Wednesday, March 28, 2012

Salah siapa?

Posted by nurul shaida at 1:54 AM

Sekarang ni kan semangat aku sampai ofis je terus gegas cari sukabar. Sejak kes-kes berantai anak dara hilang ni aku macam over concern pun ye jugak.  Lari lari pergi dkt front desk, ambik sukabar, belek2 then geleng-geleng kepala.  Kadang-kadang istighfar panjang-panjang.

Macam-macam budak zaman sekarang kan. Aku taknak komen pape pasal kes budak-budak underage yang hilang spt kes adik Shalinie dan beberapa orang lagi.  Aku hanya mampu berdoa agar semua adik-adik ini masih berkeadaan selamat dan panjang umur.. kes pun dah lama berlalu kan. Aku tak rasa rupa bebudak tu sekarang sama dengan rupa kat risalah yang diedar ditampal sana sini tu.  Dah bertahun kot.  Hopefully one fine day if I meet one of them, I will remember their face and terus peluk dia ketat-ketat bawak pegi balai….. hopefully. InsyaAllah.

Sekarang, aku hangin.  Dulu memula ye jugak memula sampai ofis je aku lari-lari cari sukabar then terus belek ke muka surat yang dicari.  Read word by word.  Gila prihatin nak tahu perkembangan kes remaja perempuan hilang ni.  Dan, bila aku dapat tahu je yang kes siti nurfatihah ni (aku xsure sgt fullname dia—selalu aku panggil ‘budak ilang kuantan’ je) sebenarnya adalah melarikan diri dan bukan dilarikan, rasa nak gelakkan diri sendiri pun ada.  Sebab tertipu.  Marah toksah cerita lah. Bengang sume bercampur.  So wartawan, polis, and all the Malaysians  kira tertipu lah dengan sandiwara budak tak cukup umur gatal nak berjantan ni ye. Hnsf. Hnsf.

Belum habis lagi Malaysians urut-urut dada tahan marah tahan geram, kita dikejutkan pulak dengan kes budak hilang kat shah alam dan ditemui dalam keadaan tak bermaya oleh polis Thailand.  Mula-mula cerita pasal budak ni keluar paper, aku macam; yes, Berjaya selamatkan diri. Habislah lepas ni dalang pelacuran ni mesti kene tangkap sebab budak ni mesti bagitau info kat polis.  Maka tamatlah kes-kes penculikan demi pelacuran.  Tak payah lagi aku nak belek sukabar hari-hari semata-mata nak spot cerita-cerita macam ni.

Tapi….. selang 3 4 hari kalau tak silap aku, boleh pulak dia bagi statement bodoh yang dia tu sengaja seludup masuk ke Thailand sebab nak mengemis.  Duh. Speechless kejap.  Berani betul budak zaman sekarang kan. Perkara macam ni boleh dibuat main-main.  Siap boleh tipu polis lagi. Serius tak paham.  Aku dulu masa muda remaja (sekarang pun still remaja,what?) macam fobia tengok polis.  Padahal takde buat pape pun.  Kalau Nampak keta polis je dah macam eh, polis lah.  Ape hal hah?  Ee jom jom blah nanti dia datang kat kita.  Mental.  Takut tak semena-mena padahal masa tu aku duk lepa-lepak kat stesen bas depan sekolah sambil tunggu teksi nak balik rumah. Tapi budak-budak sekarang boleh buat macam-macam gempak kan.  Bukan setakat polis, wartawan, komuniti, kerajaan semua dia play around. Dikk, apa kau buat ni? Main polis sentry?

Species-species malukan mak bapak ni macam trend sekarang kan.   Bila anak hilang, mak bapak buat report claimed anak hilang.  Mintak rakyat mesia doakan dan cari anaknya yang hilang.  Yang si anak sibuk duk cari ‘apa-yang-dicari’.  Macam kes sape ntah budak pompuan yang ikut laki bangla eh yang nama macam samer samer tuh.  Aku lupa dah.    Bila aku baca status fb dia yang di letak kat paper, rasa berbuku je dada.  Nak tergelak pun ada.  Yang paling takleh blah tu dia cakap; “saya nak hidup sendiri, nak cari apa yang hendak dicari dalam hidup ini. Saya nak berdikari bla…bla..bla…”  lebih kurang macam gitu lah ayat nya. Meluat aku nak retype panjang-panjang.  Baru umur 17 tahun dah bercakap pasal berdikari, dah cakap pasal ‘benda yang nak dicari dalam hidup’ lah ape jadah semua lah.  Dey, kau tu umur baru 17 dik, duit makan kat sekolah pun makpak yang bagi, ada hati nak cari apa yang dicari konon.  Tuh, spm tuh yang kau kena cari, bukan mamat bangle body ketak-ketak macam salman khan tu.  Kau blajar rajin-rajin, amik spm dulu then kau decide lah apa yang kau nak cari.  Kau nak jd manusia upper level ke, down level ke, hape ke, masa tu lah.  Masa tu baru kau layak nak tentukan haluan hidup kau.  Masa sekarang memang sorry, memang kau tak layak pun nak bercakap soal nih.  You’re not matured enough.

aku tak berapa paham weh. budak budak zaman sekarang 360degree tak sama dengan budak-budak zaman aku dulu. ok fine, aku tak kata zaman aku dulu takde budak ilang, tapi statistik dia sgt lah kecik. pat lima bulan skali baru ada kes. ni macam dah every month ni dik oii, ape cerita?  aku taktahu lah apa masalahnya dan apa punca.  kalau nak dikaji-kaji, memang banyak faktor yang menyumbang kepada penyakit soooooooooooooo -- sial nih.  tapi ni hanyalah pendapat peribadi aku jelah.

1) teknologi - dulu nak cakap kau, mana ada pakai henset-henset sume ni.  aku dulu form three tak kenal lagi henset tuh apa (ok tipu - aku ada curi-curi pakai henset bapak aku hantar sms kat member. tapi tu pun tanya pasal kelas tuisyen saja hokey.) tapi nak kata diri sendiri ada henset pastu totettotet setiap minit balas sms memang tak dapek lah.  nak camwhore ambik gmbr sendiri muncung-muncung mulut mcm daisy donald lagi lah jauh panggang kan.  tapi bebudak zaman sekarang.. henset sume stok canggih-canggih. iphone, ipad, samsung galaxy, touch screen bagai sume pastu ada pulak kemudahan internet, MEMANG chances untuk bersoSIAL tu tinggi.  aku tak kata kemajuan teknologi tu virus, tapi kalau diberi pada orang yang otaknya yang kecut sikit dari otak burung unta, macam nilah jadinya.  cuba bayangkan kalau budak ni kembali ke zaman aku dulu, yang mana alat komunikasi untuk berhubung dengan bf adelah sangat terhad, mesti tade punya 'jap lagi syg keluar dengan adik2. nanti b datang bwk kete pstu rentap syg masuk kete eyh. rentap laju-laju au.. nanti adik syg boleh cakap kat mak yang syg kene culik...'
balik kapur kasut sekolah boleh tak?

2) environment - dulu kan, kalau dapat couple dengan abang senior beza 1 tahun pun dah kembang hidung.  nak nak lagi couple kau tu budak brass band ke, captain softball ke, budak mrsm ke, memang dah rasa macam lengkap je hidup sebagai aweks sekolah menengah. kat sekolah, kalau terserempak mesti buat-buat tak nampak tapi sembunyi-sembunyi senyum.  muka masa tu kalau toreh sure takde darah. sengal. padahal bukan kau nak jabat tangan tok kadi lagi pun time tu.  tapi nak cakap disini adelah, beza cara percintaan antara budak-budak dulu dengan budak-budak sekarang. dulu aku tak kata tak de yang bercinta zaman belasan tahun, tapi tengok culture masa itu.  kalau dulu dating pun duduk jauh2, sorang duk hujung sini sorang duduk hujung sana sambil-sambil tunggu bas nak balik sekolah.  tak borak pun, cukup sekadar jeling-jeling sket. sucinya cinta zaman dulu-dulu, tak pegang-pegang, tak sentuh-sentuh tak berborak lucah sume tapi boleh terkenang-kenang sampai malam.  tiap kali teringat je, hati jantung limpa semua berdebar-debar.  padahal tak buat pape pun. tak de sms 'saya rindu kat awak' 'saya nak tidur ni, tak sabaar jumpa esok, miss you baby..'  tade tade der.  tapi hubungan tu selalunya long lasting.. sebab ianya suci.  dan paling penting, tak merisaukan hati semua pihak. mak bapak tak berbulu mata tengok kau duk usung henset kehulu kehilir macam kan benda tu adelah nyawa kau.  paling-paling tidak pun, mak kau akan geledah bilik kau untuk cari surat2 cinta. tu pun yang berani pakai surat lah.  habis,  kalau masa untuk kau merenyam adelah terhad (i mean hanya kat sekolah), macam mana kau nak plan lari dengan bf kau, ye tak?  and yang paling penting, bf kau tu ada duit ke nak tanggung kos semasa 'pelarian' kau tu nanti.  dia sendiri pun duit makan makpak yang bagi, lagikan pulak nak suap makan mulut orang lain. tapi sekarang lain, budak2 skolah berani cari bf stok-stok yang dah kerja. senang nak pau topup, senang nak suruh belanja itu ini, senang nak mewah, seronook nak keluar dating and what so ever.  zaman aku dlu dengar lelaki umur beza 2 3 tahun dengan aku pun dah naik-naik geli - terus terbayang dia tu pakcik-pakcik aku. gila geli macam nak bercinta dengan pakcik sendiri kan. terus aku terbayang-bayang sumbang mahram. inikan pulak umur 15 tahun nak bercinta dengan lelaki umur 26. 11 tahun beza. auuu. gelis.



bawak-bawak lah mengucap.

1 comments:

noorkhamisah said...

kan....menyesal akak simpati dengan budak kuantan tu...rasa macam...huh!!!

Post a Comment

 

akulah gadis itu Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea