Thursday, May 24, 2012

ciri-ciri lelaki (suami) awesome from Ustaz Azhar Idris

Posted by nurul shaida at 10:11 PM 0 comments
Ciri suami Awesome, mengikut Ustaz Azhar Idrus...

1. Solat fardhu cukup 5 waktu.
   okay, suami saya cukup2. Ada kerja gaji RM800-1500 ke atas, boleh bayar rumah sewa,
boleh beli beras, boleh isi minyak, boleh antar ke tempat keje. Nafkah zahir boleh bagi, bukan n...afkah batin je tau.
   okay, range gaji dia pun 1300-1500 gaklah, tak gaji besar mcm suami org lain tp ckup lah utk aku dgn dia, barang2 dapur, bil2 sume., duit poket harian aku pegi keje, duit myak kete aku..tapi dia tak antar aku ke tempat keje, aku drive sendiri. syukurlah kann3. Ada kenderaan: moto kapcai dah cantek. honda EX5 orait sangat la tu dengan 2 helmet. Basikal pun boleh, tapi penat kayuh kalau dari Bangsar ke KLIA. Sebaik-baiknya kereta, sebab nanti nak bawa isteri yang mengandung ke klinik setiap bulan.
  okay, ade keta dia sendiri. moto pun ade, kdg2 bwk bini dia yg suka merengek mintak bawak bonceng petang2 mkn angin4. Lulus ujian fardhu ‘ain sekolah rendah. Maknanya boleh mandi wajib dengan baik dan boleh ajar isteri mandi wajib dengan betul,
apatah lagi mandi-mandi yang lain.
   dia mandi wajib lagi laaaaaaaaaaaaaama dari aku. kira dia lg particular kot dari aku bab2 mandi ni.
5. Boleh baca al-Quran dan boleh mengajar al-Quran walaupun setakat “Alif Ba’ Ta’” sampai Surah “Iqra’ Bismirabbikallazi Khalaq.”
   okay, boleh bace al-Quran even tak berlagu mcm kt dalam tibi6. Jenis lurus, baik & hati baik, tak menipu. Tadelah sampai menipu kata nak pergi Mydin tapi pergi mengorat jiran taman sebelah.
    so far, takde lagi. kalau kuar pun dengan aku, tak pun dgn bapak aku. takpun dgn adik beradik dia. kdg2 orang tua2 kt kg ajak kuar jugak, minum tea o kat kedai.7. Dia paham kamu, kamu paham dia. Paham jiwo gitu. Serasi bersama. Berbeza tapi boleh masuk.
    aah beza. aku suka apple gebu, dia suka apple ranggup. aku benci tempe tapi dia suka tempe. so aku masakkan jugak tempe kt dia even hdung rasa mcm  nk roboh.8. Gedik joget-joget pun depan bini dan anak-anak je. Depan orang lain sopan santun gitu.
    dulu mase couple gila serious dia ni. sgt proper. drive properly, sit properly, mkn proper. bila dh kwen, datang sengall dia tu, buat fashion show dalam bilik, pakai bra aku n boxer pastu jalan ala2 nyah. syg, i tak larat dh nk tgok u bersilat lah, buat show lah..sakit rahang tau gelak.
9. Jenis tak cemburu buta sangat. Cemburu macam ni ok, “Ehemm..ramainya kawan laki kat opis.. Jangan sampai lupa abang
taw..”
    fine, since kt opis pun ade dua je makluk lelaki, satu bos satu despatch, so dia mmg tak penah jeles. depan hari tatau lah.10. Belajar takat PMR je pun takpe, janji cara dia fikir tu matang dari yang belajar PhD
     dia ni kalau berpikir kalah aku yg ade degree nih. .11. Kalau dia jenis diam tak delah sampai orang kata tak bergaul dengan manusia lain. Kalau dia banyak bercakap pun tadelah sampai dia mengata-ngata orang lain.
      peramah, tapi tak over. pendiam tapi still leh ajak sembang. kalau dgn outsider lah. kalau dgn aku, jenuh nk melayan.12. Malas juga ke masjid, tapi dia pergi gak dalam sehari tu 2 kali sekurang-kurangnya Maghrib danIsyak.
     dia takde lah malas, cuma takde masa. bila mlm mcm free sket msti nk ke masjid. nk ckp tetiap hari tu mmg tak lah. tapi kalau ade ceramah kt masjid mmg dia yg pegi. aku solat kt umah je.13. Walaupun tak kerap ke kuliah agama, tapi bila tengok Youtube Ustaz Azhar Idrus ngajar tu sampai terlupa nak tengok bola. Jika da kuliah di masjid muka dialah ada di antara orang-orang kampung.
     kt laptop aku ade lah aku save ceramah2, selalu gaklah layan dgn dia b4 tdo.
14. Boleh susah senang bersama. Kalau isteri nangis, dia tolong riba isteri dan tenangkan. Kalau isteri sakit, dia tolong jaga dari malam sampai pagi.
     aku tak sempat nangis, baru sentap, dia dh tak bagi aku buat pape keje. suruh solat mgrib and isyak, terus suruh aku tido. pastu kang sedar tengah mlm tgok dia terkebil2 pandang muka aku. konon mcm' "kesiannya bini aku susah hati.." spesies ego, concern tapi tanak tunjuk sgt. kantoi lah u abang..15. Jenis senyum sokmo.
     dia memang kerangggg.tapi peliknya lau ambik gmbr manjang je muka serius. stress aku
16. Tak tengok sangat awek cuns, duk tengok bini dia je walaupn bini dia tak cuns (Tak cun tak pe, boleh tutup lampu)
      kalau awek cun lalu, aku akan ckp, "eeh, lawanya budak tu sayang..." dan dia tgok skali. aci lah kan cmni..tengok sama2. puji keindahan ciptaan Tuhan gak khennnn.

( dipetik dari koleksi ceramah Ustaz Azhar Idrus )

Tuesday, May 22, 2012

handmade

Posted by nurul shaida at 12:52 AM 2 comments

Anak-anak,

Hari tu mommy ada cerita pasal handmade kad kahwin yang buat mummy hampir rasa nak kunyah gunting kan?  Hasil seni yang mendapat pujian melambung tetamu2 abah mummy, yang mummy mula-mula rasa macam rendah diri sebab handmade invitation card mummy daddy tak seunik handmade invitation card Maya Karin nikah hari tuh. Tapi the result, mummy sembunyi sembunyi senyum bila emak mummy bagi feedback yang awesome. Syukur!

Untuk bertunang, nikah, dan reception, mummy sebolehnya nak kerah segala tenaga yang mummy ada. Segala kepakaran yang ada.  Sebolehnya memang nak guna 101% buatan sendiri. Tapi mana mungkin kan, mummy tamak masa. Kalau boleh masa 24hrs tu macam tak cukup je sehari.  So mummy just decide untuk buat gubahan sendiri, buat kad kwen sendiri, dan hias nasi pengantin sendiri.  Lagipun, segala benda yang berkaitan dgn daddy ni mummy kalau boleh nak buat dgn titik peluh sendiri, to show appreciation mummy dekat daddy yang sabar melayani mummy selama 8tahun. Well, handmade card ni memang jimatkan kos tapi tenaga lansung tak jimat ye.  Baru mummy terjawab dgn sendiri nya kenapa handmade card selalunya mahal-mahal kat kedai even raw materialnya hanyelah kertas2 lama, tali temali and.., kadang2 seashore yang boleh kita kutip free kat pantai Terengganu!  Kad buatan tangan memang menuntut kesabaran.

Okay, for card, we just need;
Ribbon – i prefer satin ribbon, Nampak elegan. Size ribbon bergantung kepada size kad.
ii)               Gunting
iii)                >Paper – depends on what type of Printer yang y’all akan guna. Macam mummy yang hanya guna printer multipurpose bind together with mesin potostet and scanner kat opis mommy ni, mummy guna A4 paper biasa, plain white, and beli yang tebal sket, 140gsm.  Bila kita pegang paper ni tak de lah rasa mcm kertas nak print report research sangat, sebab dia tebal. Dan keras.
iv)               Stipes wrapping paper – yang ni digunakan sebagai sampul.
v)                 Lain – lain material, korang boleh add on sebagai penyeri.  Nak letak beads ke, labuci ke.. tapi biar bersesuaian lah.  Tapi untuk Nampak elegan, mummy guna satin riben ONLY, the lesser the better katekan.
                                                          Gold ribbon -  for relatives





Torquise blue – for daddy’s side


Peach – for friends, neighbours and villagers.

Nampak macam letih kan nak ikat2 riben camtu.  Buat macam ni pun boleh jugak;
 

Thursday, May 3, 2012

penat

Posted by nurul shaida at 11:36 PM 0 comments
lamanya rasa tak update. macam byk benda nak cerita tapi badan otak jari tangan sume tak selari dengan keinginan.

oh, just for reminder (untuk haku saja), one of my bff miscarriage.  dear, be strong.  selamat menjalani pantang di kampung dengan seadanya. i will pray for the best, for u, for us.

penat weh, badan rasa macam kene lenyek steamroller.  habis punah sendi2. rasa mcam kan seminggu ni cepat sangat berlari, termengah nak mengejar masa. sedar sedar today, dah Jumaat. esok weekend. bila weekend makanya aku menjadi manusia super bizi. puff.

minggu ni mcm peak gila. attending course kt K.L, kejar dateline, kene kejar from banker chaser, (mcm ape je kan.. kalau aku tak kejar orang, orang kejar aku. feeling2 police sentry ke ape?)  dh balik dari course tu, dari meeting segala bagai tu ingatkan nak rehat otak barang sehari dua. tapi borang annual leave nampaknya kene kepam lagi lah dalam drawer. tak sanggup rasanya nak submit borang cuti kat bos dengan file menimbun kt meja. bos aku okay je, boleh je approve cuti tapi bila pk2 balik, balik cuti nanti pun keje makin banyak sbb asyik delay je kan. so, malas dah nak buat perangai tangguh2 keje. dulu time blaja boleh lah nak wt perangai buruk cmtu. at least yg kejar kau cuma lecturer. ni kalau aku buat kt sini, alamatnya berasap telefon terima call bertalu2 dari client, hq, bank bagai sume.  daripada darah aku naik, migrain aku datang, headwind aku menjelma, baik aku setel dlu.  nak hanimun nak holiday ke ape, letak tepi.

gila gigih aku sekarang.

sebab terlampau bz, sekarang kt opis nak belek blog sendiri pun mcm tak sempat. lagikan nak check emai.  apa yg aku duk hadap hari2 adelah bank portal, ofis email bla..bla..bla.. semuanya related to the work. tade satu pun related to the social life.  kadang2 rasa mcm nerd gila dah, sampai satu mende news or gossip pun aku tatau. huh.

and, keberhasilannya, most of my cuzzy ckp, aku dh kurus. walaweh! diri sendiri tak sedar dah susut berat badan. mana taknya, gila punya focus pd keje, kdg2 tak sempat makan. balik keje, terus rushing pegi ajar budak2 pre-school menari. melompat2 kat sana. kuar peluh lagi. balik rumah dh magrib, mandi, solat and masak.  makan belum tentu lagi sebab bila badan dh terlalu penat camtu aku lebih rela terbongkang dari makan.  alangkan makan, astro tengah bg free 130 channel pun aku lebih rela tutup mata. mata rasa macam ada gunung kalimanjaro bertenggek kt atas. gila sadis. masa second semi final kelantan vs kedah ari tu pun aku buat2 layan je dpn tv. elok je bentang toto dpn tv kan, dh kau ckp nak tgok bola sambil landing kan, ha rasakan. belom habis masa pertama, aku dh berdengkur. 

tapi betullah, kalau penat stress serabut sengkak otak sume ni, suami cuit2 pegang2 pun aku dh malas nak bukak mata. harap paham ye encik abang.  malam jumaat tak malam jumaat. banjaran himalaya dah bertenggek kt atas mata dah ni.

now gaji swasta dh selaras kan, minimum gaji 900 kan.  bagus bagus.  kat opis aku ada bukak jawatan untuk receptionist. ringan je tangan nak apply.  malas dh aku wat keje macam orang tak cukup nafas ni. kalau duk front desk angkat tpon lepas tu transfer2 okay jugak ni, tak serabut kene chase dgn bank, tak serabut dengan dateline, tak serabut dgn penalty, tak payah pk banyak2 balik rumah mood nak bermesra pun banyak. gaji pun not bad kan untuk angkat tpon and duduk cantik2 dpn pintu. okaih, aku nak pergi apply jap. tapi kalau office ni nak receptionist yang tinggi lampai cantik mulus macam intan ladyana memang tak jadi lah nak apply. kene g buat pembedahan sambung tulang kaki dlu.

 

akulah gadis itu Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea