Monday, September 19, 2011

takde tajuk khusus.

Posted by nurul shaida at 4:55 AM
woila.  idung tetiba berlari-larian.  kepala bagai kene gelek dengan steamroller.  memang aku benci demam.  tapi rasanya dah lama tak demam sekali kene semalam dan hari ni, amik kau. berselimut tebal di tengah hari,tau!

dan, semalam buat pertama kalinya encik tunang (aiseh, cam pelik je nak taip) jadi driver demi kerana aku yang bagai nak pecah kepala ni.  salah aku jugak, tak inform admin awal2 untuk batal kan kelas semalam, yela ingatkan demam dah kebah sikit bila ke petang, rupanya makin teruk. pukul  6.30 petang baru aku realize yang aku memang tak boleh drive dengan keadaan begini.  bila aku mesej puan safar, dia bgtau yang aku tlambat inform dan aku tak boleh cancel kelas sebab dia dh tak sempat nk inform student. sebagai balasan, aku mengajar dengan bersweater tebal.

dan, bagi menjalankan tanggung jawab beliau, encik tunang terus mentunggu aku sampai habis kelas, nasib dia tak masuk n duduk skali dengan student je dalam kelas. kalau tak confirm aku lost focus. duk nampak dia je. ngehngehngeh..

erm, anyway, memang sangat banyak benda yang hendak dibuat dalam minggu ni tapi sebab demam yang 'enak' ini, tertunggak segala kerja.  percaya atau tidak, kami belum lagi menempah kad kwen. omg, aku dah cuak takut tak sempat siap je ni.  dan katering, aku dah decide caterer mana nak, cuma belum pergi mengadap dia je lagi.  tapi masa aku tpon dia ari tu, dia confirm setuju and tak clash dengan mana2 event lain lagi.  siap la dia kalau tetiba dia tanak buat untk aku, aku bako semua kanopi kat depan umah dia. KITA BAKO JE YOP!

sebagai jamuan mata yang sedang pening2 lalat ni, nah, gambar pre-wed kami;

Dhh la. aku nak g cari tisu lap idung.

1 comments:

Miss Polaris said...

Wahh, dah buat pre wedding photoshoot.. Bestnya.. so comel ok... congratz..

Post a Comment

 

akulah gadis itu Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea