Thursday, September 20, 2012

Posted by nurul shaida at 10:00 PM

Tak kira..nak cakap rindu jugakkk


RINDU NO.1: Rindu zaman hingusan
Sape yang tak penah main masak2 angkat tangan! Rindu weh zaman2 hijau cenggini. No probs..no worries..no heart feeling..no..no..no.. yang tahu hanya YES YES YES even emak sampai keluar anak tekak duk panggil masuk rumah hari dah nak senja tapi aku masih lagi ‘komited’ menjalankan tugas sebagai ‘ibu’ yang terpaksa mencari sesuap nasi utk ‘anak2’ (anak2 patung).  Gila girlish aku dulu kan. Umo 4tahun dah aktif main masak2.. tapi yang paling best adelah time cuti skolah. Bila cuti skolah, mak akan bawak aku balik Pahang, so aku boleh main masak2 beregu dgn my kakak. Mase tak cuti tak best sebab kene main sorang2..adik laki aku mane layan main cook-cook nih.  Mcm2 resepi lah yang tercipta bila dah berdua ni kan. Akal pun  mcm panjang je. Langkah pun panjang. Idea pun panjang. Siap main api lagi..konon2 nak bagi masak macam real. Ambik tanah, campur air sket, letak atas penutup tin, kemudian letak atas api yang kitorang hidupkan tadi. Seronok gila kalau ‘acuan’ tu mengeluarkan bunyi berdesir.. rasa mcm btl2 tengah masak something. Sengal kan? Sampai my mom penah sound; “malam ni tak payah masak lah.. kita makan je ape yang budak dua orang tu masak..” mak...mak.. tajam betul sindiranmu.

Masa kecik, takde orang kisah pun kau nak pakai ape. Pakai slipar jepun berlainan size or kaler pun.., rilek aje. Tak perlu menggelabah sapu sunscreen kalau nk kuar main masak2 tengah panas.  Pakai skirt paras lutut pun selamba badak je kayuh basikal pegi mengaji.. tak penah pun fikir ‘baju ni sesuai tak dengan skirt ni?’...atau pun ‘...riben sebelah kiri kt rambut ni mak guna kaler pink, sebelah lagi kaler kelabu..tak pe ke eh?’ sekarang? Pakai kerongsang yang hilang sebutir diamond pun rasa mcm tak de mood nak pegi keje =D ish..ish..ish.

RINDU NO.2: Rindu SKPN!
Sumpah meruntun kalbu bila ingat balik kisah kat sekolah rendah. Semua best. Takdenya yang tak best (kecuali adengan azmi yang selalu berlagak gangster dengan aku)..mase kt sinilah belajar tentang semua perkara. Semua perasaan pun mula tumbuh sewaktu di sini. Rindunya..nak sarung baju sekolah balik. Bawak beg besar gabak sumbat dalam raga beskal..kayuh ramai2 dengan member2..hbis kelas pagi..sementara tunggu kelas tambahan belah petang, kayuh  beskal ramai2 pegi melepak makan nasi air dlu. Kalau kelas malam, melantak burger ramai2. Huishh..rindunya dengan suasana kelas tambahan malam! Even semua mata Nampak macam high teringat tv kt rumah, tapi buat homework yg cikgu bagi tetap bersemangat! Rindu nak kene cubit oleh cikgu Yuhaini  kalau ejaan salah. Rindu nak kene denda oleh cikgu Zuhairi if tak ingat sifir..rindu nak dengar lawak sir omar..rindu nak belajar sains dengan cikgu sufian..rindu nak dengar suara PK1 yang garang pagi2 selalu membingit kat mikrofon.. rindu dengan soalan exam OTI yang tiap2 minggu datang ‘melawat’ sampai rasa macam otak betul2 digunakan 150%.

..to be continue rindu no.3 – 10.

0 comments:

Post a Comment

 

akulah gadis itu Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea