Thursday, September 22, 2011

behind the scene: engagement part 2

Posted by nurul shaida at 4:46 AM
Behind the scene:  engagement day part 2

..sambungan.

Malam tu, balik dari karoke, aku terus pejam mata dan lupakan segalanya.  Aku harap sangat 2 syawal takde dalam calendar, bia aku bangun2 je dah 3 syawal..

Namun, mana boleh kan. Memang mimpi sajalah.  Bangun esoknya, (aku memang tak mengharapkan apa2 lagi pada hubungan ini-aku memang cpt TAWAR HATI) ok lets undo. Aku tak bangun, aku dibangunkan oleh mak aku.  Mak aku kejut aku awal2 pagi, Tanya pasal boifren aku.  Tanya pasal event hari tu.  Dalam blur2 aku ni, tangan mengagau cari henfon. And..and..u guess what?  Ha betul; dia sms aku. “yang, jom kita pergi beli cincin. Sempat lagi ni, pukul 9 pagi jap lagi kita kuar ye”

Haa kau.  Tau pun nak mengalah. Sib baik Tuhan bukakan hati dia nak antar msj mcm ni kat aku.  Kalau tak ,memang smpai sekarang lah aku masih membujang.   Single and available. Kih..kih..kih..

So dipendekkan cerita, bertunanglah kami.  Kelam kabut aku pergi beli santan, ayam, dan lauk2 pauk kenduri.  Dan kelam kabut jugak kami kt dapur memasak.  Aku mcm tak cukup tangan nak kene tambah dua lagi bekas hantaran  sebab bila dia tmbh dulang cincin dgn ape tah satu lagi, automatiknya aku pun kene tmbh lagi. Kebetulan masa tu stok riben2 n barang2 hiasan hantaran dah habis, memang mcm lipas kudung lah aku g Bandar cari barang2 lepas balik dari beli cincin tu.

Tang part baju tunang plak, warna peach kan.  Memang tak sesuai lansung kan dengan aku.  Tu je colour sedondon dengan 1 set baju melayu yang boifren aku ada.  Colour lain sume tak cukup sifat, ada baju je. Padan muka laki aku ni, tu lah kalau aku suruh buat bju melayu sepasang, degil.  Tak pakai lah apa lah, memang la dia stok yang sarung bju melayu dgn jeans or dgn kain pelikat je kalau pg masjid.  Tu yang aku hangin je tu.  Terpaksa sewa baju peach, padahal aku bkenan gila kt baju warna putih kt butik pengantin tu. Huh. Sabar..sabar..

Sebab tu lah, tak de pelamin2 takde bantal duduk or what so ever. Aku buat mana yang sempat je.  Dan Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.  Sepupu2 aku yang kaki sibuk tu korang tau buat apa?  Heh, takdenya nak tolong2 kt dapur, boleh dia pakat2 bantai lepak dengan anak2 masing2 kt depan dengar orang bbincang.  Buat mcm tetamu pulak... mak aku angin betul hari tu. Sib baik ada 2 orang makcik aku yang rajin menolong.  Kalau tak, tak tau lah apa jadi dengan mak aku.  Aku nak tolong pun tak mampu.  Tengah orang duk bbincang tu lah aku baru nak mandi n bersiap semua.  Aku mekap sendiri, grooming sendiri.  Sebab tu aku macam benci je nak tengok gmbar2 pertunangan aku.

Nah, tengoklah.




1 comments:

Miss Polaris said...

gambo closeup plz... hehe..

pjg upenya cite dia.. patutla lambat hapdet belog.. hehe..

Post a Comment

 

akulah gadis itu Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea