Thursday, September 20, 2012

Posted by nurul shaida at 10:00 PM 0 comments

Tak kira..nak cakap rindu jugakkk


RINDU NO.1: Rindu zaman hingusan
Sape yang tak penah main masak2 angkat tangan! Rindu weh zaman2 hijau cenggini. No probs..no worries..no heart feeling..no..no..no.. yang tahu hanya YES YES YES even emak sampai keluar anak tekak duk panggil masuk rumah hari dah nak senja tapi aku masih lagi ‘komited’ menjalankan tugas sebagai ‘ibu’ yang terpaksa mencari sesuap nasi utk ‘anak2’ (anak2 patung).  Gila girlish aku dulu kan. Umo 4tahun dah aktif main masak2.. tapi yang paling best adelah time cuti skolah. Bila cuti skolah, mak akan bawak aku balik Pahang, so aku boleh main masak2 beregu dgn my kakak. Mase tak cuti tak best sebab kene main sorang2..adik laki aku mane layan main cook-cook nih.  Mcm2 resepi lah yang tercipta bila dah berdua ni kan. Akal pun  mcm panjang je. Langkah pun panjang. Idea pun panjang. Siap main api lagi..konon2 nak bagi masak macam real. Ambik tanah, campur air sket, letak atas penutup tin, kemudian letak atas api yang kitorang hidupkan tadi. Seronok gila kalau ‘acuan’ tu mengeluarkan bunyi berdesir.. rasa mcm btl2 tengah masak something. Sengal kan? Sampai my mom penah sound; “malam ni tak payah masak lah.. kita makan je ape yang budak dua orang tu masak..” mak...mak.. tajam betul sindiranmu.

Masa kecik, takde orang kisah pun kau nak pakai ape. Pakai slipar jepun berlainan size or kaler pun.., rilek aje. Tak perlu menggelabah sapu sunscreen kalau nk kuar main masak2 tengah panas.  Pakai skirt paras lutut pun selamba badak je kayuh basikal pegi mengaji.. tak penah pun fikir ‘baju ni sesuai tak dengan skirt ni?’...atau pun ‘...riben sebelah kiri kt rambut ni mak guna kaler pink, sebelah lagi kaler kelabu..tak pe ke eh?’ sekarang? Pakai kerongsang yang hilang sebutir diamond pun rasa mcm tak de mood nak pegi keje =D ish..ish..ish.

RINDU NO.2: Rindu SKPN!
Sumpah meruntun kalbu bila ingat balik kisah kat sekolah rendah. Semua best. Takdenya yang tak best (kecuali adengan azmi yang selalu berlagak gangster dengan aku)..mase kt sinilah belajar tentang semua perkara. Semua perasaan pun mula tumbuh sewaktu di sini. Rindunya..nak sarung baju sekolah balik. Bawak beg besar gabak sumbat dalam raga beskal..kayuh ramai2 dengan member2..hbis kelas pagi..sementara tunggu kelas tambahan belah petang, kayuh  beskal ramai2 pegi melepak makan nasi air dlu. Kalau kelas malam, melantak burger ramai2. Huishh..rindunya dengan suasana kelas tambahan malam! Even semua mata Nampak macam high teringat tv kt rumah, tapi buat homework yg cikgu bagi tetap bersemangat! Rindu nak kene cubit oleh cikgu Yuhaini  kalau ejaan salah. Rindu nak kene denda oleh cikgu Zuhairi if tak ingat sifir..rindu nak dengar lawak sir omar..rindu nak belajar sains dengan cikgu sufian..rindu nak dengar suara PK1 yang garang pagi2 selalu membingit kat mikrofon.. rindu dengan soalan exam OTI yang tiap2 minggu datang ‘melawat’ sampai rasa macam otak betul2 digunakan 150%.

..to be continue rindu no.3 – 10.

Monday, September 17, 2012

update raya

Posted by nurul shaida at 11:01 PM 0 comments
raya day one
diari raya aku tersangatlah plain.. sama je tiap2 tahun memandangkan aku mmg tak penah beraya kt mane2 kecuali kt Pahang tanah Mat Kilau ni. insyaAllah if takde ape2 aral yang melintang, tahun depan mak aku dh sound awal2 nak kitorang semua beraya kt Terengganu pulak. mungkin, draf raya aku berubah polanya sebab dh bertukar angin kan.. dapat lah aku tawaf semua rumah xclassmates mase kt TMS dulu. pheww. rindunya.

beraya sebagai seorang isteri?  well, nothing much yg berubah. sama saja bagi aku. cuma bezanya malam raya, bertambah lagi lah bilangan baju melayu yang KENA aku iron kan. aku kan tiap2 tahun ambik tender gosok baju raya seisi rumahh.. nasib rumah mak mertua pun sekankang kera saja dari rumah kediaman aku.. so tak merasalah drama berebut nak balik umah mak sape dulu..  yes, ade lah sedikit perbezaannya.. selalunya, zaman2 single dlu after solat sunat hari raya kitorang terus gerak pergi kubur. tapi tahun ni, sebelum ke masjid, aku dan encik suami singgah beraya dan bermaafan di rumah mak dia dlu, then pegi semayang raya, after that, balik menyinggah di rumah mak mertua sekali lagi untuk mengisi perut (bertuah punya menantu) dan kemudiannya..baru lah pergi ke kubur menziarah arwah nenek dan pakciks.

selepas itu barulah melepakraya di rumah the one and only makcik yg aku ade kt raub ni, iaitu kakak tiri mak aku. nama je makcik tiri tp takrasa cm tiri pun.. sepupus tiris pun tak rasa cm tiris sangat. very the close uolls.

belah petang, suami heret aku melawat makciks nenekciks dia yg sekampung dgn kitorang. layan kan aje. seronok jugak..zaman bujang dlu kt umah makcik aku tulah aku duk hadap siang malam pagi petang sambil layan sembang dgn sepupus yg semuanya dah beranak pinak. tahun ni ade lah sikit hiburan lain yg hendak aku lakukan selain gosipping dan dengar my sepupus bercerita tentang anak2 msing2..

layankan saja gambar. tata.
 melenggang kankung bwak payung bagai. ai alergik sunrise uols.
 abang ipar

see? cmne lah bini dia tak over, laki sendiri pun berpayung bagai. hover hau hu hi habang.
sambung nanti. aku nk gerak g butik jap. akan update nt.

Friday, September 7, 2012

umo saya 26!

Posted by nurul shaida at 5:09 PM 2 comments

hola.. segannya aku nk update cte nih. tapi kene update jugak sbb maybe dis is the last birthday celebration utk makcik tua bangka ni. malu lah, dh tua2 cm ni pun ada birthday celebration bagai. makcik blushing uols!
ari tu masa raya ke 2 kalau tak silap, encik suami ade ckp sumthing tp aku mcm tak ambik port sgt sbb time tu sibuk touch up nk pegi beraya belah suami.. dia ckp, "tengoklah yang..raya ke 4 ke bila sume dh berkumpul (my siblings) abg belikan bucket KFC ke.. Marrybrown ke buat mkan2 sket." well, aku abaikan je. aku ingatkan dia sesaje sesuka nk beli fastfood sbgai juadah raya sbb dh muak mengadap rendang lemang sume. so aku ignore jelah. mane nk tau rupanya birthday celebration aku..mcm tak expect lah kan sbb birthday aku dh lepas dah..penghujung puasa, 16 ogos.. selang 4 hari nk sambut raya.  siap ada kek sume. patutlah mse aku celebrate birthday encik ni awal tahun aritu dia mcm serba tak kene..rupanya aku dh paham ape perasaannya bila ada org buat surprise party di usia2 senja begini. ahaks!

last suprise birthday celebration pun seingat aku mase aku form two.. dibuat khas oleh exbf aku (wah aku, form two dh ade bf siap bf buat surprise party bagai!) Egee, aku tak tau kau tau ke tak cte ni.. tapi fatin hanim and sharinnie ingat kot.. bila idham buat surprise kt Taman Lanun.. ala.. taman sebelah kelas aku tu, Form 2 Bestari.. siap ada geng nama Lanun Seyoya2 pahtu sesuka je bg mandat kt diri sendiri bg nama kt taman tu Taman Lanun. Faiqah, do u rememba Taman Lanun? ingat kan? so suwit.  tu je lah last rasanya..pastu takde dah.  masa kt uni dlu pun, aku takde stok kawan2 yg bila time birthday member je, pedajal dgn tepung, telur and air rendaman stokin. cukup tak berkenan aku! mujur member2 aku jenis bertamadun sket..celebrate birthday kt restoran.. kt pantai..romantik kan? huehuehue. 











anyway..thanks ye hubby coz sponsor all the foods utk majlis nih =)




update cerita raya secara gambar bersiri pasni. aku malas nk taip. =p

Monday, September 3, 2012

ji_wang.

Posted by nurul shaida at 8:49 PM 0 comments
Aku lihat dia disana
Aku ingin mendekatinya
Aku cuba menghampirinya
Lalu aku menyapa dia

Dia pun membuka bicara
Dan aku mulai mengenalnya
Kita mulai bermain mata
Mula timbul rasa bahagia

Bila dia, mendekati diriku
Hatiku rasa sesuatu
Bila dia, senyum pada diriku
Hatiku rasa tak menentu

Kekadang hati ku bertanya
Adakah dia dah berpunya
Kerana diriku berasa
Aku jatuh hati padanya

Aku ingin memilikinya
Aku ingin menjaga dia
Aku ingin mencinta dia
Aku ingin hidup dengannya

Bila dia, mendekati diriku
Hatiku rasa sesuatu
Bila dia, senyum pada diriku
Hatiku rasa tak menentu

Mungkinkah aku, kan berjumpa dengannya
Untuk meluahkan rasa
Mungkinkah aku, kan berdiam diri saja
Menunggu cinta darinya

Ku terima satu nota darimu
Yang tertulis ‘Aku suka kamu’

Bila dia, mendekati diriku
Hatiku rasa sesuatu
Bila dia, senyum pada diriku
Hatiku rasa tak menentu

Akhirnya kini ku kan mampu ceria
Diriku sangat gembira
Akhirnya kini, aku mulai bahagia
Menerima cinta darinya

Aku suka dia

 

akulah gadis itu Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea