tehehe, kemalu-maluan di atas kemalasan mengapdet blog.  nanti lah aku buat entri akad nikah ari tu.. nanti eh, nanti aku tak bz.. tapi today, yeah, oleh kerana boss tak masuk ofis, adelah sket ruang utk aku berfoya2 di laman sosial. ceh, kau tu kalau boleh tiap2 hari nak doa bos tak masuk, kan?

well, today my hubby's birthday.  i mean, semalam tengah malam lah. tapi poyo je nak stay up sampai midnite and bagi kiss harijadi, alih2 belum pkul 11 lagi dua2 dah terbongkang.  sib baik  aku dah set alarm 11.56 (ceh, set alarm xhengat) lalu terjagalah.  suami macam mamai2 je bila pipi menerima bertubi2 cumbuan. eh, blushing dah. 

yes, tak sabar 5.30. nak balik celebrate. tengoklah, maybe kejap je, makan2 kek dgn in law sume, then kena gegas cari rumah sewa. pheww..potong stim.
 

akulah gadis itu Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea