berhabuk nau belog ni. lama kan tak update. sedar tak sedar lagi 3hari genap 4 bulan aku kongsi bilik dengan somebody. share everything dgn someone. share
aku ingat lepas nikah ni boleh la bernafas dgn tenang tapi tidak. rupanya double bizi dari yang kawen secara formal. maksud aku, yang lansung terus nikah, kawen dan bertandang. macam aku punya kes ni, yang nikah bulan 11 tahun lepas,cuti raya cina ari tu majlis bertandang, dan mac depan baru terhegeh2 nak buat resepsi, memang kepenatan berganda-ganda. masa nak nikah ari tu dah berlemuih cari barang2 hantaran, cari wedding planner, cari baju nikah, cari kanopi segala. masa bertandang ari tu aku tak rasa sgt sbb family belah husband yang uruskan kan. for dis coming event, dah start pecah peluh.
last week yg cuti 3 hari tu kami turun temerloh, cari goody bag, souvenier utk guest, dan barang2 bekas hantaran. left behind pecah peluh g mid valley bulan january ari tu cari barang hantaran. mau tak kopak. suami aku dh start mengeluh, "rasa macam kawen dua kali pulak" hah, tahu pun.. ni idea nikah gantung ni sape punya ideaaa???? awak jugak kan. konon nak jimat belanja sbb tu nak nikah gantung dulu sekarang tengokkk..., dah terlebih belanja dari orang yang nikah normal kan? amek.
dah la aku ni bangsa yang kerja 7hari seminggu. senin smpai jumaat melangut kt opis dari 8.30 pg smpai 5.30 ptg. sabtu ahad pulak pecah tekak kt pusat tuisyen dari 8pagi smpai 6 petang. semua aku kene urus sendiri, dari teaching method, record sampai lah ke account. so far, pembantu aku my adik ipar tolong2 monitor budak2 standard 3 ke bawah plus budak2 age 6. yang lain aku buat. budak tahun 4 5 6 kome pepaham lah sendiri. dengan boys yang berpeluh2 bau masam, pergh, sgt dugaan. adik ipar aku dh sound awal2, 'nanti kalau dh pregnant, kene cari cikgu lain ni ganti. asyik duk marah2 budak je nt kenan kt baby.' punyalah mulut aku non-stop kt dlm lecture, smpai kena warn mcm tu kan. hehehe. tak mampu lagi nak hire another assistant. dpt bayar gaji staf yg ada ni pun dh syukurr...
so, imagine. aku keje 7 hari seminggu, jenis yg pack punya, 8 to 6 lah aku bundarkan ye. malam, balik kene masak. selalunya suami aku tolerate, dia rajin membantu aku masak. or lebih tepat, aku sbnrnya membantu dia masak. setiap hari dialah Masterchef of the day. lepas mkn mlm, around 7 mcm tu, aku kemas rumah. lau agak2 kain dalam washing machine dah melimpah ke rumah sebelah (agak2 menipu, aku mana ada jiran tetangga), aku basuh baju, sambil2 cuci2 frigde ke ape. tak pun layan gemersik kalbu. after solat isyak, mula lah mengadap meja kerja. tengok exam paper budak2 atau tanda buku latihan diorang. lau aku xdan sgt, suami jd cikgu lah sekejap. tolong check buku budak2.
tapi lately, kebanyakkan kerja2 key in data or markah budak2 aku pass pd husband je. skrg tugas aku adalah mengadap suami eh, mengadap goody bag n bekas2 hantaran sambil mengadap muka stress suami tanda buku latihan budak2. macam comel je berkain pelikat dengan pen merah kt tangan. muncung2 mulut. kihhkihkih...
sekarang ruangan lepak2 kt dapur (ats katil arwah nenek aku) dh bertukar dgn stor. mcm2 ada kt ctu. dgn soklan exam bdk2, dgn buku2 latihan, dgn ribbons, dgn bakul2, dgn snek2 nk msuk dlm goody bag, dgn envelope n kad kawen, dengan..dengan....mcm2 lah, letih aku nk type semua. kadang2 baju kt ampaian angkat pun lambak kt atas tu jugak. tak sempat nak bagi perhatian . byk sgt komitmen T____T padahal malas.
cepatlah bulan mac. aku tak sabar2 nk settle menda alah ni, selesai sume resepsi ni barulah aku rasa boleh bernafas sket. poket pun boleh bernafas dgn tenang. baru boleh berfikir dgn tenang untuk baby. speaking bout dat, aku dah tak sabar nak tunggu kewujudan orang ketiga di antara kami err,, maksud aku, orang yang mendiami kantung rahim aku. moga2 Tuhan mengurniakan rezeki kepada kami berdua. Amin.
1 comments:
Errrkkk. Cuak aku baca entry ni. Aku blh je gamble tak booking pape lagi for this 14/3. hehe.. mati la.... utk big day in last may or early june tu tak tau lagi. hehe..
Post a Comment