Saturday, February 12, 2011

sunday blues

Posted by nurul shaida at 10:44 PM
ada tak orang mandom pada weekend? ada tak ada tak?  kalau ada, moh sini kita sembang.  aku memang tengah mandom tetiba di hari ahad. tah hapahapa tah. orang lain bersuka ria di hari minggu tapi aku moody tak semena-mena.  memang tak rasa nak keluar rumah.  teringin nak keluar cari selendang yang ada manik2 kat hujung tu. dengan inner yang kain t-shirt tu skali.  tapi malas nak keluar.  my prince dah 2 hari terperam.  biarkan dia.  nanti bila start aja senin, tak berhenti lah ia berkhidmat. kesian pulak diperkudakan. ehh.

nak yang macam ni lah.
source: butik tuan

tetiba dengar suara perempuan memekik:  "oi apa susah..beli jela online kat butik member awak tu..."

ya exactly. memang suara kakcha.  ye jugak. tapi aku kalau bab2 tudung lagi berahi utk tengok material sendiri, usap2 dulu, belek sana belek sini, then baru decide nak yang mana satu.  dalam otak ni memang nak yang type camni tapi colour tak pikir lagi.  nak kene selongkar lemari dulu tengok warna baju kurung yang ada. seluar memamng amat jarang dipakai sekarang memandangkan hari2 bosan aku bermula dengan baju kurung @ kebaya then bila sampai di rumah, ianya akan terus berakhir dengan baju tido. done.

kalau ditakdirkan (neraka apakah??) weekend dilanda kerajinan keluar, baru memakai seluar.  tu pun kadang2 aku rasa cam nk pick up baju kurung jugak. malas nak pikir banyak. tehehehe. kalau jumpa aku kelek bakul sayur dengan ikan2 bagai tapi berbaju kurung pada pasar pagi mana2 weekend tu jangan buat2 tanya aku o.t ke hapa. memang dari rumah la tu.  nama aku nak buat o.t tak berbayar? kirim salammm..

eh merepek apakah?

sebenarnya lepas ditimbang2 dikira2 baru aku dpt detect mana masalah problem aku ni datang. [pergh gila lama nak troubleshoot diri sendiri]  sebenarnya begini: ada 5 perkara yang menagih perhatian aku hari ini:

1)   antar my prince pergi service - sebab milleage dan lebih.  lau ikutkan due 23/3 or 5000km. tapi memandangkan aku ni kuat berjalan dan merayau [travel jauh2 lak tu] jadinya milleage aku dah lebih 5000km.  dasat tak weh? sebulan aku dh achieve 5000km. dasat tak dasat.

2)   siapkan questionnaires part B, C and D.  setiap part aku kene karang lebih kurang 5 additional questions lagi..hazab hokay.. aku paling benci buat menda alah nih.  tapi rabu ni dh kene submit :(

3)   siapkan group asemen untuk kelas petang sok.  nama je group asemen tapi yang membuatnya aku sorang. takpelah. aku tak de buku, sazli tak de masa. deal lah. dia bagi aku buku, aku buat sensorang kt umah. ok ok takpe aku paham. kau full time worker kan? ada anak bini kan?  takpe takpe bagi aku student praktikal and bujang majang ni yang buatkan.  pueh tak pueh ati jangan byk bunyik.

4)   undangan emak encik kelima (sini utk definisi pertama - kelima) untuk berjumpa di sekitar kg baru sebab esok encik kelima kena lapor diri kat TM esok.  semalam emak beliau sendiri yang telepon aku, borak2 panjang.  ajak jumpa esok.  sebab mak dia n family turun sini dari melaka esok.

5)  undangan emak encik kedua. pun area dekat2 kg. baru. sebab nak menghantar adik encik kedua lapor diri dekat PULAPOL jalan semarak.

kalau aku ikut pilihan ke 4 dan 5, memang nak mampos namanya.  dibuatnya bertembung kat area sana, tak ke hijau jadinya aku nanti??

sudahnya, task 1 hingga 3 pun aku tak buat. ignore saja.  betul2 tak de mood.  last2 belog ini jugak yang aku mengadap.. oh yes. petang  nanti baru kuar hirup udara kot. menghantar kakcha ke stesen lrt. dan membaiki phone yang tiba2 menggila hari ni.  memang btl2 spoil sunday akulah!


0 comments:

Post a Comment

 

akulah gadis itu Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea