Monday, March 14, 2011

hello, perempuan!

Posted by nurul shaida at 6:27 AM
selamat hari wanita sedunia.
entri ini dituju khas buat perempuan, wanita, gadis, atau sesiapa sahaja yang terkandung rahim di dalam abdomennya.

wanita sangat tinggi martabatnya baik disisi agama, mahupun di sisi masyarakat [maaf ye, entri kali ini berciri islamik sedikit].  hebatnya seorang wanita;

Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.  Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.

Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat.
  
2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil. 

Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya. 

Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.

Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

beruntunglah menjadi wanita, kerana kamu senang menhitung pahala. tetapi, kalau wanita sendiri yang menjatuhkan martabat kaum wanita pulak camne? kalau wanita sendiri yang membuat hati wanita lain menangis, kira cemana pulak? wanita yang merobek hati kaumnya sendiri di panggil apa pula? yang buat wanita lain rasa nak lempang2 muka wanita tu, bagaimana pulak?

serius, semenjak tahun 2011 ni, aku banyak berjumpa dengan wanita separa wanita ni. suka aku labelkan sebagai separa wanita kerana sifat2 yang patut ada dalam diri wanita takde dalam diri wanita tersebut. macam..buat plastik surgery. eh tak. lelaki pun tak seteruk perangai macam tu.  or maybe should i call as 'setan cantik'?

kalau lah cantik. 

tapi tak pun. nak dikatakan cantik celah mana pun aku tak tau lah. 

maaf. terkasar. nilah akibatnya di torture minda oleh setan2 cantik sejak dua menjak ini.  aku dah remind awal2, jangan cari pasal dengan aku; jangan libatkan diri dengan aku KALAU aku TAK PERNAH  libatkan diri dengan hal2 korang. tapi kannnnnn..nak jugak tu menyibuk hal aku. tetiba rasa diri sangat glemer eh, bila mana aku pergi, apa aku buat, baju apa aku pakai, kasut apa aku pakai, kat mana aku lunch, pukul brapa aku punch in, pukul brapa aku punch out sibuk nak ambik tahu. TERIMA KASIH ye cik kak2 sekalian. anda membuat saya rasa GLEMER, lah.

aku tak suka mengutuk kejadian TUHAN. bagi aku, semorang tak sempurna, baik fizikal atau mental. rohani atau jasmani. aku tak kan cakap muka kau buruk kalau kau berperangai elok. sopan, jaga tingkah laku, jaga mulut.  tapiiiiiii, kalau kau berperangai sikit lagi nak nampak macam ungka, memang terus aku nampak muka kau macam penanggal.

muka tak cantik tu satu hal. tambah pulak prangai boleh buat orang rasa nak lempang, memang cukup pakej la kat atas diri kau.  kadang2 aku terpikir, spesis cam ni nih jalan tak tengok tanah ke. agak2 selamanya 'selesa' dengan keadaan sekarang ke?

takde perempuan hodoh di atas muka bumi ni. yang ada cuma perempuan malas.

kalau kau tu muka ala2 aishwarya rai ke, heliza helmi yang muka fawles gila tu ke, aku tak heran la. buat muka sembelit pun tetap cunn. tapi kalau kau agak2 muka kau macam biasa2 je ala2 melayu pure, kulit tanned, berpori besar, pastu ada scar pulak, jangan la nak berlagak diva macam kau tu cun bak maya karin. silalah beli cermin besar2. kadang2 aku rasa, besar jugak impak ada cermin besar2 kat umah ni, boleh cermin diri btl2 dlu sebelum kuar rumah.  barulah kau akan sedar tahap mana yang patut korang banggakan.  

aku tak paham. demand lelaki terbaik. terkaya. terhebat. termasyur. terkacak.  tapi diri sendiri malas nak merapi. hello, awak perempuan.  adik aku yang darjah 4 tu pun tau menghias diri.  aku tak payah cakap lah, aku terkecuali- sebab aku selamanya tak kisah dengan apa orang nak sumbat dalam telinga kau, tak peduli dengan aksi2 akrobatik mahupun aksi bisu korang nak lakonkan depan aku, memang tak la nama aku nak kisah sume benda2 macam gini.  yang kelakarnya, hamboih2 memilih! laki muka biasa2 je kau reject [ke buat2 reject- citer kat member 'eh aku reject dialah, tak sesuai dengan aku'. ke kau yang belum propose apa2 lagi dh direject?? agagagaga] nak yang hensem je. sanggup buat apa saja nih nak bagi pakwe melekat.  sadis kan? nasihat aku satu je; kalau kau je yang selalu memberi, laki tu tadah je menerima, memang bukan untuk kau lah tu.  ni kalau tak dibuat skandal, dibuat penyedap je kau. lepas boring2, sekelip mata je dia tinggalkan kau. tak pyah berkelip pun takpe, memang kau berputih mata. ha pastu sibuk perah otak nak create status paling best kat facebook, bagi kawan2 kau tahu. yang penting, status tu haruslah tak menampakkan kau loser, ye tak??

satu lagi. alahai..aku nak taip pun malu kat sini. tak tau lah kalau ada lelaki2 yang baca entri ni mesti tergelak besar.  universal truth: ORANG CANTIK TAKKAN MENGAKU DIRINYA CANTIK. sedarlah. kalau diri kau tu biasa2 saja, pastu tanpa segan silu duk ulang ayat2 mcm 'ramai tertanya2 orang cantik macam i ni takkakn tak de boifren..' tak pun; 'takpelah, i tak suka mekap2 ni. keluar macam ni pun dah okay.  ada je orang nak pandang..' yang paling takleh blah, terang2an taip statement 'ramai cakap i cantik, thanks uols. malu i..' NERAKA APAKAH??

heran ye. kalau kau benar2 cantik, kenapa ye sampai sekarang kau tak kawen2 lagi? usahkan nak kahwen, steady boifren pun kau tak de. celah mana cantik yang ko duk bangga2 tu??

dulu kan, bila aku dengar orang keliling aku yang umor agak dah lewat tapi still tak bertemu jodoh, tak pernah pun aku ada bad impression. mende pertama yang aku akan cakap adelah; 'ciannya, mesti kakak tu frust bercinta. sebab tu dia mcm tawar ati tanak kwen lagii..' dan perkara kedua terlintas adelah, 'bagusnya kakak ni. maybe dia workaholic kot, sebab tu dia tade masa nak bercinta segala ni..'  tapiiii........bila aku jumpa beberapa setan2 tak cantik ni, otomatik aku sedar. patutlah tak kawen2. kalau muka tak cantik aku bleh terima lagi, yelah ada apa pada rupa kan.  yang penting hati.  tapi kalau muka dahla buruk, hati pulak busuk, pendengki, memang takde laki la berani dekat. pastu sibuk nak salahkan takdir sebab tak menemukan jodoh lagi. wadehel la. serius aku tak paham.

aku pun perempuan jugak. serba serbi kekurangan. rupa dahla biasa2. perangai pulak takdelah berciri wanita melayu terakhir, tapi aku tahu camne nak communicate dengan orang. mcm mana nak jaga ati orang.  macam mana nak dipandang orang sebagai 'berkualiti untuk dimiliki'. tak perlulah nak buat statement perasan ataupun act cute mahupun impose diri sendiri kat belog. cukup2 lah sekadar aku sedar siapa diri aku, kat mana aku bermula dan ke mana arah tuju aku. tak perlu.. tak perlu...

0 comments:

Post a Comment

 

akulah gadis itu Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea