masa duk golek3 atas katil tu, dia datang join duduk2 skali. pastu dia terperasan beberapa helai rambut aku kt ats meja solek n atas lantai. hey, bukan aku tak sapu okay. rambut aku ni bangsa suka gugur. naik mandi lap2 rambut dpn cermin pun berhelai helai gugur.
ayah mat: eh, banyaknya rambut syg gugur.
cik aeyen: aah....
ayah mat: kenapa eh?
cik aeyen: ntah...nak mati kot.
dia diam. eh. aku salah cakap ke? then dia sambung;
ayah mat: jangan mati dulu, biar abang yang mati dulu.
cik aeyen: eh tak boleh, nt elen nak hdup dgn sape. elen tak boleh kalau syg takde.
ayah mat: habis, ingat abg boleh ke??
terus diam. aku terlupa, perkara mati-mati ni jangan disebut2 depan family in law aku mahupun suami aku. semacam perkataan sumpahan yang boleh mengundang kesedihan yang berpanjangan. mungkin, kehilangan abang ipar iaitu biras aku 7bulan lalu masih menterkejutkan mereka. arwah pergi dalam tidur yang lena.. meninggalkan dua anak yang masih kecik. seriusly, aku tengok keadaan kakak ipar aku time tu pun rasa nak menangis sama. sedih. anak yang kecik adeeb, baru je dapat mulut, baru je duk tengah galak panggil papa..papa... dah la kedua2 anak buah aku ni rapat dgn arwah, sebab uminya sibuk kt sekolah. arwah ni mcm byk free la sebab dia anggota polis, dan kene jaga balai kecik saja. rumah pulak sebelah balai je. so, dia lah yang baby-sit kan anak-anak. mandikan..bagi makan, berbual2..
bila arwah tak de, kakak ipar aku macam lost gila2. semua orang dalam rumah tu berselubung duka. masa tu encik tunang aku pun sedih sgt2 sebab semua org sygkan arwah, terutama mak mertua aku. kakak ipar aku smpai sekarang berendam air mata kalau hal2 berkaitan arwah singgah di depan mata. macam petang semalam, waktu pergi melawat abg ipar aku kt wad, lalu depan bilik forensik tempat arwah di post-mortem, tak pasal2 nangis lagi. si kecik tu pun ikut nangis. siyes sedih bila yg kecil tu duk panggil papa... papa...
suami aku selalu remind aku, 'abg tak penah lupakan arwah. rasa macam dia ada ada je..rasa mcm dia outstation lama2 n tak balik rumah...' aku faham, aku tahu apa itu kehilangan. tapi selaku kita yang masih hidup dan bakal melewati usia yang tak tahu lagi berapa panjang ni, baik kita teruskan hidup. yang dah pergi tu, sudah habis tugas dia sebagai hamba-Nya. sementara kita yang hidup ni lah kene teruskan dan jalankan tugas2 kita sebagai hambaNya dengan sempurna. dan aku takkan pernah lupa untuk mengingatkan suami aku agar bersedekahkan al-fatihah kepada arwah dan aku juga tidak pernah lupa untuk menyayangi dan memberi perhatian kasih sayang kepada anak-anak buah yang tercinta itu.
adeeb. hensem boy.
1 comments:
salam singgah...done follow u
dynadyyn.blogspot.com
Post a Comment