Thursday, September 22, 2011

behind the scene: engagement part part 1

Posted by nurul shaida at 4:51 AM
Behind the scene:  engagement day part 1

Bosan tak? Bukak2 je cerita pasal engagement day aku. Hey kau, jangan menipu, aku belum cerita lagi kan pasal ni. Hari tu aku tepek gmbar je banyak2, dasar pemalas katakan.

Ok let’s reveal the truth.

Firstly, to all my beloved friends, sorry sesangat kerana tidak membuat hebahan secara padu.  To all my ex-skpn, ex-tms, and ex-uitm, sorry tak inform. Ala,lagipun tunang je pun.  Tu pun tak plan nak tunang pada usia2 macam ni (ceh, gaya cam tua sgt).  Jangan shoot aku lagi k, dah dah la sms malam2 buta bagi ayat touching2 sebab tak announce tunang.  Bukan aku tanak bagitau, sumpah.  Korang semua terpenting dalam idup aku, melihat aku sewel melihat aku waras, melihat aku cool melihat aku emo, melihat aku gelak melihat aku nangis mengogoi-gogoi.  Cuma aku sendiri tak percaya yang aku hari ini, ni yang duk tengah online ni, yang semalam duk sms2 bangang dengan korang and lepak2 ni, dah menjadi tunangan my prince. 

Alkisahnya begini; kami bercadang nak merisik saja. Tanak dah tunang2 ni.  Membazir. (gila kedekut,kan? LOL)  so cadangnya merisik tu pada 4 syawal bersamaan 2hb 9.  Aku pun dah bincang2 dengan mak aku, dengan family aku.  Tapi merisik pun barang2 hantarannya ala2 tunang la, aku bagi dia set nikah, dia pun bagi aku 1persalinan baju nikah.  Plus beberapa barang lain mcm alQuran, sejadah, sirih junjung, kek, coklat bla..bla..bla.. Cuma takde cincin saja. Kata merisik kan. Aku pun mls la nk strict sgt ikut adat nak bercincin bagai.

Pada mulanya semua berjalan lancar.  Kami satu family prepare apa yang patutlah. Sebab nak buat kenduri kesyukuran terus. Kira ada makan2 lah jugak panggil orang kampung.  Lepas solat raya, boifren aku balik Kelantan dengan kakak dia, melawat kubur arwah abang ipar yang baru meniggal 2 3 hari before puasa. Sudden death.  Arwah ni anggota polis kt raub, tapi orang pasir putih.  Bila meninggal, family dia tuntut nak kebumi kt Kelantan, so dats y my future kakak ipar terpaksa turutkan saja lah. Cuma after dis i bet makin kerap lah boifren aku balik Kelantan.  Kakak dia tak bleh drive jauh2, plus dia ada 2 hero yang boleh tahan active, adam 6, dan adeb 1thun lebih.

Dua malam jugaklah boifren aku kt umah mertua kakak dia.  So raya ke tiga, diorang tolak balik raub.  Raya ketiga beb, imagine sendiri la keadaan traffic cemana.  Lebih kurang 2jam jugaklah sangkut dalam traffic jammed dekat pasir putih n machang.  Masa tu dekat raub, rumah aku kecoh dengan sepupu2 aku yang tinggal kat Negeri Sembilan tu.  Ha masa tu lah start cerita.  Dalam duk sembang2 diorang bertanyakan tentang event esok hari. Mak aku jawablah ikut plan yang aku rancang. Naah tu dia, sorang2 keluar idea. Dalam byk2 idea tu, diorang duk fight pasal aku tak de cincin merisik.  Mcm2 lah diracun mak aku hingga mak aku pun serba salah.  Aku masa tu dah diam tak tau nak cakap apa.  Aku tahu lah merisik sepatutnya ada cincin.  Tapi itukan adat semata2.  Wah kalau merisik bertunang n nikah semua nak cincin, 3 bentuk lah jadiknya.  Kesianlah kat orang miskin tak kahwin lah jawapnya.

Aku dah start sakit kepala.  Tekanan darah turun secara merudum. Terus pening2.  Oh sangat stress ok masa tu.  Mak aku duk push aku suruh call boifren, beli cincin.  Aku decide, ok nak cincin boleh je, tapi esok buat majlis merisik dan bertunang terus.  Nanti bulan 11 nikah.  Jimat kos.  Jimat kos nak beli cincin lah maksud aku.  Aku sebenarnya tak nak menyusahkan siapa2.  Tujuan aku tanak bertunang, aku tanak susahkan mak aku nak buat persediaan.  Sebab tu aku ckp merisik sja.  Tapi skrg diorang dah demand nak cincin, sedangkan aku tuan punya badan ni tak kata pape pun, terpaksa lah aku menurut.  Aku call dia, masa tu dia kt kedai emas.  Agak bz lah nak bercakap. Maybe kene jaga anak buah kot.  Aku sms dia, “beli cincin. Esok tunang terus.”

As expected, dia tak balas dan aku rasa dia tengah drive plak masa ni.  Aku tahu dia bengang sebab plan berubah secara mendadak.  Mungkin dia rasa tak sempat nak prepare apa2.  Masa tu tengah jem, dan anak2 buah dia tengah mengamuk, dengan panasnya lagi, aku rasa dia tertekan.  Mungkin dia rasa tak sempat nak beli cincin ke ape, dia reply kat aku; “tengoklah esok cmne.  Kalau jadi jadilah. Kalau tak, taklah.”

Sungguh cantik kan bahasa dia.  Macam aku ni kebulur sangat nak kahwin dengan dia.  Sorrylah.  Aku sangat panas time tu. Terus aku tak reply apa2. Cuma mendoakan dia selamat menempuh 8jam perjalanan dengan selamatnya.  Sepupu2 aku tadi sibuk bertanya, aku kata, “ntah, tak jadi kot.”

“tak jadi? Esok camne?”
“camtu lah.  Dia tak datang kot.”

U guess what?  Bukannya nak menyesal atau kesian kat aku ni, yang disebabkan cadangan diorang konon ikut adat tu sangat menyebabkan hubungan aku mcm nak terbelah, boleh tak diorang dengan slambernya nak rekemenkan aku dengan adik salah seorang laki sepupu aku.  Memang kan? Sangat tak menjaga sensitivity.  Sibuk lah duk canang tentang sape ntah yang tengah keje ALAM kt Sarawak/sabah tu.  Heyyyy.

Tulah. Aku pun separuh hati dah.  Dalam hati aku dpt rasakan esok dia takkan datang.  Sebab boifren aku ni boleh tahan jugak dia punya degil. Dan keras kepala yang amat.
Malam itu, sebagai balasan aku  meraikan my bachelor’s party dengan adik2 n sepupu lelaki.  Adik lelaki aku kidnap ajak pegi karoke.  Memang terbaik lah.  Reda stress.  Otw pegi karoke tu, adik laki aku ada lah jugak duk bagi2 ayat yang mcm dia tak bsedia lag ink bg aku kawen.  Yelah, kami boleh dikatakan rapat, enjoy sesame. Main mercun bersama. Hang out, tengok wayang bersama.   Overnite bersama secara adik beradik.  Mungkin selepas pernikahan kakak aku, diorang mcm tak bersedia lagi utk kehilangan aku pulak.

Aku ada terfikir, kalau dia tak datang esok pun aku OK je.  Dan aku penah berharap, dia tak datang, sebab aku rasa adik2 masih memerlukan aku.

Aku ni mcm selfish sgt kan, buat keputusan tanpa bertanyakan adik2 aku dulu...

0 comments:

Post a Comment

 

akulah gadis itu Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea