Wednesday, March 27, 2013

paranormal: misteri ikan kering madu

Posted by nurul shaida at 11:32 PM
pada suatu malam, cuaca serasa hening tidak seperti malam2 sudah. tiada seekor pun cengkerik mahupun kelawar berdendang di tepi tingkap seperti biasa. tingkap kaca yg berada di sebelah sofa 3 seater tempat aku meniarapkan diri sambil ditemani laptop usang yg telah pun berusia 5 tahun dikerling sekilas. duh, lupa pula menurunkan langsir. cepat2 kularikan pandangan dan kuhalakan ke arah si suami yang nyenyak bermimpi di atas comforter.  cuaca dirasa semakin membahang.. padahal jam telah pun menginjak ke angka 12 malam. mungkin sekarang musim panas. aku menyeka pelu di dahi dan di perut. oh, kurasa air peluh menitik2 di perutku, bahana memakai Fellina inch loss. seketika, diri tersenyum sendiri mengenangkan lemak2 yang sedang terbakar di dalam badan.

 laptop di depan muka terasa berbalam2. sebenarnya aku sedang membuat final editing untuk wedding pictures salah seorang pelanggan yang dateline nya tinggal seminggu saja lagi. biasa lah, sudah melekat habit last minute girl dalam diri, starting from zaman belajar smpailah ke alam rumahtangga, kini bawak pulak ke alam pekerjaan. tapi tak penah xsiap, even last minit, tp siap jugak. dateline force katenya.

tiba2, perut mengeluarkan bunyi-bunyian yang tidak berirama. kerja-kerja ku terhenti seketika. aku menepuk2 perut mententeramkan diri. secara perlahan, perut berjaya ditenangkan. aku pandang jam lagi, lagi setengah jam untuk masuk ke pukul 1 pagi. aku berkira2 kepingan gambar yang masih tinggal. berbaki 45keping. phew. 

lenguh meniarap, aku bangkit membetulkan urat. pinggang yang semakin hari semakin lari measurement dilurut2. suami tdo senyenyak bayi. duuh. aku cemburu dgn ketenangan tidurmu, abang.
aku menapak perlahan-lahan ke ruangan dapur.  aku menuju ke arah peti sejuk dua pintu, menyelongkar jus buah-buahan yang masih tersisa. namun hampa. rupanya sudah kehabisan stok. baru aku teringat. rasenya sudah lama kami berdua tidak berbelanja besar untuk barang dapur. memandangkan bulan 3 adelah bulan yang hectic, dan kebarangkalian utk aku masak dan makan di rumah adelah 0.07 peratus sahaja, maka kami memutuskan untuk tidak berbelanja besar. cukuplah sekadar sedikit buah-buahan sebagai snek dan beberapa balang mini popia tinggalan ibu minggu lepas. 

tiba-tiba...kaki bagaikan tertarik untuk menuju ke meja makan. terdapat saji dan lauk lebihan makan malam tadi. aku pun tidak tahu ape menu suami dan atukku malam tadi kerana aku on diet. selalunya mereka berdua sahaja yang conquer meja makan , baik lunch mahupun dinner. aku akan lari duduk jauh2 supaya tidak termakan hasutan suami.

ntah tiba-tiba, hati berasa berdebar-debar apabila terpandangkan sesuatu di dalam piring kecil berwarna perang.  hati tertanya-tanya apekah gerangan makhluk hitam leper seakan2 kodok digilis lori ini? kerutan di dahi mula berlapis. hati bergendang hebat. entah kuasa apa yang merasuk, aku seakan akan dipukau untuk terus duduk, tunduk merenung dan menguis2 makhluk pegun tersebuk. 

terus angin membawa keharuman semerbak menerjah hidung ku. 'ah, tak boleh jadi nih" getus hati kecilku.
seakan -akan lupa diri, dipukau, aku terus menceduk nasi dan meletakkan di pinggan. geram kerana makhluk itu seolah2 memanggil2 namaku, aku terasa ingin menamatkan segalanya disini. peluh jantan memercik di dahi. punggung bagaikan terpaku di kerusi. aku beristighfar di dalam hati. ya Allah ya Tuhanku, kuatkan lah semangat ku sekarang.

hampir 5 minit, aku bagaikan tidak sedarkan diri dari kerasukan ini. aku telah tertambah nasi sebanyak 2 kali. perut tiba2 terasa penuh dan tangan berbau hanyir.  kegilaan ini benar2 telah membuatkan aku lupa diri. aku terasa marah dengan makhluk hitam yang seakan mengejekku ini, walhal separuh dari badannya telah lumat aku kunyah dan telan..

aku takut. tetapi pada masa yang sama aku berasa sungguh marah terhadap makhluk ini. hatiku sungguh berdendam kerana telah menguasai diriku dan merosakkan diriku. ketika mencapai senduk untuk tambahan ketiga, tiba- tiba..

"yang buat ape? makan nasi??'
  tap. bunyi senduk dilepaskan. suami menghampiriku dengan pandangan yang pelik. lantas, periuk di atas meja dipandangnya sekilas.

"amboi, banyak nye makan. tinggal suku periuk. tulahh..tadi berlagak sangat, seharian xnak makan nasi, konon nak diet. diet pe benda lagi ntah, bukan gemok pun,"

aku tersentap. what? suku periuk telah kuhabiskan????
dengan muka tidak puas hati, aku bertanyakan pada suamiku, "syg, ni benda ape ni rase manis2 keras ni?"

"oh..itulah ikan kering madu.." jawabnya lantas kembali ke ruang tamu untuk menyambung tidur.

aku terpana. 

CIS, IKAN KERING MADU! aku berjanji, aku takkan menghampiri saji lagi sekiranya makhluk manis itu terhidang di dalamnya.


ROSAK PROGRAM DIET AKU!!

0 comments:

Post a Comment

 

akulah gadis itu Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea