Tuesday, September 27, 2011

Behind the scene: pre-wedding photoshoot.

Posted by nurul shaida at 5:03 AM 6 comments



Bismillah.

stop. Tak perlu scroll down ke bawah ke atas cek btl ke tak url yang korang bukak ni. Betul, meme ni blog aku, ni blog akulahgadisitu.  Cuma ada sikit perubahan pada pembuka kata. (kan?) harap2 aku akan kekalkan penghijrahan yang baik ini [baca bismillah]

yeah egee, youre rite.  Kita [aku & kau] meme tak suka kan pada pembuka kata yang mcm tahhapahapa ‘hai readers’ ataupun ‘bertemu kita, saya harap anda semua sihat’..bla..bla..
hey, get a life lah.  Bosan gila kan kalau kita kene greet orang camtu.  But well, air melimpah..pantai berubah, namun tidak aku, aku bersumpah. Eh tak pasal2 ternyanyi2 plak.  Maksud aku, hidup selalu ada perubahan. Sama ada aku rela atau tidak, sekarang masanya untuk aku belajar manner. Kihihihi.  Nampak sangat tak ambik subjek pendidikan mOral and pendidikan sivik kan dolu2?

Ingat tak entry yang pasal e-day yang disaster ari tu? Tak ingat? Baik cepat ingat. Kalau tidak...kalau tidak...aku..aku...aku akan....






.......takde pape yang akan aku lakukan. LOL.


Hey, bukanlah. Bukannya aku nak cerita pasal cerita basi yang lemau tu lagi.  Sape nak dengar kan.  Ni aku nak cerita kenapa ada pre-wedding shoot tetiba ni. Mengada2 kan siap nak pre-wedding shoot bagai.  Ingat tak gambar2 yang berkualiti rendah masa pertunangan ari tu?  Ingat tak baju peach yang buat aku kelihatan macam baru lepas kene sedut darah oleh drakula?  Yeye..anda semestinya bijak.  Disebabkan gmbar yang tidak berapa kene dengan jiwa aku, maka aku telah mengamuk dengan jayanya dekat boifren aku.  Maka, terhasillah ini;
















Semua gambar2 ni terpaksa di ambil semula kerana aku buntu tak tau nak pilih gambar mana untuk ditepek pada kad kahwen.  Nasib baik member boifren aku sanggup luangkan masa melayan kerenah aku mengetik gambar.  Kalau tak, mungkin aku takkan buat kad kawen.  Semua aku lambakkan kesalahan pada boifren aku.  Bila dia kata, “gambar masa tunang ari tu kan banyak, takkan takde satu pun yang boleh wat kad kahwin?”

Dan aku; “dah banyak pun tapi baju tak lawa. Warna tak naik dengan saya. Tulah awak pandang remeh setiap benda, takde baju melayu.  Kalau saya suruh wat, awak ckp membazirlah, apa lah, pstu mulalah warna yang ada tak kene dengan saya pot..pet..pot..pet..”

Memanglah, aku sejak lepas jadi tunang dia ni, kuasa untuk membebel macam bertambah banyak je.  Dulu sebelum tunang aku takde lah cerewet macam ni sekali.  Mana yang terkurang aku abaikan je.  Malas nak bising2.  Tapi sejak lepas tunang ari tu aku rasa macam benda yang tak kene je aku point pada dia. Tapi pasal baju ni memang salah dia je.  Dan magiknya, dia yang sebelum ni suka argue dengan aku, lepas tunang je mcm banyak mengalah and menurut saja.  Kalau aku mengamuk pun, dia rilek je.  Siap gelak2 lagi.  Kalau dulu aku mogok wat perangai je, takde nya nak dilayan.  Heran kan.  Agak2 kenapa? Perubahan hormone?

Macam photoshoot ari tu.  Dia ada Tanya, “kalau kita tak ambik gambar tak boleh ke?  Kita cantum je gambar kita yang pakai jeans, bagi kt kedai kad tu...”

Boleh tak aku tak tau lah macam mana aku boleh langsi sebegini, aku jawab,  “boleh.  kalau tak payah kahwin pun boleh.  dah susah sangat kan?”  gila tak?  Berani betul aku sekarang, ntah dari mana tah datangnya.  Memang lah aku ni boleh dikatakan hot temper tapi selalunya dengan boifren aku yang ni aku takde lah selalu hot sebab dia banyak cool and jarang bagi aku marah.  Tapi lepas tunang makin meletup2 rasa sifat garang ni..  egee, aku garang. Mung caye dok?

Oh ya.  Masa duk pakai2 baju kahwin tu, somebody ask me; “nanti nak pakai tudung mcm mana?   Mak you suggest you pakai selendang.  I suka u pakai tudung sarung ni..”  assistant mak andam aku awal2 lagi bagi soalan yang aku kene piker jawapan.  Ye tak ye jugak.  Actually aku pun taktau tudung yang macam mana kene dengan aku, kena dengan muka aku yang bulat bertepek ni.  Kalau nak kira senang, memanglah aku akan pilih tudung sarung tu je.   Tapi...ntahlah.  takut Nampak kepala kecik dari badan pulak [eh bukan ke memang kepala lagi kecik dari badan?]

Ok.  Aku ada assignment untuk korang.  Especially yOU, egee, faiqah and pjah.  Sila tolong aku pilih jenis2 tudung yang ada kat bawah ni, yang korang rasa sesuai.  Blogger lain yang singgah sini pun boleh bagi idea jugak.  Thanks.  Nanti i belanja nasi minyak dan air sirap.  Hah, i add lagi extra, bunga telur, hokey?

Tudung pertama;  tudung botol.





 









Tudung kedua; tudung saji.

Tudung ketiga; tudung periuk



SO..korang rasa2 yang mana agak senOnoh sket dengan kebulatan muka aku ni?
Taip AFUNDI sekarang.

Thursday, September 22, 2011

behind the scene: engagement part part 1

Posted by nurul shaida at 4:51 AM 0 comments
Behind the scene:  engagement day part 1

Bosan tak? Bukak2 je cerita pasal engagement day aku. Hey kau, jangan menipu, aku belum cerita lagi kan pasal ni. Hari tu aku tepek gmbar je banyak2, dasar pemalas katakan.

Ok let’s reveal the truth.

Firstly, to all my beloved friends, sorry sesangat kerana tidak membuat hebahan secara padu.  To all my ex-skpn, ex-tms, and ex-uitm, sorry tak inform. Ala,lagipun tunang je pun.  Tu pun tak plan nak tunang pada usia2 macam ni (ceh, gaya cam tua sgt).  Jangan shoot aku lagi k, dah dah la sms malam2 buta bagi ayat touching2 sebab tak announce tunang.  Bukan aku tanak bagitau, sumpah.  Korang semua terpenting dalam idup aku, melihat aku sewel melihat aku waras, melihat aku cool melihat aku emo, melihat aku gelak melihat aku nangis mengogoi-gogoi.  Cuma aku sendiri tak percaya yang aku hari ini, ni yang duk tengah online ni, yang semalam duk sms2 bangang dengan korang and lepak2 ni, dah menjadi tunangan my prince. 

Alkisahnya begini; kami bercadang nak merisik saja. Tanak dah tunang2 ni.  Membazir. (gila kedekut,kan? LOL)  so cadangnya merisik tu pada 4 syawal bersamaan 2hb 9.  Aku pun dah bincang2 dengan mak aku, dengan family aku.  Tapi merisik pun barang2 hantarannya ala2 tunang la, aku bagi dia set nikah, dia pun bagi aku 1persalinan baju nikah.  Plus beberapa barang lain mcm alQuran, sejadah, sirih junjung, kek, coklat bla..bla..bla.. Cuma takde cincin saja. Kata merisik kan. Aku pun mls la nk strict sgt ikut adat nak bercincin bagai.

Pada mulanya semua berjalan lancar.  Kami satu family prepare apa yang patutlah. Sebab nak buat kenduri kesyukuran terus. Kira ada makan2 lah jugak panggil orang kampung.  Lepas solat raya, boifren aku balik Kelantan dengan kakak dia, melawat kubur arwah abang ipar yang baru meniggal 2 3 hari before puasa. Sudden death.  Arwah ni anggota polis kt raub, tapi orang pasir putih.  Bila meninggal, family dia tuntut nak kebumi kt Kelantan, so dats y my future kakak ipar terpaksa turutkan saja lah. Cuma after dis i bet makin kerap lah boifren aku balik Kelantan.  Kakak dia tak bleh drive jauh2, plus dia ada 2 hero yang boleh tahan active, adam 6, dan adeb 1thun lebih.

Dua malam jugaklah boifren aku kt umah mertua kakak dia.  So raya ke tiga, diorang tolak balik raub.  Raya ketiga beb, imagine sendiri la keadaan traffic cemana.  Lebih kurang 2jam jugaklah sangkut dalam traffic jammed dekat pasir putih n machang.  Masa tu dekat raub, rumah aku kecoh dengan sepupu2 aku yang tinggal kat Negeri Sembilan tu.  Ha masa tu lah start cerita.  Dalam duk sembang2 diorang bertanyakan tentang event esok hari. Mak aku jawablah ikut plan yang aku rancang. Naah tu dia, sorang2 keluar idea. Dalam byk2 idea tu, diorang duk fight pasal aku tak de cincin merisik.  Mcm2 lah diracun mak aku hingga mak aku pun serba salah.  Aku masa tu dah diam tak tau nak cakap apa.  Aku tahu lah merisik sepatutnya ada cincin.  Tapi itukan adat semata2.  Wah kalau merisik bertunang n nikah semua nak cincin, 3 bentuk lah jadiknya.  Kesianlah kat orang miskin tak kahwin lah jawapnya.

Aku dah start sakit kepala.  Tekanan darah turun secara merudum. Terus pening2.  Oh sangat stress ok masa tu.  Mak aku duk push aku suruh call boifren, beli cincin.  Aku decide, ok nak cincin boleh je, tapi esok buat majlis merisik dan bertunang terus.  Nanti bulan 11 nikah.  Jimat kos.  Jimat kos nak beli cincin lah maksud aku.  Aku sebenarnya tak nak menyusahkan siapa2.  Tujuan aku tanak bertunang, aku tanak susahkan mak aku nak buat persediaan.  Sebab tu aku ckp merisik sja.  Tapi skrg diorang dah demand nak cincin, sedangkan aku tuan punya badan ni tak kata pape pun, terpaksa lah aku menurut.  Aku call dia, masa tu dia kt kedai emas.  Agak bz lah nak bercakap. Maybe kene jaga anak buah kot.  Aku sms dia, “beli cincin. Esok tunang terus.”

As expected, dia tak balas dan aku rasa dia tengah drive plak masa ni.  Aku tahu dia bengang sebab plan berubah secara mendadak.  Mungkin dia rasa tak sempat nak prepare apa2.  Masa tu tengah jem, dan anak2 buah dia tengah mengamuk, dengan panasnya lagi, aku rasa dia tertekan.  Mungkin dia rasa tak sempat nak beli cincin ke ape, dia reply kat aku; “tengoklah esok cmne.  Kalau jadi jadilah. Kalau tak, taklah.”

Sungguh cantik kan bahasa dia.  Macam aku ni kebulur sangat nak kahwin dengan dia.  Sorrylah.  Aku sangat panas time tu. Terus aku tak reply apa2. Cuma mendoakan dia selamat menempuh 8jam perjalanan dengan selamatnya.  Sepupu2 aku tadi sibuk bertanya, aku kata, “ntah, tak jadi kot.”

“tak jadi? Esok camne?”
“camtu lah.  Dia tak datang kot.”

U guess what?  Bukannya nak menyesal atau kesian kat aku ni, yang disebabkan cadangan diorang konon ikut adat tu sangat menyebabkan hubungan aku mcm nak terbelah, boleh tak diorang dengan slambernya nak rekemenkan aku dengan adik salah seorang laki sepupu aku.  Memang kan? Sangat tak menjaga sensitivity.  Sibuk lah duk canang tentang sape ntah yang tengah keje ALAM kt Sarawak/sabah tu.  Heyyyy.

Tulah. Aku pun separuh hati dah.  Dalam hati aku dpt rasakan esok dia takkan datang.  Sebab boifren aku ni boleh tahan jugak dia punya degil. Dan keras kepala yang amat.
Malam itu, sebagai balasan aku  meraikan my bachelor’s party dengan adik2 n sepupu lelaki.  Adik lelaki aku kidnap ajak pegi karoke.  Memang terbaik lah.  Reda stress.  Otw pegi karoke tu, adik laki aku ada lah jugak duk bagi2 ayat yang mcm dia tak bsedia lag ink bg aku kawen.  Yelah, kami boleh dikatakan rapat, enjoy sesame. Main mercun bersama. Hang out, tengok wayang bersama.   Overnite bersama secara adik beradik.  Mungkin selepas pernikahan kakak aku, diorang mcm tak bersedia lagi utk kehilangan aku pulak.

Aku ada terfikir, kalau dia tak datang esok pun aku OK je.  Dan aku penah berharap, dia tak datang, sebab aku rasa adik2 masih memerlukan aku.

Aku ni mcm selfish sgt kan, buat keputusan tanpa bertanyakan adik2 aku dulu...

behind the scene: engagement part 2

Posted by nurul shaida at 4:46 AM 1 comments
Behind the scene:  engagement day part 2

..sambungan.

Malam tu, balik dari karoke, aku terus pejam mata dan lupakan segalanya.  Aku harap sangat 2 syawal takde dalam calendar, bia aku bangun2 je dah 3 syawal..

Namun, mana boleh kan. Memang mimpi sajalah.  Bangun esoknya, (aku memang tak mengharapkan apa2 lagi pada hubungan ini-aku memang cpt TAWAR HATI) ok lets undo. Aku tak bangun, aku dibangunkan oleh mak aku.  Mak aku kejut aku awal2 pagi, Tanya pasal boifren aku.  Tanya pasal event hari tu.  Dalam blur2 aku ni, tangan mengagau cari henfon. And..and..u guess what?  Ha betul; dia sms aku. “yang, jom kita pergi beli cincin. Sempat lagi ni, pukul 9 pagi jap lagi kita kuar ye”

Haa kau.  Tau pun nak mengalah. Sib baik Tuhan bukakan hati dia nak antar msj mcm ni kat aku.  Kalau tak ,memang smpai sekarang lah aku masih membujang.   Single and available. Kih..kih..kih..

So dipendekkan cerita, bertunanglah kami.  Kelam kabut aku pergi beli santan, ayam, dan lauk2 pauk kenduri.  Dan kelam kabut jugak kami kt dapur memasak.  Aku mcm tak cukup tangan nak kene tambah dua lagi bekas hantaran  sebab bila dia tmbh dulang cincin dgn ape tah satu lagi, automatiknya aku pun kene tmbh lagi. Kebetulan masa tu stok riben2 n barang2 hiasan hantaran dah habis, memang mcm lipas kudung lah aku g Bandar cari barang2 lepas balik dari beli cincin tu.

Tang part baju tunang plak, warna peach kan.  Memang tak sesuai lansung kan dengan aku.  Tu je colour sedondon dengan 1 set baju melayu yang boifren aku ada.  Colour lain sume tak cukup sifat, ada baju je. Padan muka laki aku ni, tu lah kalau aku suruh buat bju melayu sepasang, degil.  Tak pakai lah apa lah, memang la dia stok yang sarung bju melayu dgn jeans or dgn kain pelikat je kalau pg masjid.  Tu yang aku hangin je tu.  Terpaksa sewa baju peach, padahal aku bkenan gila kt baju warna putih kt butik pengantin tu. Huh. Sabar..sabar..

Sebab tu lah, tak de pelamin2 takde bantal duduk or what so ever. Aku buat mana yang sempat je.  Dan Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.  Sepupu2 aku yang kaki sibuk tu korang tau buat apa?  Heh, takdenya nak tolong2 kt dapur, boleh dia pakat2 bantai lepak dengan anak2 masing2 kt depan dengar orang bbincang.  Buat mcm tetamu pulak... mak aku angin betul hari tu. Sib baik ada 2 orang makcik aku yang rajin menolong.  Kalau tak, tak tau lah apa jadi dengan mak aku.  Aku nak tolong pun tak mampu.  Tengah orang duk bbincang tu lah aku baru nak mandi n bersiap semua.  Aku mekap sendiri, grooming sendiri.  Sebab tu aku macam benci je nak tengok gmbar2 pertunangan aku.

Nah, tengoklah.




Monday, September 19, 2011

takde tajuk khusus.

Posted by nurul shaida at 4:55 AM 1 comments
woila.  idung tetiba berlari-larian.  kepala bagai kene gelek dengan steamroller.  memang aku benci demam.  tapi rasanya dah lama tak demam sekali kene semalam dan hari ni, amik kau. berselimut tebal di tengah hari,tau!

dan, semalam buat pertama kalinya encik tunang (aiseh, cam pelik je nak taip) jadi driver demi kerana aku yang bagai nak pecah kepala ni.  salah aku jugak, tak inform admin awal2 untuk batal kan kelas semalam, yela ingatkan demam dah kebah sikit bila ke petang, rupanya makin teruk. pukul  6.30 petang baru aku realize yang aku memang tak boleh drive dengan keadaan begini.  bila aku mesej puan safar, dia bgtau yang aku tlambat inform dan aku tak boleh cancel kelas sebab dia dh tak sempat nk inform student. sebagai balasan, aku mengajar dengan bersweater tebal.

dan, bagi menjalankan tanggung jawab beliau, encik tunang terus mentunggu aku sampai habis kelas, nasib dia tak masuk n duduk skali dengan student je dalam kelas. kalau tak confirm aku lost focus. duk nampak dia je. ngehngehngeh..

erm, anyway, memang sangat banyak benda yang hendak dibuat dalam minggu ni tapi sebab demam yang 'enak' ini, tertunggak segala kerja.  percaya atau tidak, kami belum lagi menempah kad kwen. omg, aku dah cuak takut tak sempat siap je ni.  dan katering, aku dah decide caterer mana nak, cuma belum pergi mengadap dia je lagi.  tapi masa aku tpon dia ari tu, dia confirm setuju and tak clash dengan mana2 event lain lagi.  siap la dia kalau tetiba dia tanak buat untk aku, aku bako semua kanopi kat depan umah dia. KITA BAKO JE YOP!

sebagai jamuan mata yang sedang pening2 lalat ni, nah, gambar pre-wed kami;

Dhh la. aku nak g cari tisu lap idung.

Monday, September 12, 2011

aidilfitri kali ini

Posted by nurul shaida at 4:56 AM 1 comments
hai. salam aidilfitri dan selamat meraikan syawal 12.  masih raya lagi kan? saya sudah start berkerja. anda bagaimana? saya kira anda pun sudah mula membanting tulang mencari rezeki bukan?

kenapa macam buat karangan darjah lima je?

well.. ada banyak benda yang berlaku lately.  dan ada banyak juga masa yang dilarikan dengan kejam, membuatkan nafsu untk menjenguk blog sendiri seperti sudah layu. elo blog, jangan merajuk.

banyak perubahan pada aidilfitri kali ini. yang pastinya, sangat amat begitu berbeda ya dengan tahunnya sudah.  tahun lepas, nenda masih bersama, tapi tahun ini dia tiada.  tahun lepas aku beraya di hospital kerana menjaganya, dan tahun ini, kami beraya bersamanya di pusara.  mek, kami rindu dengan rendang yang mek selalu buat. rindu pada tapai manis yang selalu disorokkan di bawah katil.. sob..sob..

sreeeet. ..sreeeet, hugh hugh (lap hingus).

tamat ah cerita sedey sedey.  tak mo lah ilangkan mood sendiri sebab kejap lagi aku ada kelas. 17 student sedang mentunggu di dalam bilik beku.  kalau aku berperangai emo, tidakkah akan menurunkan markah penilaian aku nanti?  jangan biarkan diri anda menjadi mangsa emosi. terima kasih.

oh ya raya. raya tahun ini juga paling bermakna dalam hidup aku, kerana buat pertama kalinya aku telah membuat 12jenis kueh dan paling tidak dilupakan, mestilah kueh batang buruk kecintaan selalu.  dah lama rasanya tak bergaul mesra dengan tepung namun alhamdullillah dengan bantuan sepupu2 kesayangans, amik kau 12 jenis aku berjaya bereskan.  memang ah, korang tak pelik pun ala setakat 12 jenis nak kecoh ape ada hal tapi bagi aku yang memang pegi kedai tunjuk je nak tu nak yang tu and then bungkus bawak balik, memang lah sangat membanggakan pencapaian ini.  jangan gelak tau. korang memang ah.

yang patah akan tumbuh yang ilang kan berganti.

ni ah yang tumbuh tu; abang ipar. mentambahkan bilangan family kami.
yang sebelah abah ye. yang sebelah mak tu adik lelaki aku.

dan raya ke lima,

nah, layan lah dlu gambar punggungku.

kakak, dan bakal biras.

cantik tak bakal adik ipar? hohoho.

gambar tunangan orang. ~~omg, mcm tak percaya.

ye, dengan rasminya aku menjadi tunangan orang.  mana tunang aku? dah tak payah nak demand2..malas nak upload kat sini. tengoklah kt fb ~~tu pun kalau aku rajin menupload.


oklah.  macam biasa, karangan akan ditamatkan tanpa penutup.  selamat hari raya.
 

akulah gadis itu Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea