Tuesday, March 15, 2011

aku, jepun dan mutasi

Posted by nurul shaida at 10:39 PM
dua tiga hari lalu kita dengar cerita pasal eartquake kat jepun kan.
pastu tsunami. then yang terbaru, loji nuklear pecah dekat daerah Fukushima.


mula2 dengar cerita ni, aku ngeri jugak. rasa nak ikut MERCY malaysia pun ada, macam kat Acheh dulu.  tapi memikirkan aku banyak lagi komitmen2 lain kat mesia ni, terpaksa aku peramkan niat murni tu. simpan dulu, mana lah tahu ada lagi tsunami in future, insyaallah aku pergi. takpe, at least niat tu ada.


cuaca pun makin buruk lately kan.  tengah elok2 panas, tak semena-mena hujan di tengah hari.  memang langit tak selalu cerah.  betul2 ku sangka kan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari.  aku suka. tak perlu turun membayar parking sebab sure lah abang2 MBSJ tak datang menyelitkan 'surat cinta' kat wiper keta aku tengah hari nanti. hujan kan..cukup2 lah 3 keping surat cinta yang dah berharga rm240 tu. tu pun tak berbayar lagi.


tapi, hujan selalunya bukan sekejap. bila dah menangis di tengah hari, biasanya melalut2 sampai ke petang. dah tiga hari seingat aku, hujan sampai pukul enam lebih. thats mean, sampai aku balik kerja.  mula2, memang aku ingat hujan biasa, even agak pelik hujan melebat di tengah mac kan. tapi kuasa Tuhan, siapa lah boleh melawan. sampai lah adik aku yang kt jb tu call pagi tadi...,


tadi pagi, masa aku tengah drive ke uitm puncak alam, kt pump station adik aku call. tapi aku tak sempat angkat sebab tengah isi minyak.  terpikir jugak aku, nape dia ni tetiba call. selalunya nak balas mesej aku pun susah, nak angkat call pun susah dia ni. alih2 dia pulak yang call aku.  memang agak cemas lah. mana lah tahu kan. dia ni kalau tak de menda urgent memang takkan call aku. last dia call, masa pagi arwah nenek aku meninggal, selasa lepas. then dia call lagi;


dia:  hello. buat apa?
aku: (ish, pelik dia ni..) aku on the way ke puncak alam. nape?
dia:  hujan tak kt tempat mung?
aku: a'ah..hujan. dah dua tiga hari dah. lebat pulak tu. tapi selalunya petang lah.
dia:  mung kene hujan tak?
aku: (eh, concern pulak) kena lah. aku kuar ofis nak g ke parking memang redah hujan sikit. kenapa?
dia:  mung tengok berita tak? tahu tak loji kat jepun meletup?
aku: tahu..
dia:  hujan yang jadi kat mesia tu datang dari sana. suspected ada acid. tp memang confirm2 la ada acid. mung tau tak kalau kene hujan tu, boleh dapat kanser kulit. tapi kalau kanser kulit saja tak pe lagi. mung tau tak mutasi?
aku: mutasi? mutant X ke? tahu..tahu..(tengah perah otak rewind balik part mana dalam buku bio aku ternampak perkataan ni)
dia:  ha. mutasi. boleh effect gen tau tak.
aku: genetik aku ke? cacat la?
dia:  bukan mung je. seluruh generasi mung akan cacat la weh.
aku: (???????????????????) betul ke?
dia:  yelah. tadi baru je lecturer aku bagitau.
aku: yekeeeeeee..(dah start cuak dah)
dia:  yelah. jangan bagi kene hujan lah. guna payung.
aku: yelah yelah..


see?  punyalah nak buat tak tahu sebab jepun tu jauh dari mesia, tapi alih2 hujan tiap2 petang kat bumi usj dan puchong tu  pun dikhuatiri terkandung bahan nuklear dari sana.  tang part kanser tu aku tak takut lagi tapi bila dah kacau gen tu aku perit sikit lah. memang lah tak dibuktikan secara sahih lagi tapi apa salahnya berjaga2 kan.


                                                     loji nuklear @ fukushima
 mintak maaf ye. doraemon dah mati. so harap adik2 tak menangis hentak kaki kalau doraemon tak muncul lagi tiap sabtu 7petang nanti.
 tukang telepon bersama tukang jawab telepon pagi tadi. latest gambar yang senonoh di ambil bersama, raya tahun lepas. lepas tu sume gambar adelah tidak senonoh.


tapi, yang membuatkan hati aku lebih tersentuh adalah, sikap concern yang ditunjukkan kat aku.  rasa macam nak call my mom terus, bergosip2an. bukan senang tau adik lelaki aku ni nak express dia punya feeling.  memang lah suara dia mcm sargeant bagi conduct, tapi intonasi part dia suruh aku pakai payung tu sangat mendamaikan. oksigen..oksigen..rasa macam dyspnea pun ada dah ni. kih3.


moral of the story; SEDIAKAN PAYUNG SEBELUM HUJAN.

0 comments:

Post a Comment

 

akulah gadis itu Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea