Tuesday, January 25, 2011

lOve is like heaven

Posted by nurul shaida at 12:54 PM
...........but hurt like HELL.

source: goOgle chrome

"betul la semua orang cakap dan apa yang abang rasa..tiba satu masa ayang mesti tinggal abang jugak.. takpelah ayang sekurang2nye ayang dah ada masa depan..ayang dah tentu hidup bhagia hidup senang. .kerana ayang dah bersumpah, abang akan pergi jauh dari hidup ayang.  halalkan makan minum abang dan maafkan abang kerana naik tangan kaki pukul ayang..lagipun inilah janji abang pada mak ayang..jahat2 abang, abang takkan rosakkan masa depan seseOrang..tolong slagi mana termampu.  family abang pun nak tengOk ayang berjaya..selesai hutang abang pada family ayang..kirim salam dekat diOrang..bye jaga diri"

sekadar memetik [menyalin semua terus] kata2 seOrang adam--25jan; 02:26am

semalam, sewaktu menyiapkan baris2 akhir thesis yg bakal aku submit proposalnya esOk, baiklah aku akui aku pressure kerana bukan saja mengejar dateline tetapi memahamkan orang yang suka memutarbelit fakta.  sepanjang aku hidup selama 25tahun, aku telah mengenali 5 jenis cinta lelaki.  bermakna, 5 orang.  tetapi di dalam angka 5 itu, hanya 2 darinya memberi kesan mendalam di dalam hidup aku, dan penghantar mesej di atas adalah salah satu dari 2 itu.

ada 5 jenis cinta yang dah aku rasai.
pertama, yang btl2 ikhlas, telus dan menerima aku seadanya--tetapi terlalu dOwn to earth dengan kekurangan diri dia.  menjadikan aku dihargai tetapi pada masa yang sama penat memberi sOkongan mOral padanya.

kedua, yang ikhlas menyayangi, mencintai tetapi terlalu obses dengan cinta sehingga sanggup mengasari aku kerana hal2 yang aku rasa bOleh dibawa berunding.  terlalu sayang menjadikan cinta aku itu sesuatu yang sakit, tetapi pengOrbanan dan pertOlongan yang dia hulurkan memang tiada taranya dengan org lain.  tangan pertama yang menghulur bantuan bilamasa aku memerlukan dan tangan pertama jugalah yang hinggap di pipi aku..

jenis ketiga, terlalu sayang, cinta, kasih dan memuja sehingga membuat aku sangat rimas kerana bagai ditatang     di atas sejadah sutera.  terlalu sempurna, terlalu menurut, selalu memberi lantas membuatkan aku cepat bOsan dan mewujudkan ruang luas untuk aku mengambil kesempatan diatas kenaifannya.  lantas, mengundang rasa menyampah diam2 di dasar hati aku.

cinta jenis yang keempat, keliru antara cinta dan keegoan.  sayang dan suka.  melihat aku sebagai objek yang pegun, yang tidak bergerak, yang tidak punya perasaan dan selalu merasakan aku selalu ada untuknya.  dirinya bebas memilih tapi aku hanya ada satu pilihan, iaitu--dirinya.  sebenarnya, jenis ini bukanlah cinta, tetapi lebih kepada rasa ingin memiliki.

dan yang kelima, cinta jenis yang melihat aku sebagai harta karun yang harus dimanfaatkan, dan mencintai aku kerana kelebihan yang ada pada aku, yang menutup kekurangan dirinya.


dan rasanya, semua orang dapat agak dari jenis mana lelaki penghantar sms ini kan?

betullah.  dia cinta kedua aku selepas my first lOve.  dia juga meninggalkan kesan yang mendalam dalam hidup aku.  semalam, setelah bOsan dengan sikap 'diam' aku, dia serang aku dengan bertubi2 sOalan yang tak tertepiskan.  melOntar aku ke lembah kenangan lalu demi meraih kembali cinta yang telah tiada.  memanglah dia antara orang2 yang 'melekat' dihati aku tetapi  aku mesti mengasihani diri.  cukup2 lah aku menzalimi diri sendiri selama dua tahun bersamanya kerana ianya aku anggap-----jatuh cinta pd org yang salah.  dan aku ikhlas mengatakan; aku tidak lagi menyayanginya spt lewat waktu dulu.

bukan lah aku kejam kerana menOlak huluran sekeping cinta tetapi apa yang aku lalui bersamanya tidak seindah spt pandangan orang ramai.  di mata mereka, kami pasangan rOmantis, loving, understanding.  pada hakikatnya, mcm2 perit yang aku tempuh.  bersusun juga perempuan mencari aku kerana kami menyayangi lelaki yang sama.  mana bisa?  aku tidak biasa berkOngsi barang kesukaanku dengan orang lain.  sebagaimana aku takkan meminjamkan selimut faveret aku pada sesiapa, sebegitulah juga dengan dia.  tetapi manusia ini kadang2 terleka, dan cepat terlupa diri.  lupa di mana mereka bermula dan lupa siapa di belakang mereka di sebalik apa yg mereka capai..  bila berada di atas, mudah lupa untuk tunduk merenung ke bawah.

dan aku rasa, cukuplah dua tahun yang penuh pengalaman.

walaupun aku tidak lagi merasakan apa yg penah aku rasa dahulu terhadap dia, tapi aku tak bOleh tipu diri sendiri bahawa mesej itu sedikit sebanyak mengundang rasa sedih di hati..  tipulah kalau aku tak sayu dan sedih lihat style pancing yang dia guna.  agak sentap tapi aku sudah berjanji 2011 adalah tahun keceriaan.  aku tak mahu menodai azam dengan air mata yang mengalir atas sebab murahan ini.

mulanya, aku tidak ingin mengucapkannya.  memanglah aku sudah tiada perasaan padanya [tawar hati sebenarnya] tetapi betul kata orang MENINGGALKAN LEBIH SAKIT DARIPADA DITINGGALKAN. nampak seperti mudah, tetapi untuk memberitahu orang yg mengharap cinta dari kita bahawa kita sudah tidak 'merasa apa yang kau rasa' sangat susah.  tetapi, bila aku memilih utk mengabaikan2 mesej2, dia called;

dia:  ayang. bagitau abang, ayang dah taknak abang
aku: ya. ayg xnak abang. [menguap. suara dah serak2]
dia:  cakaplah elOk2 ayg taknak abang
aku:  elOk lah ni [genyeh2 mata]
dia:  bersumpah ayang taknak abang
aku:  ya. sumpah ayang dah taknak abng [gila senang kan aku melafazkannya??]
dia:  kenapa??[nada lebih kepada tak percaya dari terkejut]
aku:  sebab abg curang. tak penah setia.  dan ayg penat dan memaafkan abg.
dia:  takpelah kalau mcm tu. tuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuut. 

terus letak phone.  dan aku terus sambung tidor. maka aku tak sedar akan mesej di atas yg dihantar.  pagi tadi masa dh masuk ofis baru aku baca.  dan baru sentap.. tapi terlambat dah kan untuk menyesal, sebab aku dah pun mengucapkannya malam tadi  T______T

sebagai balasan, sebagai perempuan yang pernah disayanginya, yang pernah susah senang bersamanya, aku membalas;

tQ.  ayang doakan abang bahagia dengan cara hidup abang.








cinta..,



                                                                       ..............tidak semua bersatu.

2 comments:

noorkhamisah said...

ceh..sempat update blog..

gadis semasa said...

ceh..sempat mengomen.

Post a Comment

 

akulah gadis itu Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea