Monday, September 12, 2011

aidilfitri kali ini

Posted by nurul shaida at 4:56 AM
hai. salam aidilfitri dan selamat meraikan syawal 12.  masih raya lagi kan? saya sudah start berkerja. anda bagaimana? saya kira anda pun sudah mula membanting tulang mencari rezeki bukan?

kenapa macam buat karangan darjah lima je?

well.. ada banyak benda yang berlaku lately.  dan ada banyak juga masa yang dilarikan dengan kejam, membuatkan nafsu untk menjenguk blog sendiri seperti sudah layu. elo blog, jangan merajuk.

banyak perubahan pada aidilfitri kali ini. yang pastinya, sangat amat begitu berbeda ya dengan tahunnya sudah.  tahun lepas, nenda masih bersama, tapi tahun ini dia tiada.  tahun lepas aku beraya di hospital kerana menjaganya, dan tahun ini, kami beraya bersamanya di pusara.  mek, kami rindu dengan rendang yang mek selalu buat. rindu pada tapai manis yang selalu disorokkan di bawah katil.. sob..sob..

sreeeet. ..sreeeet, hugh hugh (lap hingus).

tamat ah cerita sedey sedey.  tak mo lah ilangkan mood sendiri sebab kejap lagi aku ada kelas. 17 student sedang mentunggu di dalam bilik beku.  kalau aku berperangai emo, tidakkah akan menurunkan markah penilaian aku nanti?  jangan biarkan diri anda menjadi mangsa emosi. terima kasih.

oh ya raya. raya tahun ini juga paling bermakna dalam hidup aku, kerana buat pertama kalinya aku telah membuat 12jenis kueh dan paling tidak dilupakan, mestilah kueh batang buruk kecintaan selalu.  dah lama rasanya tak bergaul mesra dengan tepung namun alhamdullillah dengan bantuan sepupu2 kesayangans, amik kau 12 jenis aku berjaya bereskan.  memang ah, korang tak pelik pun ala setakat 12 jenis nak kecoh ape ada hal tapi bagi aku yang memang pegi kedai tunjuk je nak tu nak yang tu and then bungkus bawak balik, memang lah sangat membanggakan pencapaian ini.  jangan gelak tau. korang memang ah.

yang patah akan tumbuh yang ilang kan berganti.

ni ah yang tumbuh tu; abang ipar. mentambahkan bilangan family kami.
yang sebelah abah ye. yang sebelah mak tu adik lelaki aku.

dan raya ke lima,

nah, layan lah dlu gambar punggungku.

kakak, dan bakal biras.

cantik tak bakal adik ipar? hohoho.

gambar tunangan orang. ~~omg, mcm tak percaya.

ye, dengan rasminya aku menjadi tunangan orang.  mana tunang aku? dah tak payah nak demand2..malas nak upload kat sini. tengoklah kt fb ~~tu pun kalau aku rajin menupload.


oklah.  macam biasa, karangan akan ditamatkan tanpa penutup.  selamat hari raya.

1 comments:

Miss Polaris said...

finally!!!! congratz lin.. semoga bahagia dunia akhirat...

Post a Comment

 

akulah gadis itu Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea