Sunday, April 24, 2011

"sori to say, im not hepi"

Posted by nurul shaida at 1:35 AM 1 comments
happy sundayyy..


esok pot luck kt opis. tengah merewang2 di tesco Puchong mencari barang utk pot luck esok. aku tatau nak masak apa. ingat nak serve pasta carbonara je tapi si mizi tu plak dengar2 cte nak bawak macaroni. malas la kang sama plak.  aku plan for benoffe pie ta.......................pi; malas. any suggestion?


eh wait ha. bukan cerita pot luck yang aku nak update kat sini.


penah tak penah tak korang kan rasa 'terancam' dan 'pelik' dengan strangers? i mean..perempuan. kalau terancam dengan lelaki tu aku tak heran sangat, memang patut pun kita be ware dengan strangers laki2 kan.  tapi ni perempuan. PEREMPUAN. cantik plak tu. CANTIK ok.


eh boleh tak aku nak panggil dia stranger? macam tak sampai hati pulak.
okeh cerita nya begini;


about one month ago, ada somebody add aku kt fesbuk.  aku approve jela kan. sebab screening2 pun takdak nampak ada any relation dengan orang-yang-tak-ingin-aku-dekati.  peel aku ni satu, kalau approve tu,main approve je. takde dah nak belek2 wall orang tu dulu ke, tengok picture dlu ke ape. memang aku main approve je selagi terdaya. (dan rajin - kalau malas aku ignore je).   after that, minah ni (aku guess perempuan) kang suka sangat menempel kt fesbuk aku.  setiap inci (neraka apakah?) new pic yang aku upload, benda apa yang aku merepek kat wall sume dia tengok and mesti nak like2 bagai ni. memula dia macam stalk aku diam2 je pastu berani2 like2 plak kt post aku.  aku bia kan dlu. yelah, manalah tahu dia ni member kepada member ke hapa kan, nanti di cop sombong plak. 


tapi aku confused (a bit) kenapa dia suka like2 setiap gmbar aku. ok till then, dia pm aku kt inbox. dia mintak rahsia aku edit gmbr and tanya apa software yang aku guna. fuh lega seketika.  suka 'seni' aku rupanya.  so aku advise her about software yang aku pakai.


a week later, aku pegi uitm, seat for common test dekat fakulti law.  dalam dewan kuliah tu aku duduk antara sazli dengan syafiq (not si muka lembut ye but this syafiq- student PLK, married and have a daughter) tengah2 duk merepek kat belakang sambil buat2 dengar group lain present, minah ni tegur aku kt chat box fesbuk.  oh ya, masa ni profile pic dia gmbr smiley je ye. and tade apa2 gmbr yang boleh aku recognize her. sume gambar kartun.


memula dia tanya kabar and basic soklan mcm dh makan, ada kat mana, buat apa. tang ada kt mana tu aku lapik2 la sket. lepas tu at the same time, every single conversation between aku dgn member2 fesbuk yang menconteng wall aku, mesti dia nak jugak. puas aku pikir sapelah minah ni kan. dia ni memang on fesbuk je terus search nama aku ke? bila aku online je terus tegur aku 'hai akak..lama tak online..'  bila kau cter kat mahangkuk dua orang ni, syafik tanya aku, 'betul ke perempuan?' aku jawab; 'perempuan la aku rasa. the way dia mesej, komen2 fb aku..aku rasa dia perempuan' ...dan si syapik ni memang saja nak mentakutkan aku."betul ke perempuan. kau bia betul..sekarang ni ramai orang menipu. fesbuk bukan betul pun. jangan nilai orang dengan cara tu je"  terus sentap beb.  semangat kami google and search gambar minah ni. tapi memang yilek. takde lansung. pastu mulalah berdebar. amik kau. main approve je kan. sekarang baru menggelabah macam rabbit takut petir.


bagi mensedapkan hati sendiri, aku berpegang teguh pada hujah aku yakni minah ni perempuan.  si mahangkuk dua orang tak habis2 mentakutkan aku.  nak2 lagi bila minah ni pm aku; "akak..knape saya tak boleh tengok pic2 akak yang lain? nak tengokkkkk..nak tengok...."


gaya macam budak kecik mintak tukar channel astro prima ke astro ceria beb.


tapi aku simpulkan bahawa dia HANYA NAK TENGOK SENI AKU. not other than that.




tapi kan..tadi aku online. terus kau dia tegur aku kt chat box.  dan menkejutkan aku dengan soalan2 yang tak terjawabkan oleh aku.  banyak kali tanya tempat aku keje..nape lama tak online..tengah buat apa.. tapi hari ni ada clue sket la..sebab dia dh letak gmbr perempuan. bertudung. aku tak tau la nak claim tu gambar dia ke apa, bukan sebab gmbr tu cantik dan nampak baik, tapi sebab seriously, aku tak boleh ingat lah muka dia ni.  memang tak penah nampak kt mana2.


hari ni lagi best, "akak....nape lama tak online? rindulahh..."
satu lagi, "akak memang hot........"
dan lagi, "akak memang sentiasa cantikk"


hambik kau. kalau lelaki yang ckp cmni aku boleh claim laki tu ulat bulu.  tapi kalau perempuan, kau tak kenal datang dari mana [dan kau stilll confused samaada dia laki atau perempuan] memang aku rasa macam 'takut' dan pelik.  siap rindu2 lagi. padahal aku baru seminggu tak online. bab yang sentiasa cantik tu memang tak leh blah.  memang mengampu overboard.  padahal dia hanya merujuk pada applikasi bodoh kat fesbuk [yang aku pun tatau nape menatang tu tiap2 hari appear kt wall aku-annoying gila!]  yang tiap2 ari akan update kt wall fesbuk kita HOW HOT ARE YOU TODAY? seriously beb, kalau sape2 tahu camne nak remove application bodoh ni, sila bagitau aku. jenuh aku remove. tiap2 hari mesti ada.


gila ah. sekarang aku rasa semacam je.  rasa takut pun ada.  manelah tahu kan minah ni sebenarnya lelaki ke...takpun minah ni ada apa2 connection dengan orang-yang-tak-ingin-aku-dekati ke kan..cuak ni cuak.  puas aku tanya member2 aku dari sekolah rendah smpai degree, semua tak kenal dia.


takkan aku nak post gmbr dia kt sini? loyalti? ngaahahahaha..(behengong.)




baik letak gambar aku...............ngahahaha

nah bukti. aku rajin study tak kira dimana jua pada bila2 masa saja
location: KFC the mines.



oh ya. motif blog ni ditulis?

bukan untuk mentunjukkan diri aku hot ye cik kak cik kak sekalian.  aku bukan mcm 'orang tu' yang buat2 statement merendah diri tapi sebenarnya sekali baca je dh tahu nak meriak macam 'semua orang cantik dan berhak untuk cantik  kecuali aku. aku tak berhak untuk itu..kepada semua2 lelaki yang menunggu jawapan saya, silalah buka peluang kepada perempuan lain..'  macam siasia punya statement.  kalau aku rasa aku hot, aku tak selindung2 dah. aku cakap je.........

i'm  HOT today. so how about you? wanna join me in a sleeveless?




BERHATI2 LAH MENG'APPROVE' FRIEND REQUEST KT FESBUK.

end with the useful tips.

Thursday, April 14, 2011

untitled.please ah baca.

Posted by nurul shaida at 12:47 AM 0 comments
Jika isteri menangis dihadapanmu….
“hargai lah ia sblm terlewat…”

Jika seorang isteri menangis dihadapanmu,
itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi…
Jika kau memegang tangannya saat dia menangis, dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu..
Jika kau membiarkannya pergi, dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, kEcuali didepan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, hanya jika dia sangat menyayangimu.
Dia akan menurunkan rasa EGOnya.

Wahai suami2,
jika seorang istri pernah menangis karenamu, tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian.
Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat kau terperuk terlalu dalam …

Wahai suami2, jika seorang isteri menangis keranamu, tolong jangan mensia-siakannya. Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.

Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu. Lihatlah jauh kedalam matanya. Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT yang dirasakannya keranamu ?

Apakah keistimewaan perempuan ini ? ”

Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..

TUTUR katanya merupakan KEBENARAN..

SENYUMAN’nya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya. .

PELUKAN & CIUMAN’nya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya..

Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..

Dia TERHARU Dia MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd org2 yg dikasihinya. ..

Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHAN’nya. .

Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN..

Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..

TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.

Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI krn 1 hal…

Bahawa “Betapa BERHARGAnya dia”…






Tuesday, April 5, 2011

full-day-of-mine

Posted by nurul shaida at 11:01 PM 0 comments
Hai bebeh.
shuuush. kepok kepok. (bunyi lap sawang kt belog). lama kan tak update blog.


hari ni rasa macam ok sikit paleotak.  sebab macam banyak dah benda yang dah settle. tapi hari ni betul2 hari yang boleh dikatakan a-happy-day even schedule adelah sangat bangat full. wait wait; hari ni rabu kan? why the author tak 'otak' hari ni eh? bukan ke bila rabu je rasa macam nak baling segala benda ke dinding? bukan ke bila rabu je masuk dalam self-destructive mode?


mungkin ya mungkin tak untuk rabu ini. tengok la lepas aku jumpa supervisor nanti keadaan aku cemana. ala-ala zombi lapar ke ala-ala dalam hati ada pasu bunga, tunggu jelah nanti.


eh jap. dah pukul 2. aku g jumpa supervisor jap eh. nak tunjuk pembetulan questionnaire yang dr. rabiah dah check jap kat puan. nanti aku sambung. promise.


--------------------------------------------------------------------------------------------- 
hello, i'm back.

ok nampaknya mood aku masih baik sampai ke petang. hingga saat2 7:12pm ni pun aku masih bersantai2 sorang2 kt mcd.  kepala terasa ringan. macam semua keserabutan dah di sihirkan dengan sihir  nyah ilusi - potter fever again.

perasaan kepala ringan ala2 boleh buat head banging ni adelah sebab
pertama; research question aku dh endorsed.
kedua; aku pergi buat treatment rambut.

hmmp, speaking bout that, penah dengar tak 101 hair care?  ekceli kan, aku pun first time dengar. tapi last thursday, masa aku unwind sorang2 kt ioi puchong, aku terpedaya lansung membeli voucher treatment rambut yang digoda oleh promoter separa hensem kt sana.  sebab harganya quite cheap, aku beli jela. treatment, wash, hair analysis, serum, tonic; all for rm18.  sape tak teruja kan. memang kene pada masa lah sebab rambut aku tengah gila bermasalah sekarang. perasaannya sama memberontak. aku stress dengan research, rambut stress dengan oily scalp and hair fall.  dia ni kan..

to be frank, treatment ni bagus cuma bagi separa student separa pekerja macam aku ni not affordable lah kot. lepas dibodek2, consultant bername tag tina sui tu bagi aku student price (student price lah sangat) rm2122 for 10x treatment. gila lah. gaji aku pun tak cecah banyak ni. mimpi jelah. nampak gaya memang try voucher yang aku dapat ni jela. tapi at least, aku dapat trial kit yang ada shampoo, conditioner n tonic. not bad la kan.  tp at other side, memang bestl buat treatment camni. lau tak, kita tak kan tahu mende apa yang bermastautin kat atas kepala ni. rilek je duk wat rebonding, perm, colour, highlight bagai tapi kat atas kepala ada makhluk lain duk bina rumah setinggan.

tapi siyes cakap, aku tengok my oily scalp tadi yang dah di zoom 1000x terus tak lalu nak makan. terus rasa pasni nak botakkan je terus, biar minyak tak buat loji penapisan minyak kat atas tu.

o........k lah. tutup cerita bout the rambut. hari ni kan, aku kene settle banyak benda. tak tahu nak mula cemana. dari semalam lagi duk pikir cemana nak buat takut tak leh nak carry coz macam banyak sangat stuff need to settle.  rasa hampir nak membazirkan air mata. tapi apalah gunanya kan. cempedak takkan berubah jadi nangka. eh, cempedak pulak yang kena.

mana nak mula?

mula dari pagi lah. hari ni aku ada interview dekat subang, area dekat2 subang airport and ara damansara. so of course la pagi2 lagi dh kene bangun, macam nak pegi keje. tak dapat la rabu minggu ni aku nak bermalas2 atas tilam dulu before pergi uitm kan. so bangun, bersiap, dan pergi print resume mail plak. tiba2 baru aku perasan yang aku misplaced aku punya folder yang aku simpan sume mak nenek certificate yang aku ada. ah sudah! dari semalam lagi mr. spencer duk call ingatkan aku suh bawah original certificate dengan copy sekali. haru..haru..dah puas geledah boot kereta pun still tak jumpa. aku pun give tatau nak cari kat mana lagi. call mak dengan adik pun tak berangkat. gosh! rasa malas nak pergi interview pun ada.. mata rasa cam nak banjir T________T

aku pergi jugak. lantak lah. apa nak jadi, jadi. kalau dah bukan rezeki aku nak buat cemana kan. tapi kalau dah rezeki aku datang melenggang pun dapat kan.

bfore dis, mati2 aku ingat mr. spencer tu chinese. rupanya indian-stylish guy! oh melting again. coolio beb tak tipu punya. sampai2 je terus greet aku dan aku terus greet dia dengan; 'sorry mr. spencer i didnt bring my certificate. it is ok or what. if not, i'll go back and maybe we should arrange another interview?'  tuh dia. sedap cekadak aku je nak orang rearrange interbiu lain utk aku. ape ingat symphony BPO tu boifren kau punya?  unless mr. spencer willing nak jadi boifren part time aku.......kehkehkeh.

aku cakap kau, interbiu dia scarry gila. (scarry la bagi org yang tak prepare well mcm aku ni) siap ada paper test english competency dengan mathematics competencies lagi. scarry tak scarry tak. huh gila lah. sib baik position aku tak memerlukan sume benda alah tuh.

ok let me tell you. aku apply for customer services position. part time. diulangi PART TIME. you know why? first, aku tak abis study lagi, tinggal 3minggu lagi utk habiskan praktikal. kedua, since malam aku takde keje, selain merayap perabiskan duit, baik aku cari keje yang boleh masyuk duit. third, komitmen makin banyak. duit keta. duit shopping. duit belanja. duit nak bagi kat mak pak -ok tipu. part bagi mak pak tu aku tambah sket, bagi lagi dramatik.  fourth, fifth and until tenth----sebab gaji part time kat sini mahal- rm12 per hour. crazy sales kan, keje jawab call, mumbling bout the company and business then satu hari u'll get at least rm60. coolio gila.

aku mintak part time. tapi si shantek manis nicole orang HR tu offer aku permanent staff. start bulan 5, maknenya aku hbis praktikal. dia offer hr junior exec since dia tahu minor aku in hr. erm. aku hold dlu. aku bukannya hape, kot2 gaji permanent staff lagi sikit dari gaji part time, lansung downgrade aku. plus, sbpo ni ada kat subang je. aku plan nak cari2 keje yang ada branch kt raub, boleh slow2 mintak transfer..hik3.

balik- one of the candidate yang mintak same position mcm aku tadi ajak lepak and borak. borak kejap of course boleh but lepak cannot lah. aku kan nak kene pergi uitm lagi jap lagi. aku tahu indian guy yang nama vincent ni senior kat celcom center. tadi dia masuk interbiu skali dengan aku. 2x high flyers csr beb mamat ni kt celcom jalan semarak tuh.  oh ya, dalam ramai2 yang datang tadi, aku sorang je perempuan, dan aku sorang je melayu dan islam. the rest are chinese n indian. agak2, aku dapat tak hah?

eh wait. aku bukanla racism. tapi kurang 'baik' dengan indian guy. but lately kenapa macam banyak je indian guy interfere dikeliling aku? starting from unforgettable-viva-love kat tepi jalan last two week (by sara); sampai ke hari ni, aku dah mula 'o............k' sket dengan mereka. sara, i know u'r smiling.

tapi tadi masa isi form, gejala flu datang melanda. byk kali jugak lah aku attract candidate lain dengan bersin aku nan 'indah' tu. heh, apa aku buat semalam sampai hidung berlari-larian sebegini? maybe mandi agak lewat kot sebab semalam balik umah cecah tilam pun agak lewat sebab pergi cari proper attire sket utk interbiu ari ni dekat summit. tu je. janganlah sampai nak demam2 bagai ni. minggu ni banyak submission, jangan nak buat perangai ye cik badan.




dan yes, jawapan bagi surat tunjuk sebab kenapa blog agak bersawang adelah sebab 2 3 minggu ni jadual aku pack gila, tiap2 minggu balik besut uruskan personal matter. plus, my bff getting married soon, so of course la aku orang paling bz kan. wedding planner merangkap bridesmaid. and maybe -mak andam bidan terjun sekali.

si mata burung hantu dah nak kwen. yeayy.

sebut pasal balik terengganu, ada sape2 penah jumpa hantu askar zaman jepun? aku penah. next entry aku cerita okey. betul2 based on my true story. no editing. limited edition. memang takde kat panggung.
 

































'nanti' tu ntah bila ntah.
 

akulah gadis itu Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea