Showing posts with label Chocolate Coffee Men. the richer the better. Show all posts
Showing posts with label Chocolate Coffee Men. the richer the better. Show all posts

Thursday, February 9, 2012

mati itu pasti.

Posted by nurul shaida at 5:25 PM 1 comments
malam kelmarin, after solat magrib aku duk golek2 atas katil jap. tak tau nape lately kepala sakit sgt.  kat opis kalau time lunch aku rela tak kuar, sapu balm kt dahi pastu terus flat kt ruang solat.  siyes tak penah rasa headache yg denyut2 cam ni.  aku syak, mungkin cuaca panas.  pahang panas gila weh, balik keje pukul 5.30 still muka rasa bahang je masa drive.  matahari still nmpak lg. terik.  2 3 hari sebelum tu, suami aku tak tidur malam, sakit kepala denyut2 katanya.  macam kene sengat tebuan katanya. gila hyperbola.  now bila aku sendiri yg mengalami, baru aku paham. 

masa duk golek3 atas katil tu, dia datang join duduk2 skali.  pastu dia terperasan beberapa helai rambut aku kt ats meja solek n atas lantai. hey, bukan aku tak sapu okay.  rambut aku ni bangsa suka gugur.  naik mandi lap2 rambut dpn cermin pun berhelai helai gugur.

ayah mat:   eh, banyaknya rambut syg gugur.
cik aeyen:  aah....
ayah mat:   kenapa eh?
cik aeyen:  ntah...nak mati kot.

dia diam. eh. aku salah cakap ke?  then dia sambung;

ayah mat:  jangan mati dulu, biar abang yang mati dulu.
cik aeyen: eh tak boleh, nt elen nak hdup dgn sape.  elen tak boleh kalau syg takde.
ayah mat:  habis, ingat abg boleh ke??

terus diam.  aku terlupa, perkara mati-mati ni jangan disebut2 depan family in law aku mahupun suami aku.  semacam perkataan sumpahan yang boleh mengundang kesedihan yang berpanjangan.  mungkin, kehilangan abang ipar iaitu biras aku 7bulan lalu masih menterkejutkan mereka.  arwah pergi dalam tidur yang lena.. meninggalkan dua anak yang masih kecik.  seriusly, aku tengok keadaan kakak ipar aku time tu pun rasa nak menangis sama. sedih.  anak yang kecik adeeb, baru je dapat mulut, baru je duk tengah galak panggil papa..papa... dah la kedua2 anak buah aku ni rapat dgn arwah, sebab uminya sibuk kt sekolah.  arwah ni mcm byk free la sebab dia anggota polis, dan kene jaga balai kecik saja.  rumah pulak sebelah balai je. so, dia lah yang baby-sit kan anak-anak. mandikan..bagi makan, berbual2..

bila arwah tak de, kakak ipar aku macam lost gila2.  semua orang dalam rumah tu berselubung duka.  masa tu encik tunang aku pun sedih sgt2 sebab semua org sygkan arwah, terutama mak mertua aku.  kakak ipar aku smpai sekarang berendam air mata kalau hal2 berkaitan arwah singgah di depan mata.  macam petang semalam, waktu pergi melawat abg ipar aku kt wad, lalu depan bilik forensik tempat arwah di post-mortem, tak pasal2 nangis lagi.  si kecik tu pun ikut nangis.  siyes sedih bila yg kecil tu duk panggil papa... papa...

suami aku selalu remind aku, 'abg tak penah lupakan arwah.  rasa macam dia ada ada je..rasa mcm dia outstation lama2 n tak balik rumah...'  aku faham, aku tahu apa itu kehilangan.  tapi selaku kita yang masih hidup dan bakal melewati usia yang tak tahu lagi berapa panjang ni, baik kita teruskan hidup.  yang dah pergi tu, sudah habis tugas dia sebagai hamba-Nya.  sementara kita yang hidup ni lah kene teruskan dan jalankan tugas2 kita sebagai hambaNya dengan sempurna.  dan aku takkan pernah lupa untuk mengingatkan suami aku agar bersedekahkan al-fatihah kepada arwah dan aku juga tidak pernah lupa untuk menyayangi dan memberi perhatian kasih sayang kepada anak-anak buah yang tercinta itu.

adeeb. hensem boy.


semoga arwah tenang di sana.  cik aeyen sayang kan anak2 arwah spt anak2 sendiri.  janji itu pasti.  al-fatihah.

Wednesday, March 2, 2011

what a joke

Posted by nurul shaida at 12:58 AM 2 comments
MyEm0.ComMyEm0.ComMyEm0.Com


aku sebenarnya tengah stress. bila dekat nak sampai hari rabu mesti stress. work related stress. inner stress. environment-stress. stress dengan manusia sekeliling. stress dengan proposal. stress dengan relationship. stress dengan diri sendiri. stress dengan perasaan orang lain. stress..stress..stress..

semalam balik kerja tak tau nk buat apa aku terus pergi shopping. round punya round jam dh dekat pukul 6. kene amik clarice. tapi dia decide nak balik dengan our housemate. nasib baik aku tak turun ke parking lagi. lau tak, tambah lagi satu stress. memandangkan aku tak de sape nak di belek2 kat umah, dan tak de orang nak di jemput pulang, why not aku habiskan sisa2 stress aku ni kt shopping mall ni. actually aku dah kuar dari main entrance tapi boleh tak aku decided untuk masuk semula. bukan decide lagi, memang aku turn back. punyalah azam kuat nak release stress dan menghabiskan duit. sanggup kau patah balik semata nak jugak membeli something, ya?dan dan tu jugak aku rembat perfume, foot stone dan foundation.

bila berpeleseran sorang sorang camni mulalah tanduk nak keluar. syaitan gatal mula la goda aku. 'kalau ada teman best gak ni. boleh ngumpat2. boleh mengutuk sesama sendiri. kalau S ada best gak ni' tu dia setan dah datang. aku hampir2 nak mesej S tanya dia dah balik keje ke belum. seb baik love cupid datang, dushuuun dushuunn dush dia tempeleng aku. bagi waras sket. hehehe. jangan, S tu lelaki. dan aku perempuan. boleh mengundang cemburu kt ati my prince. tak baik tau betray bakal suami. hikhikhik [asal aku rasa nyampah ni??]

S ni memang. kawan baru aku. keje kastam kat airport. aku kenal sebab amik kelas MOC sama2. dia student PLK. tiap2 hari isnin aku mgadap muka dia ni. dengar dia mumbling. tengok dia act awkward. pastu saling kutuk mengutuk. pastu buli aku. kutuk 'ketinggian' aku. kutuk wedges aku yang 5 inch tu. berlawak bodoh tentang kebantutan aku. sabaar jelah dia ni.

minggu lepas;

aku: beb, cantik tak cincin aku? [sambey tayang2 cincin di jari]
dia: kau dah bertunang ke shaida? ari tu cakap takde boifren.
aku: ceh, ingat aku tak laku sangat ke?[masa ni aku tengah buka fb dpn dia]
eh, cantik tak budak ni? kau nak kenal dgn dia tak? aku boleh rekemen.
[sambil promote kwan aku yg kebetulan single]
dia: taknak lah aku. aku nak kenal dengan kau.
aku: bukan kita dah kenal ke? siyes beb. mana lagi cantik, aku atau dia?
[saja nak uji taste laki ni]
dia: erm..[buat2 pikir - meluat aku!] tak tau lah. aku tak minat dia.
aku: ala memilih! habis tu ko btl2 not interested la ni?
dia: aku minat kat kau
aku: ??????? malas nak layan kau. aku dah ada boifren.
terus aku end conversation. concentrate isi borang SPA8. dia bosan agaknya, terus ke surau utk solat magrib.

masa balik;

dia: shaida, kau tolong aku boleh?
aku: pe dia..
dia: tolong aku wat asement, article review aku tak submit lagi. yang ASEAN tu.
aku: ceh. malas aku. banyak cantik muka kau.
dia: ala, tolong lah. aku tak de masa la.keje banyak kt ofis. aku breakfast
pukul 1 petang tau tiap2 hari [dah start tunjuk muka seposen]
aku: .....[sambey pk2. kesian pulak kt mamat ni.] erm, bolehla. [pasrah.]
dia: yeay. thanks shaida. nanti aku bayar mas kawin lebih kat ko nati.
aku: ?????????? neraka apakah??


kt parking keta;

dia: shaida, nati aku potostet note kt kau.
aku: oke. aku nak chapter 6 sampai 10. ala. aku tanak la suruh kau. sebab kau
tanak amik duit. tu aku malas tu. seganla aku. bukannya sikit, 5chapter tuu.
dia: alah..takpelah. kau tak keje lagi. kau kan budak praktikal.
aku: ceh, aku bukan budak lah. apa kata ko guna je potostet machine kt ofis kau
tu. jimat sket weh.
dia: hisy. mana boleh, anak2 buah aku aku marah takkan aku sendiri nak buat camtu
plak. tak baik tau salah guna reta kerajaan.
aku: blah la. skema la kau ni.
dia: takpe shaida aku potostet kat kedai je. no need to pay. aku potong duit
hantaran je nanti [gelak2 setan]
aku: ............[cis cis dan cis. kene lagi!] what a cheapest joke!

dia ni memang nak kene dengan aku. suka buat lawak tak kelakar camni. tapi dont worry my prince, aku tak minat 'mamak-look'. i minat u sorang. agagaagagaaga.
i lap u, laling.

Tuesday, February 15, 2011

red warrior: gomo kelate gomo!

Posted by nurul shaida at 7:33 AM 0 comments
ini adalah entri kepam.

ari tu aku berpeluang (read: BERPELUANG) menonton perlawanan bola sepak piala Sumbangsih (abaikan kalau aku salah eja) antara KELANTAN mlm SELANGOR.  memang teruja sangat sebab even aku ni bukanlah kaki bola tegar tapi aku memang dah lama mengidam nak tengok perlawanan bola secara live.  dulu masa kecik2 bapak aku selalu bawak tengok bola kat padang bola depan dewan Gong Kemuntong kt daerah aku tapi sekarang bapak aku pun tak pergi. memang tak de sapa nak ajak kan.

bila dapat je pelawaan (nak2 lagi dari insan tersayang) cepattt je aku on. lebih lebih lagi yang main tu adalah kelantan.  aku dah lama nak rasa pengalaman 'menarik' ni. manalah tahu, dapat tengok acara baling2 kerusi baling2 botol air secara live kan..

sebelum match;
the ticket; RM20

melepak di dalam JMQ sblm tunggu stadium bukak

 stadium shah alam: 7.15pm

 okay dah ada sticker kat pipi :)

 penyokong tegar
 penyokong tegar from IKB kelantan
 aktiviti mengecat muka before match.

betullah kata encik pertama, perempuan kalau nak datang tengok bola kene bawak guide. as in bodyguard lah. sebab orang memang bersesak sesak. tolak menolak. himpit menghimpit.  pendek kata, risiko untuk kene raba memang tinggi.  nasib baik aku pergi dengan jejaka2 ganteng dari kampung aku (raub).  mereka sangat protective.  bila aku nak masuk, encik pertama akan buat satu gap/space supaya aku tak langgar orang lain dan orang lain tak boleh menlanggar aku. *blushing*

di dalam stadium: semua MERAH.




meriah..
encik, saya dapat tahi lalat encik.


penat. berlemuih dan panas.  memang betul2 pack.  mulanya aku mintak nak duk seat depan, dekat dengan padang.  tapi menurut orang yang berpengalaman ni (eceh!) 'b, kita kene duk seat paling atas.  nanti kalau ada orang baling mercun ke botol air ke..kita tak kene..'

ohhh.......macam tu. jadinya, kami tak jadi duk seat depan. hajat nak tengok goalkeeper terkacak tak kesampaian lah tehehe..
alahaiiiii. im melting..
 oh..cant stand anymore


rasa menyesal pulak tak bawak stok makanan banyak2 tapi spt kata encik pertama, beg pun akan di check untuk mengelakkan penyokong menyeludup masuk botol2 air mineral.  tapi yang aku pelik tu, even dah buat camtu pun, ada jugak aktiviti baling2 botol air malam ni.  mana diorang amik aku taktau la..

tapi takpe.  at least, kelantan menang. first time aku tengok encik pertama terlompat2 kegirangan.  bila tengok dia happy camtu, tanpa disuruh sesiapa, aku turut rasa gembira.  bukan sebab kelantan menang, tapi sebab tengok dia gmbira.

sebab kelantan menang 2-1, maka aku berasa berbaloi menepek sticker ni kat pipi.  susah weh nak tanggal menda alah ni. pakai make up removal pun tak tanggal. betul betul kene sental.
kaki pun melecet. tapi tak pe, asalkan senyum berbunga-bunga..
 

akulah gadis itu Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea