Friday, July 13, 2012

hot men, hot dishes, hot look, hot temper.

Posted by nurul shaida at 12:28 AM
aku baru saja TERbaca satu fakta bila lelaki memasak dekat melayukini.net. senyum sorang2 dibuatnya sambil relate kan dengan orang lelaki yang dekat rumah tuuu. jom aku share!

9 Fakta Bila Lelaki Memasak (Lawak!) | Memang kebanyakkan chef-chef terkenal di Malaysia mahupun di dunia terdiri dari kaum lelaki. Tetapi hakikatnya, umumnya kebanyakkan lelaki jarang sekali memasak, kalau ada pun tentunya masakan tersebut lain rasanya. Jom baca Fakta yang terjadi apabila kaum bapa yang memasak di dapur:

1) Menurut kajian, 99.9% lelaki di Malaysia amat pandai masak kari. Tapi megi kari saja la. ni aku tak setuju, sebab abah aku pandai buat ikan singgang, goreng ikan.. bakar ikan..buat rempah ikan bakar bla bla bla. encik suami lagi terer masak dari aku, sup ayam dia paling terangkat (diakui oleh mak mertua dia a.k.a mak aku), terer buat pencicah ikan bakar, terer buat tomyam, terer goreng bendi dgn ikan bilis, terer buat makanan2 superb tapi aku hairan, feveret dia, sambal tempe goreng tak pulak dia reti dia buat.. asyik aku je yg kena kerah.

2) Lelaki kadang-kadang memang suka memasak. Tapi masalah utama ialah mereka amat malas nak basuh periuk belanga serta pinggan mangkuk.   yang ni pun tak berapa 100% setuju. abah kalau memasak kt dapur mmg tak suka basuh ape yang dia guna. dia mcm set mind, "aku dh masak, turn korang lah basuh segala bagai ni,xkuasa abah" tapi encik asben selalu membasuh pinggan mangkuk yang dibiarkan oleh sang isteri di dalam sinki.

3) Apabila lelaki memasak umpama sedang bertukang umah, bukan main bising lagi.  yang ni pun tak berapa agree sangat sebab yang memasak macam sedang bertukang tu, aku.  abah dan encik asben (yang dua2 cool) memasak bukan main teliti lagi berhemah. silent and peaceful saje. macamkan si bini bru siap solat magrib pukul 8mlm, kuar bilik and "eh, syg dh siap masak? cepatnya.. tak sempat nak tolong..."  ngeee.


4) Adalah kebiasaan lelaki memasak tanpa memakai baju. Yang lebih seksi hanya memakai tuala. WELL, sgt setuju. lelaki2 kesayangan aku (abah, asben and adik) kalau memasak tu bukan reti nk pakai apron ke ape. bju pun kdg2 tak pakai. abah kalau memasak, kdg2 pakai short je.. same goes to my adik lelaki. time kerahan tenaga pd dia kdg dgn boxer tu lah dia pegi masak. asben pulak, after magrib prayer, bukak baju then keletang keletung dgn pakai kain pelikat saja. so sexyy weyyy. aum.
5) Menu utama masakan lelaki adalah telur goreng, sardin, telur goreng dan juga sardin. Tak ketinggalan jugak kicap masin. Yang rajin sikit masak megi dengan telur.  tak jugak. refer no. 1.

6) Jika seorang lelaki yang rajin memasak, anda akan dapati gas masakan akan cepat habis, kerana lelaki memasak selalunya guna api yg kuat. Cepat sikit masak. Kalau tak percaya, cuba tengok kat kedai mamak. Apinya bukan main lagi besar.  tak jugak. tp kadang2 ye. sebab my asben kalau goreng ayam/ikan, after panas kan minyak tu dia mane reti nk slow kan api time nk cmpak ikan/ayam ke dalam kuali. mane tak merecik minyak panas tu. pastu mulalah duk 14 batu nautika from kuali takut kene minyak panas.. manja! aku dh immune kene minyak panas ni sume..
7) Keadaan dapur rumah orang lelaki yang bersepah sepah adalah satu pemandangan biasa yang mempunyai nilai artistiknya yang tersendiri. Kalau ada lumut dan lipas itu tandanya mesra alam.  yang ni tak tau lah kot sebab encik asben duduk dgn parent since lahir hingga lah berkahwen. abah aku tak tau.

8 ) Biasanya lelaki tidak akan merungut sekiranya masakan itu dimasak oleh seorang lelaki. Yang penting, asalkan kenyang. Tapi kalau perempuan yang masak, komplen dia banyak sikit. takdelahhh. abah n my asben and my adik NEVER kutuk kutuk aku masak even tak sedap or tak semenggah. diorang akan cakap. "okay lah ni.. boleh makannnn" tapi my adik lelaki mmg best. tak penah bersungut dgn masakan aku. satu perkataan pun tak penah dia ckp. adekah kerana  dia buruk lantak or dia mmg takde perasaan?

9) Kalau lelaki membeli pelbagai lauk dan memasak dengan bersungguh-sungguh, serta dalam kuantiti yang banyak, itu maknanya dia nak bagi kat makwe. setujuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu.

0 comments:

Post a Comment

 

akulah gadis itu Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea