Monday, October 10, 2011

Headline: single vs double

Posted by nurul shaida at 4:56 AM
  Bismillah.  I need another photographer. Anyone? 

Selamat mengalami Monday blues.  Monday saya biasa2 saja, takde lah blues macam orang lain. Maklumlah, my life cycle terbalik sikit.  Bila orang lain dah siap2 kemas nak balik rumah, masa tu lah saya bz menyiapkan nota2 softcopy dan mentulis teaching report saya.  Disaat korang2 lepak2 kedai mamak pekena roti kosong dengan teh tarik dengan ofismate, masa tu saya dalam perjalanan ke tempat keje, drive mcm org gila kalau solat magrib kat umah lah.  Tapi kalau saya berhajat untuk solat mgrib kt tempat keje je, tak perlulah mempertaruhkan nyawa driving macam kat litar sepang.  Rilek2 je, tapi memang kene gerak awal lah. Dan disaat korang dah pun wangi2 keringkan rambut sambil tengok berita, saya kene hadap projector.  Huh, sangat jealous dengan kehidupan orang lain. T__T. 

Tapi, saya macam tersuka pulak dengan kehidupan seperti ini.  Tak payah susah2 nak sapu sunblock bagai bila kuar rumah.  Tak payah nak risau nak kene bangun awal ke ape.  Keje saya mudah, bangun pagi (pukul 10 kira pagi kan?) kemas rumah, basuh kain mop lantai cuci pinggan.  Masuk ke pukul 12 je, start masak.  Pukul 2ptg, kalau takde citer best kt astro, saya ngadap Invisible Youth kat laptop.  Ulang2 tengok byk kali pun takpe, tak bosan.  Bila lepas Asar je, pilih lah.  Kalau atuk ajak jadi driver dia, saya kuarlah jalan2 dengan dia.  Kalau dia tak ajak or nak drive sendiri, saya start la buat preparation untuk keje.  Dan sebelum magrib atau selepas magrib, saya start keluar rumah dan balik semula kira2 jam 11malam.  Cuci apa yang patut, pastu kalau ada cerita best kat tv, lepak2 dulu dgn kakak n abg ipar.  Kalau tak de, saya masuk bilik lah. Buat apa? Tido? No. Layan Invisible Youth atau pun mana series citer korea yang tak hbis khatam lagi.  Around pukul 2 camtu lah, saya akan tidor.  Begitulah esok dan seterusnya untuk sebulan lebih lagi ni.  Bosan kedengaran? Terpulang, maybe orang lain tak suka dengan life mcm saya, tapi saya dah pun boleh adapt.  Best jugak kan jadi lecturer untuk kursus jangka pendek ni kan, kelas memanjang je waktu malam atau weekend.  Tapi ini kalau single life memang seronok, tapi bila dah ber’double’ nanti bagaimana? 

Haah kan.  Tak terpikir pulak.  Boleh ke pergi keje malam2 dan sampai umah bila  jam dah tunjuk angka 11?  Tapi kalau siang hari tu macam satu advantage la kan, boleh bagi full concentration pada hal2 rumah tangga [what?] boleh buat breakfast untuk suami, say good bye kt muka pintu bila suami nak pergi keje, boleh masak n lunch dengan suami, dan petangnya boleh tengok tv dengan suami.  Menarik, bukan?  Cuma malam jelah, tak dapat nak layan world cup dengan suami.  Sob..sob..  So, nothing’s change, kan?  Single ke berdua ke, saya rasa macam takde beza. 

Bila saya disekolah kan selama 2hari berturut2 kat kursus kawen semalam, saya macam realise something.  Siapa kata tak de duit tak boleh kawen?  Boleh je,  perkahwinan tu kan sesuatu yang dituntut oleh agama, dan bila Tuhan dah gerakkan hati untuk kita punyai seseorang selain dari our parents, maknenya adalah something yang Dia hendak kita lakukan.  Soal duit soal nombor dua.  Bila kita kawen, jangan risau kalau takut kene makan pasir masak kicap ke ape, InsyaAllah, adalah rezeki tu kat mana2.  Saya percaya yang itu.  Benda yang kita tak Nampak, yang kita taktau, jangan pandai2 assume because God know everything.  Macam saya. Saya tak berduit pun. [kehkehkeh] memang cukup2 ada untuk nikah, barang2 hantaran dengan pakej pelamin.  Semua orang ada keinginan untuk buat majlis grand2 kan, mewah, kalau boleh nak mcm artis.  Nak kene ada karoke bagai.  Nak buat majlis tiga hari tiga malam.  Tapi ada sesetengah tu, sanggup buat loan, hutang semata2 nak majlis grand.  Dulu aku pun macam tu. Tak matang katakan.. asyik nak ikut orang saja.  Kalau ada orang sanding dalam paya, kalau boleh saya pun nak kawen dalam paya, pelamin atas pelampung.  Kasi up sket dari orang lain.  Hey, apa ada pada publisiti?  Sume tu kita buat sebab nak suruh orang sebut2 kan? Takyah tipu,..saya tahu niat anda, sebab saya pun mcm tu jugak dlu.  Tapi bila kepala macam dah matured sket, otak dah jadi rasional.. sume itu tak penting.  Yang penting, keberkatan.  Keberkatan itulah yang menjaminkan hala tuju perkahwinan yang kita dirikan.  I mean, masjid [kata orang2 tua].     Contoh, buat besar2an secara membazir dekat bulan bintang bagai tapi orang yang datang tu datang semata2 nak tengok how grand our wedding, tak ke dah terpesong niatnya itu?  Lepas tu guests yang datang of course berlumba2 nak show off kan, deduct 1 lagi point kat situ.  Hari tu, dekat wedding my sis ada tempah set karoke.  Saya pun ape lagi kan, join la sekaki.  Dah namanya kaki melalak.  Tapi bila ustaz basuh2 otak semalam, baru saya tahu.  Tak salah untuk adakan karoke untuk bagi meriahkan lagi majlis, tapi ianya akan jadi HAROMMM bila ada perempuan yang menyanyi.  Lansung berdosa dan tidak berkat, pengantin berdosa, malah tetamu pun berdosa.  Tu tak dikira dosa saya yang melalak duet dengan adik lelaki saya ni.  Sorry sis, dah buat majlis perkawenan korang tak berkat.   Ada rasionalnya kata2 ustaz tersebut.  Cuba kita study majlis2 kawen artis kt Mesia ni.  Memang grand tak payah cakap lah.  Siap sponsor sana sini.  Tapi kita tak tahu budget orang yang sponsor kita tu datang dari duit mana. Haram ke halal ke kita tak tau.   Sudahnya, kawen tak sampai 1 dekad, dah bercerai berai.  Tak ke rugi namanya tu. 

Well, bukanlah aku nak bersyarah kat sini.  Just share sedikit ilmu.  Kadang2 kita ni tahu perkara2 spt ni tapi kita lebih suka ambil sikap tak peduli.  Tidak memandang serius.  Yelah, sebab consequences nya tak datang terus, makan tahun jugak baru nak jadi.  Saya ni pun mentah lagi, jahil dalam banyak perkara.  Apa yang disampaikan oleh para ilmuan agama saya amik jadi panduan.  Sebab mereka lebih arif kan.  Jadi saya rasa nak share kat sini.  Sharing is caring kan. 

Bersederhanalah.  My mom nak support everything untuk resepsi kat Terengganu nanti.  Nikah ni pun dia ada support jugaklah, tambah2 mana2 yang saya tak cukup.  Saya paham perasaan mak ayah yang nak majlis yang sempurna bila di Terengganu nanti..maklumlah saya anak first yang kawen kt Terengganu. Left behind my sis yang dibesarkan dan tinggal kat Pahang ni.  So my mom dah plan awal2 tentang segala benda, yeah boleh dikatakan dialah wedding planner saya nanti.  Tapi pilihan kat tangan saya, kan?  Saya tak mahu berlebih2.. saya tak mahu keberkatan lari pada majlis saya nanti.  Cukuplah catering, canopy, and pelamin.  Just nice untuk saya.  Tak perlu yang grand2 cukuplah sekadar ada rupa majlis kawen.  Harap2 mak saya faham apa itu kesederhanaan.     

Dahlah. Saya nak pegi book ballroom kat Palace of the Golden Horses jap. 

Ceh.   Acah je. >,<

1 comments:

Izyan Alias said...

lin, aku sajes www.fazrien.com... photog wedding kak hanim. mabeles dowh artwork dia.. aku sukerrr... kak nim ckp dia byk amek gmbo kandid. sbb tu pngantin senyum cm natural je.. arni nazira pun amek photog ni.. usha la blog n flickr dia..

Post a Comment

 

akulah gadis itu Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea