Wednesday, February 29, 2012

stress

Posted by nurul shaida at 10:36 PM 0 comments
oooeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeejiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii.

tinggal 9 hari lagi weh.   kad kawen masih berbaki 80keping dalam handbag yg dikelek ke hulu ke hilir tapi sentuh pun tidak.  baru aku tahu kenapa handmade kad harga dia mahal.  banyak kekangan-kekangan dalam menyiapkannya.  so far, aku dah siapkan around 200++ dan dah selamat dah pun hand over pada my mom n my dad untuk diagih2 kan pada jemputan.  aku ingat the rest nak wat kad bajet potostet kat opis je. alih2 mak aku call suruh buat lagi kad yg handmade tu. dia kata semua kekawan2 dia duk puji ckp kad tuh lawa la, ada sentimental value lah, unik lah bla..bla..bla.. so ada terbit rasa bangga disitu. lalu emak mengeluarkan titah untuk 100keping kad lagi.

100?

memanglah bunyi macam sikit kan tapi kalau dibuat dengan tangan, plus envelope pun kene buat dgn tangan, lekat2 riben bagai semua pun sendirian berhad punya perbuatan, mau terduduk kejap aku.  banyak weh, buat yang 200 keping tuh pun aku rasa macam nak tercabut sendi tangan, ni nak tambah lagikk??  oh.

tapi memandangkan ramai yang wish untuk simpan kad tu (aku xsure ikhlas ke tak diorang duk puji2) maka aku akan menunaikan permintaan para jemputan. eceh. terpaksa lah buat muka kesian sket mintak jasa baik encik suami tolong buat envelope macam yang dah lepas. hope dia tak berbunyi.  aku malas nak mintak tolong dengan orang yang banyak merungut ni.  alih2 baik aku buat sendiri. tapi so far, dia tak pernah merungut lagi bab2 kad jemputan handmade ni. harap2 yang ni pun tak.  kene study mood dia dulu.

semalam, headache dia datang melawat lagi.  sehari suntuk tak pergi kerja.  baring je kerja.  aku balik opis baru tahu dia sakit semula.  tu pun after solat magrib.  masa dia usai solat, dia datang baring sebelah, lepak2 dengan aku yang tengah 'bercuti' ni.  muka dia time tu memang clueless abis.

dia:        sakit lah kepala ni. esok nak buat ECG lah. tak tahan dah rasa. makan painkiller paling kuat pun tak jalan.
aku:       .................. (senyap. main2 bantal)
dia:        hari ni sakit kat belakang pulak. semalam je baru tahan ni datang balik.  hey..apelah yang ada dlm kepala ni.
              (merungut)
aku:      agaknya ada ikan puyu tak yang? kan masa kecik2 syg suka redah sungai tangkap ikan?
dia:       main2 kan yang ni?  suka agaknya abang mati. (terus sentap)

agak-agak ada rasa nak cili tak mulut aku time tu bang?

aku bukannya suka dia mati atau mintak dia mati or suka main2.  aku just nak bagi dia unwind je.  dengan muka ketat dia tu, plus dengan keadaan aku yang stress kt tempat kerja and kad jemputan sume ni, aku taknak lah nanti kene high blood pressure ke ape.  tak boleh bergurau pulak dia.. selalunya dia yang suka buat lawak2 kurang pandai macam ni. kali ni nak sentap pulak.  period ke bang?


oh ya. nanti aku upload kan gambar rajah kad handmade yang aku buat. mana tahu ada yang berkenan nanti boleh tempah dengan aku.  dont worry, harga member2 je.

Monday, February 20, 2012

hangin.

Posted by nurul shaida at 1:07 AM 0 comments
aku hangin betul dengan amoi kat opis ni rambut dia busuk weh.

sekian.

Thursday, February 9, 2012

mati itu pasti.

Posted by nurul shaida at 5:25 PM 1 comments
malam kelmarin, after solat magrib aku duk golek2 atas katil jap. tak tau nape lately kepala sakit sgt.  kat opis kalau time lunch aku rela tak kuar, sapu balm kt dahi pastu terus flat kt ruang solat.  siyes tak penah rasa headache yg denyut2 cam ni.  aku syak, mungkin cuaca panas.  pahang panas gila weh, balik keje pukul 5.30 still muka rasa bahang je masa drive.  matahari still nmpak lg. terik.  2 3 hari sebelum tu, suami aku tak tidur malam, sakit kepala denyut2 katanya.  macam kene sengat tebuan katanya. gila hyperbola.  now bila aku sendiri yg mengalami, baru aku paham. 

masa duk golek3 atas katil tu, dia datang join duduk2 skali.  pastu dia terperasan beberapa helai rambut aku kt ats meja solek n atas lantai. hey, bukan aku tak sapu okay.  rambut aku ni bangsa suka gugur.  naik mandi lap2 rambut dpn cermin pun berhelai helai gugur.

ayah mat:   eh, banyaknya rambut syg gugur.
cik aeyen:  aah....
ayah mat:   kenapa eh?
cik aeyen:  ntah...nak mati kot.

dia diam. eh. aku salah cakap ke?  then dia sambung;

ayah mat:  jangan mati dulu, biar abang yang mati dulu.
cik aeyen: eh tak boleh, nt elen nak hdup dgn sape.  elen tak boleh kalau syg takde.
ayah mat:  habis, ingat abg boleh ke??

terus diam.  aku terlupa, perkara mati-mati ni jangan disebut2 depan family in law aku mahupun suami aku.  semacam perkataan sumpahan yang boleh mengundang kesedihan yang berpanjangan.  mungkin, kehilangan abang ipar iaitu biras aku 7bulan lalu masih menterkejutkan mereka.  arwah pergi dalam tidur yang lena.. meninggalkan dua anak yang masih kecik.  seriusly, aku tengok keadaan kakak ipar aku time tu pun rasa nak menangis sama. sedih.  anak yang kecik adeeb, baru je dapat mulut, baru je duk tengah galak panggil papa..papa... dah la kedua2 anak buah aku ni rapat dgn arwah, sebab uminya sibuk kt sekolah.  arwah ni mcm byk free la sebab dia anggota polis, dan kene jaga balai kecik saja.  rumah pulak sebelah balai je. so, dia lah yang baby-sit kan anak-anak. mandikan..bagi makan, berbual2..

bila arwah tak de, kakak ipar aku macam lost gila2.  semua orang dalam rumah tu berselubung duka.  masa tu encik tunang aku pun sedih sgt2 sebab semua org sygkan arwah, terutama mak mertua aku.  kakak ipar aku smpai sekarang berendam air mata kalau hal2 berkaitan arwah singgah di depan mata.  macam petang semalam, waktu pergi melawat abg ipar aku kt wad, lalu depan bilik forensik tempat arwah di post-mortem, tak pasal2 nangis lagi.  si kecik tu pun ikut nangis.  siyes sedih bila yg kecil tu duk panggil papa... papa...

suami aku selalu remind aku, 'abg tak penah lupakan arwah.  rasa macam dia ada ada je..rasa mcm dia outstation lama2 n tak balik rumah...'  aku faham, aku tahu apa itu kehilangan.  tapi selaku kita yang masih hidup dan bakal melewati usia yang tak tahu lagi berapa panjang ni, baik kita teruskan hidup.  yang dah pergi tu, sudah habis tugas dia sebagai hamba-Nya.  sementara kita yang hidup ni lah kene teruskan dan jalankan tugas2 kita sebagai hambaNya dengan sempurna.  dan aku takkan pernah lupa untuk mengingatkan suami aku agar bersedekahkan al-fatihah kepada arwah dan aku juga tidak pernah lupa untuk menyayangi dan memberi perhatian kasih sayang kepada anak-anak buah yang tercinta itu.

adeeb. hensem boy.


semoga arwah tenang di sana.  cik aeyen sayang kan anak2 arwah spt anak2 sendiri.  janji itu pasti.  al-fatihah.

Tuesday, February 7, 2012

nikah gantung.

Posted by nurul shaida at 9:35 PM 1 comments
pufffffffffffffffffff.

berhabuk nau belog ni. lama kan tak update. sedar tak sedar lagi 3hari genap 4 bulan aku kongsi bilik dengan somebody. share everything dgn someone. share berus gigi dgn seseorang. share kasih sayang ok boleh start muntah.


aku ingat lepas nikah ni boleh la bernafas dgn tenang tapi tidak.  rupanya double bizi dari yang kawen secara formal. maksud aku, yang lansung terus nikah, kawen dan bertandang.  macam aku punya kes ni, yang nikah bulan 11 tahun lepas,cuti raya cina ari tu majlis bertandang, dan mac depan baru terhegeh2 nak buat resepsi, memang kepenatan berganda-ganda.   masa nak nikah ari tu dah berlemuih cari barang2 hantaran, cari wedding planner, cari baju nikah, cari kanopi segala.  masa bertandang ari tu aku tak rasa sgt sbb family belah husband yang uruskan kan. for dis coming event, dah start pecah peluh.

last week yg cuti 3 hari tu kami turun temerloh, cari goody bag, souvenier utk guest, dan barang2 bekas hantaran.  left behind pecah peluh g mid valley bulan january ari tu cari barang hantaran.  mau tak kopak.  suami aku dh start mengeluh, "rasa macam kawen dua kali pulak"  hah, tahu pun.. ni idea nikah gantung ni sape punya ideaaa???? awak jugak kan.  konon nak jimat belanja sbb tu nak nikah gantung dulu sekarang tengokkk..., dah terlebih belanja dari orang yang nikah normal kan?  amek.

dah la aku ni bangsa yang kerja 7hari seminggu. senin smpai jumaat melangut kt opis dari 8.30 pg smpai 5.30 ptg.  sabtu ahad pulak pecah tekak kt pusat tuisyen dari 8pagi smpai 6 petang.  semua aku kene urus sendiri, dari teaching method, record sampai lah ke account.  so far, pembantu aku my adik ipar tolong2 monitor budak2 standard 3 ke bawah plus budak2 age 6.  yang lain aku buat. budak tahun 4 5 6 kome pepaham lah sendiri.  dengan boys yang berpeluh2 bau masam, pergh, sgt dugaan.  adik ipar aku dh sound awal2, 'nanti kalau dh pregnant, kene cari cikgu lain ni ganti. asyik duk marah2 budak je nt kenan kt baby.'   punyalah mulut aku non-stop kt dlm lecture, smpai kena warn mcm tu kan. hehehe. tak mampu lagi nak hire another assistant.  dpt bayar gaji staf yg ada ni pun dh syukurr...

so, imagine.  aku keje 7 hari seminggu, jenis yg pack punya, 8 to 6 lah aku bundarkan ye. malam, balik kene masak.  selalunya suami aku tolerate, dia rajin membantu aku masak.  or lebih tepat, aku sbnrnya membantu dia masak.  setiap hari dialah Masterchef of the day.  lepas mkn mlm, around 7 mcm tu, aku kemas rumah.  lau agak2 kain dalam washing machine dah melimpah ke rumah sebelah (agak2 menipu, aku mana ada jiran tetangga), aku basuh baju, sambil2 cuci2 frigde ke ape.  tak pun layan gemersik kalbu.  after solat isyak, mula lah mengadap meja kerja.  tengok exam paper budak2 atau tanda buku latihan diorang.  lau aku xdan sgt, suami jd cikgu lah sekejap. tolong check buku budak2.  takpe, aku rajin bg upah.

tapi lately, kebanyakkan kerja2 key in data or markah budak2 aku pass pd husband je.  skrg tugas aku adalah mengadap suami eh, mengadap goody bag n bekas2 hantaran sambil mengadap muka stress suami tanda buku latihan budak2.  macam comel je berkain pelikat dengan pen merah kt tangan.  muncung2 mulut. kihhkihkih...

sekarang ruangan lepak2 kt dapur (ats katil arwah nenek aku) dh bertukar dgn stor.  mcm2 ada kt ctu. dgn soklan exam bdk2, dgn buku2 latihan, dgn ribbons, dgn bakul2, dgn snek2 nk msuk dlm goody bag, dgn envelope n kad kawen, dengan..dengan....mcm2 lah, letih aku nk type semua.  kadang2 baju kt ampaian angkat pun lambak kt atas tu jugak. tak sempat nak bagi perhatian .  byk sgt komitmen T____T   padahal malas.

cepatlah bulan mac. aku tak sabar2 nk settle menda alah ni, selesai sume resepsi ni barulah aku rasa boleh bernafas sket.  poket pun boleh bernafas dgn tenang.  baru boleh berfikir dgn tenang untuk baby.  speaking bout dat, aku dah tak sabar nak tunggu kewujudan orang ketiga di antara kami err,, maksud aku, orang yang mendiami kantung rahim aku.  moga2 Tuhan mengurniakan rezeki kepada kami berdua.  Amin.
 

akulah gadis itu Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea