Sunday, January 23, 2011

student health adm. turun site town planner

Posted by nurul shaida at 2:12 AM
happy sunday. actually tak berapa happy tahap sengih smpai gusi mahupun melalak sampai bergegar blok.  Sunday dirai dengan sempurna, dengan dua buah baldi pakaian kotor yang dari semalam menagih perhatian.  bukannya nama aku jika rendam baju terus basuh.  semalam telah setia mengikut kakcha pergi ke sungai besar untuk solemnization classmate dia dlu. oh nantilah aku upload cerita disana.

sekarang aku nak bercerita tentang apa yang diisi oleh seorang anak dara yang single lagi available ini. wahh ayat mcm tak laku saja kan! tapi ada haku kisah.  betul la di puchOng ni aku single kan...kan..kan..?--angkat2 kening double jerk.

mulanya, lepas menyidai baju, hasrat di jiwa nak la cari 2 3 supporting jOurnal lagi untuk draft thesis yang bakal di submit rabu nanti.  tapi niat suci murni [lagi rajin] tidak kesampaian bilamana kakcha [si pengdengki] tetiba je ajak aku teman dia pergi site kat Seri Kembangan.  hemm.. kalau ikutkan, [sambil jenguk2 tingkap tengok cuaca] taknak ikut sebab hari ini ditakdirkan panas gilak tapi mengenangkan yang mengajak aku tu kakcha, yang banyak memberi jasa kepadaku seperti meminjamkan broadband [dan sama2 teman aku tido kat sofa ruang tamu dgn dua2 laptop terpasang], maka aku ikut saja.  apa guna ada tahi lalat di kaki kalau malas jalan kan? bukan aku lah tu kalau orang ajak berjalan aku tOlak.
kakcha. town planner yg suka muncung2 bila amik gmbar.
ha..cantik pun kalau senyum secara normal :)

sepanjang perjalanan tengah hari itu mengikut kakcha, barulah aku bersyukur kerana memilih course yang sesuai dengan peel perangai aku yang tak suka dijemur matahari.  nasib baik kan UiTM menyediakan course yang indoor, berair-cond untuk aku.  cant imagine kalau 3tahun dulu aku gatal tangan apply FSPU macam kakak aku---kehulu kehilir tengah panas dengan kamera kat tangan---lawat site. huh. tak rela i............

budak sunnyphobia [abaikan aku merepek]

tengoklah. ngengada.  dalam kereta pun nak pakai sunglases bagai.  padahal dah sah2 la kakcha je yang turun tinjau site.  kau tu duk dalam kereta je--berair-cond lagik!

bila panas terik, traffik jam dan mekap pun dah berlemuih, maka satu aliran transfungsi automatik reflect kat perut aku.  ceh. atau kata lainnya senang----------LAPAR.  Kakcha ajak lunch dekat restaurant yang well-known la kat area puchong ni [aku tak taula kOt2 ada orang puchOng pandang sblh mata pun x]  tapi apa salahnya kan? perut aku ni  mendengar kata--easy to deal with.  beliau akan makan apa saja tak kira tempat dan juadah.  senang kan  *__*

padi. ye itulah nama kedainya. cute kan? bukan org yg pegang henset tuh la!
malas la nak bercakap banyak. layankan jelah gambar k. kalau korang menyampah asyik2 muka aku jek interprem, kali ni aku berjanji akan 'mengurangkan' sikit penjelmaan aku dekat entry ni.  aku cuba kay. ;)

the environment.
the customers

yummy.

yummy.yummy.
yummy.yummy.yummy
dh tak terkata. tahap leleh air liur dah.

tapi memang betullah. banyak gilak pilihan lauk pauk yang boleh merosakkan prOgram diet orang2 yang tak berdisiplin spt aku ni.  harga pun tak delah mahal.. untuk setiap kerabu [spt gmbr di atas] --rm1. tak kira anda ceduk banyak mana.  tapi agak2lah kan.  kalau kau amik satu dulang memang la mahal dikk..
pasrah.  rOsak diet di hari ahad.


pergilah.  aku prOmote kedai ni tak berbayar pun.  still kene charge RM4.40 tadi.  so.. PADI's owner, anda tak rasa spt nak bayar royalti pada saya kah?? tehehe.  okaylah. matahari pun makin panas.  kulit lengan pun dah rasa berbahang.  better aku menyorOk dlu. tata.
 burlp..alhamdullillah...tata.



1 comments:

noorkhamisah said...

x kena tangkap ngn makcik padi ka snap gambar lauk pauk dia?

Post a Comment

 

akulah gadis itu Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea