Sunday, April 1, 2012

sepanjang perjalanan Mac 2012

Posted by nurul shaida at 11:49 PM
sekadar untuk rekod peribadi, aku akan mula meletakkan segala picture atau ceritera yang berkaitan dengan hidup aku di belog ini sebagai persiapan/back up bila aku diserang amnesia, alzheimer mahupun otak lappy ku yang terkena virus.

moga-moga, bila aku tiada esok-esok, anak-anak cucuku masih berupaya mengimbau jalan kehidupan bonda/nenda mereka. 

 days before

anak-anak/cucu-cucu..  bos mommy baik hati. resepsi mommy & daddy 10mac, tapi 8mac baru dia release cuti mommy. baik kan dia? memang lah agak lewat tapi mommy bersyukur, dengan keadaan mommy yang belum confirm, bos bagi mommy cuti jugak.  5 working days, kira banyaklah tu.  tapi mommy agak sedihlah sebab mommy kene apply unpaid leave.  habislah gaji mommy tinggal sikit.. tapi daddy kata, takpe..asalkan majlis berjalan lancar.  duit boleh cari.. mommy terus lega.  baikkan daddy?

tapi, sebenarnya masa tu daddy sangat tidak sihat.  migrain daddy minggu tu teruk sangat. malam sebelum 8hb, mommy and daddy tidur sama-sama atas katil hospital.  mujur juga daddy tak kene pindah masuk ward, just diberi injection and disuruh rehat di dalam emergency room.  bayangkan, mommy yang tak boleh drive sgt bila malam ni, terpaksa jugak redah pekat malam bawak daddy pergi ER.  tapi syukur, pukul 4pagi, kami dikejutkan (dari tido) oleh nurse yang baik tapi unfriendly  tu dan diberi tahu daddy dah boleh discharge.  lega mommy.  kalau tak, mommy dah terbayang-bayang pelamin tanpa pengantin pada 10 mac nanti..

sayang-sayangku,

daddy lelaki paling tabah mommy pernah kenal.  even dia baru discharge and masih tidak sihat, tetapi dia tetap tidak mengizinkan mommy drive balik terengganu.  nak jugak dia yang drive.  mommy tahu daddy kurang harapkan mommy drive sebab kalau mommy drive selalu dapat surat surat cinta dari polis traffik.  mommy suka kumpul surat saman speedtrap.  jadi, nak tak nak, mommy dengan berat hati bagi stereng pada daddy.  mommy menjeruk rasa, rasa bersalah amat kerana menyusahkan daddy..

well.. kereta mommy, biasalah. sendat dengan barang-barang hantaran.
daddy drive. 

eh, mana mommy? 


mommy belek2 inai kat tangan =)


masa nikah hari tu, mommy lukis tangan dengan inai segera tu.  nampak cantik tapi bila basuh, ya ampun! pekat sangat warnanya. dah la berbau. huh. cepat hilang plak tuh. kali ini mommy nak klasik sket. plus, mommy pun takde masa nak ukir2 inai sebab sibuk jaga daddy sakit kan.  mommy just petik2 daun inai kat tepi rumah nenek daddy (nenek mommy juga kan?)  dan hasilnya... cantik juga kan? paling penting, mommy suka bau nya.

daddy curi masa berhenti solat zohor di RNR Gua Musang. 


alhamdullillah, dalam slow2 daddy drive (daddy mana penah drive lebih 120km/j), mommydaddy akhirnya smpai kat umah family mommy di terengganu. sampai-sampai je.. mommy tengok kiri kanan depan belakang penuh dengan barang-barang persandingan mommy.  kesian emak mommy, mesti dia penat  =,=

banyak lagi gambar. ni je yang mampu mommy snap sebab lepas tu mommy terus pengsan sebab pening.
 (read: pengsan=tido)

hari kejadian (10 Mac 2012)

alhamdulillah, semua berjalan lancar.  mak andam mommy, iaitu classmate mommy masa sekolah rendah banyak berbakti.  mommy terharu dia ada.  keluarga mommy tak ramai, so macam tak berapa cukup kakitangan.  mommy pulak, macam semua kerja mommy nak buat, tengah-tengah duk mekap pun mommy boleh mintak excuse dekat mak andam mommy, pegi dapur and tolong auntie mommmy cari barang dalam freezer.  mommy tanak suruh emak mommy sebab mommy kesian pada dia, banyak lagi kerja dia kena buat.  mommy terharu dengan jasa-jasa orang yang memerah keringat di hari tersebut.

mak andam mommy vogue hari tu, pakai biru mengikut tema.  kanan, kawan mommy, puan tengku salini.
yang duk sebelah mommy tulah ceksu, mak saudara belah ayah yang paling disayangi, baik hati, rajin dan sayangkan mommy seperti anak dia sendiri.. ceksu actually hanyalah ibu saudara sabit tapi mommy selalu lupa yang dia adalah makcik sabit. rasa macam makcik betol.. 


..bersambung ke part 2. mommy nak buat kerja sket. uhuk uhuk. (ceh, macam tua bebenor.)

1 comments:

SuE DeALoVa said...

hahahahahhahhhahahahaha, seriusly entry ni sgt cute dear!! bkn sbb pic aku hade tp part mommy daddy 2, ala2 fairytale citer kat anak cucu!! xmenahan last skali ada "uhuk3" kunun2 batuk la kan dh tua....hahaha, sgt suweett hokey!! aku doakan kalian sntiasa sweet2 couple n dikurniakan anak2/cucu/cicit yg sgt chomellll, muah !!;)

Post a Comment

 

akulah gadis itu Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea