Tuesday, January 25, 2011

lOve is like heaven

Posted by nurul shaida at 12:54 PM 2 comments
...........but hurt like HELL.

source: goOgle chrome

"betul la semua orang cakap dan apa yang abang rasa..tiba satu masa ayang mesti tinggal abang jugak.. takpelah ayang sekurang2nye ayang dah ada masa depan..ayang dah tentu hidup bhagia hidup senang. .kerana ayang dah bersumpah, abang akan pergi jauh dari hidup ayang.  halalkan makan minum abang dan maafkan abang kerana naik tangan kaki pukul ayang..lagipun inilah janji abang pada mak ayang..jahat2 abang, abang takkan rosakkan masa depan seseOrang..tolong slagi mana termampu.  family abang pun nak tengOk ayang berjaya..selesai hutang abang pada family ayang..kirim salam dekat diOrang..bye jaga diri"

sekadar memetik [menyalin semua terus] kata2 seOrang adam--25jan; 02:26am

semalam, sewaktu menyiapkan baris2 akhir thesis yg bakal aku submit proposalnya esOk, baiklah aku akui aku pressure kerana bukan saja mengejar dateline tetapi memahamkan orang yang suka memutarbelit fakta.  sepanjang aku hidup selama 25tahun, aku telah mengenali 5 jenis cinta lelaki.  bermakna, 5 orang.  tetapi di dalam angka 5 itu, hanya 2 darinya memberi kesan mendalam di dalam hidup aku, dan penghantar mesej di atas adalah salah satu dari 2 itu.

ada 5 jenis cinta yang dah aku rasai.
pertama, yang btl2 ikhlas, telus dan menerima aku seadanya--tetapi terlalu dOwn to earth dengan kekurangan diri dia.  menjadikan aku dihargai tetapi pada masa yang sama penat memberi sOkongan mOral padanya.

kedua, yang ikhlas menyayangi, mencintai tetapi terlalu obses dengan cinta sehingga sanggup mengasari aku kerana hal2 yang aku rasa bOleh dibawa berunding.  terlalu sayang menjadikan cinta aku itu sesuatu yang sakit, tetapi pengOrbanan dan pertOlongan yang dia hulurkan memang tiada taranya dengan org lain.  tangan pertama yang menghulur bantuan bilamasa aku memerlukan dan tangan pertama jugalah yang hinggap di pipi aku..

jenis ketiga, terlalu sayang, cinta, kasih dan memuja sehingga membuat aku sangat rimas kerana bagai ditatang     di atas sejadah sutera.  terlalu sempurna, terlalu menurut, selalu memberi lantas membuatkan aku cepat bOsan dan mewujudkan ruang luas untuk aku mengambil kesempatan diatas kenaifannya.  lantas, mengundang rasa menyampah diam2 di dasar hati aku.

cinta jenis yang keempat, keliru antara cinta dan keegoan.  sayang dan suka.  melihat aku sebagai objek yang pegun, yang tidak bergerak, yang tidak punya perasaan dan selalu merasakan aku selalu ada untuknya.  dirinya bebas memilih tapi aku hanya ada satu pilihan, iaitu--dirinya.  sebenarnya, jenis ini bukanlah cinta, tetapi lebih kepada rasa ingin memiliki.

dan yang kelima, cinta jenis yang melihat aku sebagai harta karun yang harus dimanfaatkan, dan mencintai aku kerana kelebihan yang ada pada aku, yang menutup kekurangan dirinya.


dan rasanya, semua orang dapat agak dari jenis mana lelaki penghantar sms ini kan?

betullah.  dia cinta kedua aku selepas my first lOve.  dia juga meninggalkan kesan yang mendalam dalam hidup aku.  semalam, setelah bOsan dengan sikap 'diam' aku, dia serang aku dengan bertubi2 sOalan yang tak tertepiskan.  melOntar aku ke lembah kenangan lalu demi meraih kembali cinta yang telah tiada.  memanglah dia antara orang2 yang 'melekat' dihati aku tetapi  aku mesti mengasihani diri.  cukup2 lah aku menzalimi diri sendiri selama dua tahun bersamanya kerana ianya aku anggap-----jatuh cinta pd org yang salah.  dan aku ikhlas mengatakan; aku tidak lagi menyayanginya spt lewat waktu dulu.

bukan lah aku kejam kerana menOlak huluran sekeping cinta tetapi apa yang aku lalui bersamanya tidak seindah spt pandangan orang ramai.  di mata mereka, kami pasangan rOmantis, loving, understanding.  pada hakikatnya, mcm2 perit yang aku tempuh.  bersusun juga perempuan mencari aku kerana kami menyayangi lelaki yang sama.  mana bisa?  aku tidak biasa berkOngsi barang kesukaanku dengan orang lain.  sebagaimana aku takkan meminjamkan selimut faveret aku pada sesiapa, sebegitulah juga dengan dia.  tetapi manusia ini kadang2 terleka, dan cepat terlupa diri.  lupa di mana mereka bermula dan lupa siapa di belakang mereka di sebalik apa yg mereka capai..  bila berada di atas, mudah lupa untuk tunduk merenung ke bawah.

dan aku rasa, cukuplah dua tahun yang penuh pengalaman.

walaupun aku tidak lagi merasakan apa yg penah aku rasa dahulu terhadap dia, tapi aku tak bOleh tipu diri sendiri bahawa mesej itu sedikit sebanyak mengundang rasa sedih di hati..  tipulah kalau aku tak sayu dan sedih lihat style pancing yang dia guna.  agak sentap tapi aku sudah berjanji 2011 adalah tahun keceriaan.  aku tak mahu menodai azam dengan air mata yang mengalir atas sebab murahan ini.

mulanya, aku tidak ingin mengucapkannya.  memanglah aku sudah tiada perasaan padanya [tawar hati sebenarnya] tetapi betul kata orang MENINGGALKAN LEBIH SAKIT DARIPADA DITINGGALKAN. nampak seperti mudah, tetapi untuk memberitahu orang yg mengharap cinta dari kita bahawa kita sudah tidak 'merasa apa yang kau rasa' sangat susah.  tetapi, bila aku memilih utk mengabaikan2 mesej2, dia called;

dia:  ayang. bagitau abang, ayang dah taknak abang
aku: ya. ayg xnak abang. [menguap. suara dah serak2]
dia:  cakaplah elOk2 ayg taknak abang
aku:  elOk lah ni [genyeh2 mata]
dia:  bersumpah ayang taknak abang
aku:  ya. sumpah ayang dah taknak abng [gila senang kan aku melafazkannya??]
dia:  kenapa??[nada lebih kepada tak percaya dari terkejut]
aku:  sebab abg curang. tak penah setia.  dan ayg penat dan memaafkan abg.
dia:  takpelah kalau mcm tu. tuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuut. 

terus letak phone.  dan aku terus sambung tidor. maka aku tak sedar akan mesej di atas yg dihantar.  pagi tadi masa dh masuk ofis baru aku baca.  dan baru sentap.. tapi terlambat dah kan untuk menyesal, sebab aku dah pun mengucapkannya malam tadi  T______T

sebagai balasan, sebagai perempuan yang pernah disayanginya, yang pernah susah senang bersamanya, aku membalas;

tQ.  ayang doakan abang bahagia dengan cara hidup abang.








cinta..,



                                                                       ..............tidak semua bersatu.

Sunday, January 23, 2011

award--tag--contest

Posted by nurul shaida at 9:56 AM 2 comments
salam isnin.

rajin tak? mengupdate blOg secara pukal terus.  3 in 1.  tiga di dalam satu.  yea betullah. macam nescafe and milO fuzz tu..  pertama tamanya sekali, a big thanks pada mata kerana masih belum mengantOk walhal esOk adalah hari Isnin @ Senin dan bila senin; tak lain tak bukan aku mestilah mOnday blues.  bila senin je sawan. bila sawan je senin.  sawan malas pergi keje.

Omg! isnin? senin bermakna kelas. kelas bermakna, esOk aku terpaksa masuk keje seawal 8pagi dan keluar 5petang utk bergegas ke shah alam.  Duh!  kenapalah perlu ada hari Isnin? tak bOleh ke lepas ahad je terus Jumaat? [mereng overboard budak nih] i hate mOnday.  isnin menjadikan aku 2x ganda letih daripada hari biasa.  eh tak jugak.  aku pun benci hari rabu.  sebab setiap rabu aku harus ke puncak alam, meeting supervisor.  bila kedua hari ni datang, maka badan aku mesti barai di dalam jem.  meeting lecturer 15 minit je, tapi kaki ni ha..naik cramp tekan minyak and cluth.  kalau JMQ tu autO takpelah jugakk..
baru terasa eh..penatnya menjadi student PLK ni.

erm.  senang citer, aku bencilah semua hari2 yang BEKERJA.  nak duduk saja gOyang2 kaki leh tak?? cukup bulan je tunggu incOme.  ada tak keje cam tu? requirement apa eh dia nak??

panggggggggggg.  penampa sedar. ikhlas dari ibunda tersayang.

takpelah.  aku ni nak paksa2 tidOr pun tak bOleh jugak.  nak blOg walking blOgger2 lain pun dh jenuh merayap dah.  nak tengOk tv, takut ganggu kakcha tidOr.  minah ni memang, [eh eh, bukan dia sOrang je sebenarnya, si tukang cerita ni pun sama] suka berumah tangga kt ruang tamu.  bilik siap berkatil bagai tapi atas sOfa L tu jugakla dia terbOngkang.[dan aku kt sOfa sebelah].  aku ni pun dah kembali ke peel lama, tidOr dengan lappy kat atas perut.  sedar2 pagi esOk lappy ke mana melayang, aku ke mana terlentang.  nasib baik keadaan masih terkawal smpai hari ni.  takde lagi adengan lappy terjatuh dari sOfa. kalau tak..

nihah. nak buat pengumuman.  tengOk tak award yang aku dapat kt sebelelahtu?? actually award tu daripada kawan aku, ixca anuar .  dia duk suh aku amik dari wujudnya blOg no.2 aku lagi tapi aku malas letak apa2 kt blOg tu. rasa nak remOve je.  mencii. sakit ati.. sO i fOrward la award tu ke blOg ni.  valid kan cik ixca kan? kan?  thanks ya, bagi i anugerah.  lain kali bagi la lagi...
dan rasanya ada 2 hutang tag yang aku tak langsaikan dari pemyumbang award ni.  takpe.  nanti bila2 mata sya insOmnia lagi, saya buat eh tag itu.....

berita baikk jugak kepada blOgger2 yang gemar buar tag dan cOntest.  ini kerana, ntah mcm mana tahun 2011 ni aku sgt bersemangat nak menjawab tag dan masuk mana2 cOntest.  tak tau lah nape tahun ni aggresive sangat.  mungkin faktOr usia kOt [neraka apakah??]  takpun mungkin faktOr blOg baru.  tak de semak lagi--so sedaya upaya mencari semak untuk diletakkan di blOg :)

jadinya.  untuk tag pertama yang dicipta Oleh aku sendiri....

SIAPA KAU.

Ngeri tak ngeri tak tajuk tag haku?  macam sOalan malaikat maut kan?  okeih kawam kawam.  mari kita telus dan tulus dalam menjawab sOalan KBKK ini.

1.   SIAPA KAU SEMALAM?
semalam aku musafir--dari puchOng ke kuala selangOr.  attend sOlemnization. jadinya semalan aku adelah pembantu majlis, tukang sibuk di dalam bilik pengantin, perayau tegar di sekitar kedai kain di kuala selangOr dan juga cO-pilOt merangkap pilOt jugak kadang2 bagi kakcha.


mula mula co-pilOt
 pastu naik pangkat jd pilOt lak
 kemudian, penyebok di bilik pengantin
 kemudian, kutu rayau.
finally, berkenan yang ni.. =)

2.   SIAPA KAU TAHUN LEPAS?
tahun lepas... ratu air mata.  eh tu sampingan.   superseniOr bach. in health adm. uitm puncak alam;


3.   SIAPA KAU 5 TAHUN LEPAS?

5 thn lepas.....erm 2006 ek.  second year diplOma science secretary uitm dungun. umO pun baru 20.



with one of my besties..aina.  semester 4 2006



4.   SIAPA KAU 10 TAHUN LEPAS?
student fOrm 3. amik pmr.

5.   SIAPA KAU DI KALANGAN KAWAN2?
pemalu [neraka apakah??] dOminant.  kadang2 mudah difahami. kadang2 susah nak paham.  kdg2 Ok kdg2 hangin tak semena2.  dikalangan lecturer, diOrang ckp aku terlalu 'rileks'.  dalam maksud tu. nampak sgt kan aku amik mudah hal2 yg berkaitan dengan kelas, buku, assignment dan passing mark, kan??

6.   SIAPA KAU DI RUMAH?
pelakOn, pengarah drama, penulis skrip di tv---->kat umah sewa puchOng.
kakak yg rajin tapi kdg2 sewel kdg2 garang, tempat rujukan mak aku mintak pendapat, driver mak, driver abah (kdg2) tukang selerak bilik ain--------> kat rumah makpak di besut

7.   SIAPA KAU KALAU BERCINTA?
aku pun tak pasti.  banyak sgt karakter. [kata drama queen..... =)]

8.   SIAPA KAU KALAU MARAH?
lagi teruk dari ibu tiri bawang merah.  lagi hijau dari Hulk.  lagi garang dari mak aku.  lagi baran dari encik rOti.

9.   SIAPA KAU 5 TAHUN AKAN DATANG?
wifey.. mother..and businesswOman.

10. SIAPA KAU TAG LEPAS NI??
pijah, faiqah, kakcha, egee, dan sesape yg bace, wajib tag and infOrm aku.

student health adm. turun site town planner

Posted by nurul shaida at 2:12 AM 1 comments
happy sunday. actually tak berapa happy tahap sengih smpai gusi mahupun melalak sampai bergegar blok.  Sunday dirai dengan sempurna, dengan dua buah baldi pakaian kotor yang dari semalam menagih perhatian.  bukannya nama aku jika rendam baju terus basuh.  semalam telah setia mengikut kakcha pergi ke sungai besar untuk solemnization classmate dia dlu. oh nantilah aku upload cerita disana.

sekarang aku nak bercerita tentang apa yang diisi oleh seorang anak dara yang single lagi available ini. wahh ayat mcm tak laku saja kan! tapi ada haku kisah.  betul la di puchOng ni aku single kan...kan..kan..?--angkat2 kening double jerk.

mulanya, lepas menyidai baju, hasrat di jiwa nak la cari 2 3 supporting jOurnal lagi untuk draft thesis yang bakal di submit rabu nanti.  tapi niat suci murni [lagi rajin] tidak kesampaian bilamana kakcha [si pengdengki] tetiba je ajak aku teman dia pergi site kat Seri Kembangan.  hemm.. kalau ikutkan, [sambil jenguk2 tingkap tengok cuaca] taknak ikut sebab hari ini ditakdirkan panas gilak tapi mengenangkan yang mengajak aku tu kakcha, yang banyak memberi jasa kepadaku seperti meminjamkan broadband [dan sama2 teman aku tido kat sofa ruang tamu dgn dua2 laptop terpasang], maka aku ikut saja.  apa guna ada tahi lalat di kaki kalau malas jalan kan? bukan aku lah tu kalau orang ajak berjalan aku tOlak.
kakcha. town planner yg suka muncung2 bila amik gmbar.
ha..cantik pun kalau senyum secara normal :)

sepanjang perjalanan tengah hari itu mengikut kakcha, barulah aku bersyukur kerana memilih course yang sesuai dengan peel perangai aku yang tak suka dijemur matahari.  nasib baik kan UiTM menyediakan course yang indoor, berair-cond untuk aku.  cant imagine kalau 3tahun dulu aku gatal tangan apply FSPU macam kakak aku---kehulu kehilir tengah panas dengan kamera kat tangan---lawat site. huh. tak rela i............

budak sunnyphobia [abaikan aku merepek]

tengoklah. ngengada.  dalam kereta pun nak pakai sunglases bagai.  padahal dah sah2 la kakcha je yang turun tinjau site.  kau tu duk dalam kereta je--berair-cond lagik!

bila panas terik, traffik jam dan mekap pun dah berlemuih, maka satu aliran transfungsi automatik reflect kat perut aku.  ceh. atau kata lainnya senang----------LAPAR.  Kakcha ajak lunch dekat restaurant yang well-known la kat area puchong ni [aku tak taula kOt2 ada orang puchOng pandang sblh mata pun x]  tapi apa salahnya kan? perut aku ni  mendengar kata--easy to deal with.  beliau akan makan apa saja tak kira tempat dan juadah.  senang kan  *__*

padi. ye itulah nama kedainya. cute kan? bukan org yg pegang henset tuh la!
malas la nak bercakap banyak. layankan jelah gambar k. kalau korang menyampah asyik2 muka aku jek interprem, kali ni aku berjanji akan 'mengurangkan' sikit penjelmaan aku dekat entry ni.  aku cuba kay. ;)

the environment.
the customers

yummy.

yummy.yummy.
yummy.yummy.yummy
dh tak terkata. tahap leleh air liur dah.

tapi memang betullah. banyak gilak pilihan lauk pauk yang boleh merosakkan prOgram diet orang2 yang tak berdisiplin spt aku ni.  harga pun tak delah mahal.. untuk setiap kerabu [spt gmbr di atas] --rm1. tak kira anda ceduk banyak mana.  tapi agak2lah kan.  kalau kau amik satu dulang memang la mahal dikk..
pasrah.  rOsak diet di hari ahad.


pergilah.  aku prOmote kedai ni tak berbayar pun.  still kene charge RM4.40 tadi.  so.. PADI's owner, anda tak rasa spt nak bayar royalti pada saya kah?? tehehe.  okaylah. matahari pun makin panas.  kulit lengan pun dah rasa berbahang.  better aku menyorOk dlu. tata.
 burlp..alhamdullillah...tata.



Thursday, January 20, 2011

tag dari kakcha

Posted by nurul shaida at 9:09 AM 1 comments
badan penat--baru balik menyakitkan peha dan betis dengan bermain futsal dengan officemate dan housemate tersayang.  seusai membayar hutang [mandi+makan] tetiba teringat hutang tag yang belum dilangsai.  kang kecik pulak ati pengetag tegar ni.  langsung tidak mahu ikut saya mengecikkan peha di gelanggang futsal next time.  nah. malas nak membebel panjang.
 
5 NAMA SAMARANKU
1.sha--[ofismate, housemate]
2.shaida--[uitm dan segala isinya]
3.azlin--[bonda]
4.kaklin--[adinda2 tercinta]
5.baby--[si dia. rasa nak muntah? ok sila pergi sekarang.]
 
5 TARIKH PENTING
1. Tarikh lahir saya
2. tarikh lahir makpak
3. tarikh lahir adik beradik
4. tarikh lahir boifren2 [neraka apakah??]
5. tarikh tamat praktikal
 
5 PERKARA AKU BUAT SEMALAM
1. off day--tak msuk office lalu heading to Puncak Alam jumpa advisor thesis
2. bertapa di dalam bilik research tingkat 7
3. menyemak dalam bilik kakcha, try2 baju merah untuk main futsal esok harinya
4. continue baca novel CANTIK ITU LUKA--tapi still xabis2
5. try2 tudung syria kakcha--thank God, aku makin menyukai tudung tu
 
5 PERKARA BUAT ANDA GEMBIRA
1. dihadiahkan sebuah galeri buku/ kedai buku mcm MPH atau Kinokonuya
2. balik kampung
3. mesej2 dengan orang tersayang
4. kalau diberi peluang menghabiskan praktikal di PMCARE dgn cpt
5. sushi
 
5 SEBAB JAWAB SOALAN
1. bosan xtau nk wt apa
2. xngantuk
3. aku mmg suka jwb tag hape!
4. tag ni simple
5. mood baik
 
5 KAWAN UNTUK DITAG
 
egie, hifazphat, ixca, 2 lagi reserved. sape2 leh amik.

Wednesday, January 19, 2011

my bFF's engagement day

Posted by nurul shaida at 12:41 AM 0 comments
 aku and izyan
 aku lagi [???] dan izyan lagi [???]
izyan dengan encik abang [nazri]

Thursday, January 13, 2011

welcome segala!

Posted by nurul shaida at 8:38 AM 0 comments
welcome welcome welcome

ada yang akan cakap "eh macam artis lak kau ye sampai 3 belog kau ada"
takpun:  "saiko ke ape. gila glamer nih.."

manusia well..as a human being, kita susah untuk berpuas hati dengan apa yang kita miliki.  perasaan sentiasa memajukan diri itu bagus, melakukan penghijrahan a.k.a perubahan juga bagus.  tapi tidaklah bermakna aku bernafsu besar sehingga memiliki tiga akaun blogger terus.  semuanya kerana keadaan (ceh, tak abis2 salahkan encik keadaan).  dan aku selalunya akan melakukan transformasi bila berlakunya sesuatu kejadian BESAR di dalam diri aku.
  [teringat pulak kes mengorbankan rambut yang panjang demi transformasi satu masa dulu..]

apa apa pun, belum terlambat [walaupun aku kira dh msuk 2minggu tahun baru] untuk aku mengucapkan the most warmth welcome pada tahun 2011 dan selamat memasukkan diari2 lama 2010 ke dalam bagasi kusam.  di harap agar segala kisah2 kusam lagi hapak terperap di situ dan buangkan kunci bagasi ke dalam lohong yang pengap lagi dalam.  semoga tiada siapa yang rajin menggali semula segala kisah lama di tahun baru nan permai ini.

dan, tidak terlambat juga kiranya untuk aku mengucapkan tahniah kepada pasangan Izyan dan Nazri yang bertunang pada krismas lalu...juga tidak lupa juga pada ayuni yang telah pun dikurniakan the greatest gift from God, Fawwaz.  be a good mom and wife ye Yuni.  and for you Izyan, make up urself.  gelaran CIK akan di upgradekan pada PUAN pada tahun ini,kan?  I'm happy for both of you.  Korang berdua memang cpt buat movement.  tinggal aku and Najwa yang masih lagi 'budak sekolah' dan masih disapa CIK.
Dont get me wrong.  Im dont really care bout that.  tahun 2011 adalah tahun rushing jugak bagi aku.  dalam masa setahun ini juga, beberapa movement BESAR akan aku lakukan.  [izyan, kau ingat kau sorang boleh buat cter gempak dengan siri percintaan 5 tahun korang tu?? wait, haa... :)]

Banyak yang ingin ditanam, di baja dan disiram pada tahun ini.  mudah2an, segala urusan dipermudahkan.  dan, aku tak lagi akan kelihatan tidur di mana2..merayau takde tujuan ke mana2..dan parking di mana2 RnR untuk melelapkan mata. takmau. itu style 2010.  messy.  sekarang, aku dah hidup suku abad makanya, life must be more FOCUS,SERIOUS, and RELIABLE.

untuk mencapai semua itu, lebih baik aku tidor dulu. tata.
 

akulah gadis itu Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea