Tuesday, February 15, 2011

red warrior: gomo kelate gomo!

Posted by nurul shaida at 7:33 AM
ini adalah entri kepam.

ari tu aku berpeluang (read: BERPELUANG) menonton perlawanan bola sepak piala Sumbangsih (abaikan kalau aku salah eja) antara KELANTAN mlm SELANGOR.  memang teruja sangat sebab even aku ni bukanlah kaki bola tegar tapi aku memang dah lama mengidam nak tengok perlawanan bola secara live.  dulu masa kecik2 bapak aku selalu bawak tengok bola kat padang bola depan dewan Gong Kemuntong kt daerah aku tapi sekarang bapak aku pun tak pergi. memang tak de sapa nak ajak kan.

bila dapat je pelawaan (nak2 lagi dari insan tersayang) cepattt je aku on. lebih lebih lagi yang main tu adalah kelantan.  aku dah lama nak rasa pengalaman 'menarik' ni. manalah tahu, dapat tengok acara baling2 kerusi baling2 botol air secara live kan..

sebelum match;
the ticket; RM20

melepak di dalam JMQ sblm tunggu stadium bukak

 stadium shah alam: 7.15pm

 okay dah ada sticker kat pipi :)

 penyokong tegar
 penyokong tegar from IKB kelantan
 aktiviti mengecat muka before match.

betullah kata encik pertama, perempuan kalau nak datang tengok bola kene bawak guide. as in bodyguard lah. sebab orang memang bersesak sesak. tolak menolak. himpit menghimpit.  pendek kata, risiko untuk kene raba memang tinggi.  nasib baik aku pergi dengan jejaka2 ganteng dari kampung aku (raub).  mereka sangat protective.  bila aku nak masuk, encik pertama akan buat satu gap/space supaya aku tak langgar orang lain dan orang lain tak boleh menlanggar aku. *blushing*

di dalam stadium: semua MERAH.




meriah..
encik, saya dapat tahi lalat encik.


penat. berlemuih dan panas.  memang betul2 pack.  mulanya aku mintak nak duk seat depan, dekat dengan padang.  tapi menurut orang yang berpengalaman ni (eceh!) 'b, kita kene duk seat paling atas.  nanti kalau ada orang baling mercun ke botol air ke..kita tak kene..'

ohhh.......macam tu. jadinya, kami tak jadi duk seat depan. hajat nak tengok goalkeeper terkacak tak kesampaian lah tehehe..
alahaiiiii. im melting..
 oh..cant stand anymore


rasa menyesal pulak tak bawak stok makanan banyak2 tapi spt kata encik pertama, beg pun akan di check untuk mengelakkan penyokong menyeludup masuk botol2 air mineral.  tapi yang aku pelik tu, even dah buat camtu pun, ada jugak aktiviti baling2 botol air malam ni.  mana diorang amik aku taktau la..

tapi takpe.  at least, kelantan menang. first time aku tengok encik pertama terlompat2 kegirangan.  bila tengok dia happy camtu, tanpa disuruh sesiapa, aku turut rasa gembira.  bukan sebab kelantan menang, tapi sebab tengok dia gmbira.

sebab kelantan menang 2-1, maka aku berasa berbaloi menepek sticker ni kat pipi.  susah weh nak tanggal menda alah ni. pakai make up removal pun tak tanggal. betul betul kene sental.
kaki pun melecet. tapi tak pe, asalkan senyum berbunga-bunga..

0 comments:

Post a Comment

 

akulah gadis itu Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea