Bismillah.
stop. Tak perlu scroll down ke bawah ke atas cek btl ke tak url yang korang bukak ni. Betul, meme ni blog aku, ni blog akulahgadisitu. Cuma ada sikit perubahan pada pembuka kata. (kan?) harap2 aku akan kekalkan penghijrahan yang baik ini [baca bismillah]
yeah egee, youre rite. Kita [aku & kau] meme tak suka kan pada pembuka kata yang mcm tahhapahapa ‘hai readers’ ataupun ‘bertemu kita, saya harap anda semua sihat’..bla..bla..
hey, get a life lah. Bosan gila kan kalau kita kene greet orang camtu. But well, air melimpah..pantai berubah, namun tidak aku, aku bersumpah. Eh tak pasal2 ternyanyi2 plak. Maksud aku, hidup selalu ada perubahan. Sama ada aku rela atau tidak, sekarang masanya untuk aku belajar manner. Kihihihi. Nampak sangat tak ambik subjek pendidikan mOral and pendidikan sivik kan dolu2?
Ingat tak entry yang pasal e-day yang disaster ari tu? Tak ingat? Baik cepat ingat. Kalau tidak...kalau tidak...aku..aku...aku akan....
.......takde pape yang akan aku lakukan. LOL.
Hey, bukanlah. Bukannya aku nak cerita pasal cerita basi yang lemau tu lagi. Sape nak dengar kan. Ni aku nak cerita kenapa ada pre-wedding shoot tetiba ni. Mengada2 kan siap nak pre-wedding shoot bagai. Ingat tak gambar2 yang berkualiti rendah masa pertunangan ari tu? Ingat tak baju peach yang buat aku kelihatan macam baru lepas kene sedut darah oleh drakula? Yeye..anda semestinya bijak. Disebabkan gmbar yang tidak berapa kene dengan jiwa aku, maka aku telah mengamuk dengan jayanya dekat boifren aku. Maka, terhasillah ini;
Semua gambar2 ni terpaksa di ambil semula kerana aku buntu tak tau nak pilih gambar mana untuk ditepek pada kad kahwen. Nasib baik member boifren aku sanggup luangkan masa melayan kerenah aku mengetik gambar. Kalau tak, mungkin aku takkan buat kad kawen. Semua aku lambakkan kesalahan pada boifren aku. Bila dia kata, “gambar masa tunang ari tu kan banyak, takkan takde satu pun yang boleh wat kad kahwin?”
Dan aku; “dah banyak pun tapi baju tak lawa. Warna tak naik dengan saya. Tulah awak pandang remeh setiap benda, takde baju melayu. Kalau saya suruh wat, awak ckp membazirlah, apa lah, pstu mulalah warna yang ada tak kene dengan saya pot..pet..pot..pet..”
Memanglah, aku sejak lepas jadi tunang dia ni, kuasa untuk membebel macam bertambah banyak je. Dulu sebelum tunang aku takde lah cerewet macam ni sekali. Mana yang terkurang aku abaikan je. Malas nak bising2. Tapi sejak lepas tunang ari tu aku rasa macam benda yang tak kene je aku point pada dia. Tapi pasal baju ni memang salah dia je. Dan magiknya, dia yang sebelum ni suka argue dengan aku, lepas tunang je mcm banyak mengalah and menurut saja. Kalau aku mengamuk pun, dia rilek je. Siap gelak2 lagi. Kalau dulu aku mogok wat perangai je, takde nya nak dilayan. Heran kan. Agak2 kenapa? Perubahan hormone?
Macam photoshoot ari tu. Dia ada Tanya, “kalau kita tak ambik gambar tak boleh ke? Kita cantum je gambar kita yang pakai jeans, bagi kt kedai kad tu...”
Boleh tak aku tak tau lah macam mana aku boleh langsi sebegini, aku jawab, “boleh. kalau tak payah kahwin pun boleh. dah susah sangat kan?” gila tak? Berani betul aku sekarang, ntah dari mana tah datangnya. Memang lah aku ni boleh dikatakan hot temper tapi selalunya dengan boifren aku yang ni aku takde lah selalu hot sebab dia banyak cool and jarang bagi aku marah. Tapi lepas tunang makin meletup2 rasa sifat garang ni.. egee, aku garang. Mung caye dok?
Oh ya. Masa duk pakai2 baju kahwin tu, somebody ask me; “nanti nak pakai tudung mcm mana? Mak you suggest you pakai selendang. I suka u pakai tudung sarung ni..” assistant mak andam aku awal2 lagi bagi soalan yang aku kene piker jawapan. Ye tak ye jugak. Actually aku pun taktau tudung yang macam mana kene dengan aku, kena dengan muka aku yang bulat bertepek ni. Kalau nak kira senang, memanglah aku akan pilih tudung sarung tu je. Tapi...ntahlah. takut Nampak kepala kecik dari badan pulak [eh bukan ke memang kepala lagi kecik dari badan?]
Ok. Aku ada assignment untuk korang. Especially yOU, egee, faiqah and pjah. Sila tolong aku pilih jenis2 tudung yang ada kat bawah ni, yang korang rasa sesuai. Blogger lain yang singgah sini pun boleh bagi idea jugak. Thanks. Nanti i belanja nasi minyak dan air sirap. Hah, i add lagi extra, bunga telur, hokey?
Tudung pertama; tudung botol.
Tudung kedua; tudung saji.
Tudung ketiga; tudung periuk
SO..korang rasa2 yang mana agak senOnoh sket dengan kebulatan muka aku ni?
Taip AFUNDI sekarang.
6 comments:
tudung saji tu nampak sweet j ble awk pkai...so sy afundi for tudung saji(^_^)
ecece, dh pakai theme baby lovey dovey dgn botol susu, itik and diapers's pin lagi.. amek mood nmpak.. hehe.. ok, ni aku on9 guna brdbnd digi yg sadis giler.. strmyx wt hal dh smgu.. ok, pasal tudung, kalau aku la.. masa nikah nak pkai shwl kosong yg di tmbh bunga lace kat dahi... sbb nnt suami nk cium dahi, xleh. haha (oh yeah, aku mmg gatai. hehe) tp msa sandung pakai tdung yg ada awning pun ctk.. tp tpulang kat kau la.. tp ms nkh, better ko pkai shawl or tdung yg xde awning kt atas dahi. nnt mggngu ms suami nk ks dahi, nnt gmbor nkh mg xctk. haha!
nk tmbh 1 lg komen bole??? hehe.. ok, klu mg nk usha tudung nkh ctk2, tgk dlm koleksi vispera.. sgt ctk tp harga kebabom la.. tp bg lecturer cm mg, mcm guna duit seringgit wat lap tgn pstu cmpk dlm tong smpah je la... hehe.. ok, klu nk save bajet n i know u cn do it, ko beli tdung or shwl kosong, n amek baki kain lace yg mg nk tmph as bju nkh, gunting bunga dia n lekat kt bhgian kpla or dahi.. (kjap ko, kjp kau, kjp mg- abaikan je hehe)
leen!
tudung botol n tudung periuk sesuai..
tp tudung botol lg cun kot!
AFUNDI tudung botol..hehe
xpun selendang tp xmola yg macam tudung saji tu..kang tertutup mata..ahahaha
haha..sorry lin..baru bace... aku vote tudung botol or tudung periuk.. tudung saji tu po serabut jah utk majlis kawen.. kekgi xnapok mato, xnapok hidangan kawen.. haha
Post a Comment