Monday, January 7, 2013

Istanbul Aku Datang

Posted by nurul shaida at 1:18 AM 0 comments

salam.  aku  nekad. aku nekad dan berazam untuk tidak menjadikan blog aku tempat untuk preview filem, tempat belajar memasak, hatta tourist directory.  biarlah blog ini kekal dengan tidak mempunyai visi dan misi, dan tidak mempunyai jati diri. biarlah. biarlah ikut suka aku. meniru orang itu cliché kau tau? ( dan perasaan utk tidak meniru sesiapa juga adelah sangat cliché, hoi!)

tapi cerita di atas, cerita Istanbul aku datang (yang selepas ini ditulis sebagai IAD) bagai menarik-narik minat dan mood aku untuk mengupdate blog dan secara tidak lansung, aku menjadi seperti blogger2 lain yang menjadikan filem review sebagai modal mengupdate blog. bravo..bravo.. sy tabik betul pada anda yg sgt suka memberi ulasan. mesti buat research aritu anda semua score part article review kan?

okay. berbalik pada iad. kenapa aku begitu jatuh cinta pada filem bergenre komedi romantic ini? walaupun zaman dulu2 aku juga pernah meminati newboyz (jangan buat muka! aku tahu korang jugak suka tgok his babyface kan! maluew ler teww nk mgakuu) tp kehadiran tomok dalam cerita ini adelah sama spt kehadiran subtitle dlm filem melayu. sangat tidak membantu. maksudnya, tak ade pun tak ape. kan dah guna bahasa melayu, buat ape nk guna subtitle melayu kan..

yang penting sekali, masyaAllah! Istanbul is great!! aku macam rase rugi kalau kerdipkan mata mase tengok cerita nih.(hiperbolanya). tapi serius..aku macam jatuh cinta kali pertama dengan scenery, the buildings, the arts and the weather of course! hailah. bestnya kalau dapat pergiii..

okay,  Istanbul adelah sebab utama aku rekemenkan cerita ini pada officemate and my siblings. I sanggup beli astro first dua kali untuk cerita ni uols. jangan tak tau.sangat hover. pastu bil astro melambung. pastu tak puas hati, mintak lg dgn colleague yang ade citer ni, nk save dalam pendrive. buang tebiat ape ntah. slalunya stok2 filem melayu aku terus delete lepas tengok. bukan mcm cerita korea, nehi never lah nk delete kan. sanggup ni beli hardisk semata2 nk simpan semua buat koleksi. nak2 lagi reality tv show diorang..oh, I love my lappy because my kachak heroes in it. hahaha.

kembali ke alam nyata. maaf, pengulasan saya tersasar dari landasan sekejap.  jadi, Istanbul itself boleh dikatakan sebab utama aku menggilai cerita ini. maka, alasan-alasan lain adelah seperti berikut:

1)      Lisa Surihani – yah, aku minat tengok dia berlakon. even tak mcm fasha sandha, tapi cute ape lakonannya. she have a cute behaviors, believe me!
2)      dia (lisa surihani – yg juga heroin cerita ini) memegang watak sebagai Dian. dan Dian adelah nama kegemaran aku sejak dulu, kini dan selamanya. boleh dikatakan sejak bujang, berkahwin, dan smpai sekarang aku nekad menamakan anak2 aku spt Dian Sofea, Dian Sumaiyah, Dian X, Dian Y, bla..bla…bla..
3)      I love colour block. dalam cite ni si Dian selalu memakai kaler yang sangat blocking, contoh, seluar biru stoking tinggi oren, tas tangan oren, jaket ijau. so sweet okay. its remind me to my sista, ain yang suka color blocking, suka menaikkan darah mak aku bila tengok dia pakai skinny kaler merah dengan kasut biru, dan bercardigan polkadote peach.
4)      aku suka Beto Khusairy. dan start dari cerita ini, aku terus meletakkan Beto sebagai hero pujaan.. tolak tepi sume Fahrin Ahmad, Aron ajis, adi putra..etc. beto plays a good character sbgai housemate Dian, yang pada mulanya tak tahu pun dian check in menceroboh rumahnya. dingin, sarcastic, yet caring. here he is.
5)      dan of course, aku cerita jalan ceritanya. even my officemate ckp crita ni quite lembab dan membosankan, tapi tak pe, ianya seakan in dgn aku. kene dengan jiwa. bila anjing dengan kucing (Dian & Beto – aku lupa nama watak beto dlm cite ni) yang selalu bertekak bergaduh bertumbuk kt umah ni tetiba jadi close, dan si hero ni mcm boleh jadi comfort pillow pada si dian yang tengah frust dgn azad (tomok), I loveeeeeed the way he show his kindness.  walaupun nmpak macam bangang, tapi sebenarnya betul, tepat dan relevan untuk dilakukan ke atas wanita-wanita yang sedang putus cinta/ bersedih. ianya tiba-tiba mengingatkan aku pada:                                      
a)                           mr.A – mase aku year six, aku Cuma dpt 4A saja dalam UPSR. tiba2 rasa cengeng, padahal aku dh expect dh aku takkan dpt straight A. tiba2 menangis, dan dia, mr.A, si kacang hantu, kacang tanah, kacang busuk buruk nih, yang selama ini aku TERAMAT bencii meluat menyampah sebab suka membuli aku (hingga aku pernah doakan supaya dia mati cpt) datang, berdiri disisi aku lalu berkata, “rileks lah. jangan nangis. okaylah tu dapat 4..aku dapat 1 je. tak nangis punn…” sambil si budak cengeng ini sok sek sok sek sedut hingus dan air mata..dan dia menyambung, “comel lah mung nangis. tahi lalat mung bergerak2..hidung merah..” dan aku, makin kuat lah melalak.  tapi the best part is, “suka lah tu orang puji dia comel mase nangis, sebab tu xbehenti2  nangis..” mcm haram. keji tak? tapi bila di ingat2 lagi, owh. this is the way he express his concern.
b)                          mr.B – mase form 5. nk kata bercinta tu macam tak lah. sbb masing2 xpenah ckp pape. cukup skdar aku dilayan lebih drpd orang lain, dan aku pun mempunyai perasaan yang berbeza terhadap dia berbanding classmates lelaki yang lain. mase tu, aku tengah nangis jugak, (cengeng amat budak nih! keje kau asyik nangis jeke??) then dia ckp, “eh, dahla menangis, malulah. semua orang tengok…dah dah..dah.. jom, kita pergi koop nak? saya belanja air. awak nak air kotak soya? milo??’ then aku mse tu memaki hamun di dalam hati sebab dia sungguh tak memahami perasaan aku ini sbb aku anggap offer sekotak soya itu adelah gurauan biawak dia. lalu dia sambung lagi. “tapi..comel lah kalau awk nangis..” and aku, masih lagi menangis and u guess what? ye, lelaki agaknya sume mulut longkang kot time ppuan menangis. dia boleh sound aku, “suka lah orang puji dia comel..sebab tu masih menangis..’ otomatik aku berhenti menangis dan tahan air mata. lahabau punya budak kann.. kira sejarah berulang lah ni.
6) Dan, aku suka watak Dian yang sangat transparent dalam cerita ini. dia suka utk express her feelings toward his fiancé to be, azad.. tapi kadang2 terlalu jujur ni tak elok jugak.  and poor dian, sad ending untuk her r/ship with azad. but,, jeng..jeng..jeng..
“MELEPASKAN BUKAN BERERTI BERAKHIR SEGALANYA, SEBALIKNYA IANYA ADALAH PERMULAAN BAGI YANG BARU”. That’s it!

7) ending? tak surprise pulak aku cerita kan. cuba korang layan sendiri. tapi aku tak jamin la tahap kebestannya melalui persepsi orang lain. tp menurut piawaian aku, citer ni Heebak!!


Sunday, December 30, 2012

paper fan project

Posted by nurul shaida at 8:55 PM 1 comments
cak!

assalamualaikum.

aku ingtkan thun dpn baru nk buat entri, tp tup2 ade entri penutup utk 2012. unsangkarable sungguh.  lately, byk bebenor unexpected event berlaku dalam 2 3 hari ni. well, actually entri ini khas utk egee, yg td duk pm kt fb tye how to make paper fan.

paper fan?

paper?

and then, fan?
...ye betul tuan puan, kipas kertas, ala, kipas kertas yg kita duk buat mse zaman tadika dulu tu. sape tahu skrg mende alah tu dh jadi bahan komersial dan dijual area rm2 - rm6. dasat..dasat.

takleh nk recall lagi? lihat gambarajah dibawah;








aku guna paper fan sbg backdrop utk photobooth.  ade jugak orang guna utk hiasan pelamin spt:

awesome gila kan. so far, aku tak penah lg buat pelamin guna material paper fan, mini pelamin pun belum.. kalau ada yg request, aku akan buat.

maka, cara-caranya adelah:
1) ambik sehelai kertas, size mengikut nafsu masing-masing; then dilipat2 sama besar.
2) lipat dua, dan buat lg satu set.
3) tie them together.
4) hias dgn dolly paper.  kalau nk hias dgn paper fan size kecik n berlainan kaler pun okay jugak. ikut nafsu masing2 ye

weh, ape tu dolly paper?

dulu aku jakun jugak, tp rupanya adelah begini;
senang je nk dpt kan dolly paper ni, kt tenet n fb rmai yg jual. aku pun ade jual, egee =)

mase birthday celebration aku hr tu
okaih, oleh kerana aku update smbil lunch, maka entri kali ini sekadar cukup cukup makan saje. peace yo.


Thursday, September 20, 2012

Posted by nurul shaida at 10:00 PM 0 comments

Tak kira..nak cakap rindu jugakkk


RINDU NO.1: Rindu zaman hingusan
Sape yang tak penah main masak2 angkat tangan! Rindu weh zaman2 hijau cenggini. No probs..no worries..no heart feeling..no..no..no.. yang tahu hanya YES YES YES even emak sampai keluar anak tekak duk panggil masuk rumah hari dah nak senja tapi aku masih lagi ‘komited’ menjalankan tugas sebagai ‘ibu’ yang terpaksa mencari sesuap nasi utk ‘anak2’ (anak2 patung).  Gila girlish aku dulu kan. Umo 4tahun dah aktif main masak2.. tapi yang paling best adelah time cuti skolah. Bila cuti skolah, mak akan bawak aku balik Pahang, so aku boleh main masak2 beregu dgn my kakak. Mase tak cuti tak best sebab kene main sorang2..adik laki aku mane layan main cook-cook nih.  Mcm2 resepi lah yang tercipta bila dah berdua ni kan. Akal pun  mcm panjang je. Langkah pun panjang. Idea pun panjang. Siap main api lagi..konon2 nak bagi masak macam real. Ambik tanah, campur air sket, letak atas penutup tin, kemudian letak atas api yang kitorang hidupkan tadi. Seronok gila kalau ‘acuan’ tu mengeluarkan bunyi berdesir.. rasa mcm btl2 tengah masak something. Sengal kan? Sampai my mom penah sound; “malam ni tak payah masak lah.. kita makan je ape yang budak dua orang tu masak..” mak...mak.. tajam betul sindiranmu.

Masa kecik, takde orang kisah pun kau nak pakai ape. Pakai slipar jepun berlainan size or kaler pun.., rilek aje. Tak perlu menggelabah sapu sunscreen kalau nk kuar main masak2 tengah panas.  Pakai skirt paras lutut pun selamba badak je kayuh basikal pegi mengaji.. tak penah pun fikir ‘baju ni sesuai tak dengan skirt ni?’...atau pun ‘...riben sebelah kiri kt rambut ni mak guna kaler pink, sebelah lagi kaler kelabu..tak pe ke eh?’ sekarang? Pakai kerongsang yang hilang sebutir diamond pun rasa mcm tak de mood nak pegi keje =D ish..ish..ish.

RINDU NO.2: Rindu SKPN!
Sumpah meruntun kalbu bila ingat balik kisah kat sekolah rendah. Semua best. Takdenya yang tak best (kecuali adengan azmi yang selalu berlagak gangster dengan aku)..mase kt sinilah belajar tentang semua perkara. Semua perasaan pun mula tumbuh sewaktu di sini. Rindunya..nak sarung baju sekolah balik. Bawak beg besar gabak sumbat dalam raga beskal..kayuh ramai2 dengan member2..hbis kelas pagi..sementara tunggu kelas tambahan belah petang, kayuh  beskal ramai2 pegi melepak makan nasi air dlu. Kalau kelas malam, melantak burger ramai2. Huishh..rindunya dengan suasana kelas tambahan malam! Even semua mata Nampak macam high teringat tv kt rumah, tapi buat homework yg cikgu bagi tetap bersemangat! Rindu nak kene cubit oleh cikgu Yuhaini  kalau ejaan salah. Rindu nak kene denda oleh cikgu Zuhairi if tak ingat sifir..rindu nak dengar lawak sir omar..rindu nak belajar sains dengan cikgu sufian..rindu nak dengar suara PK1 yang garang pagi2 selalu membingit kat mikrofon.. rindu dengan soalan exam OTI yang tiap2 minggu datang ‘melawat’ sampai rasa macam otak betul2 digunakan 150%.

..to be continue rindu no.3 – 10.

Monday, September 17, 2012

update raya

Posted by nurul shaida at 11:01 PM 0 comments
raya day one
diari raya aku tersangatlah plain.. sama je tiap2 tahun memandangkan aku mmg tak penah beraya kt mane2 kecuali kt Pahang tanah Mat Kilau ni. insyaAllah if takde ape2 aral yang melintang, tahun depan mak aku dh sound awal2 nak kitorang semua beraya kt Terengganu pulak. mungkin, draf raya aku berubah polanya sebab dh bertukar angin kan.. dapat lah aku tawaf semua rumah xclassmates mase kt TMS dulu. pheww. rindunya.

beraya sebagai seorang isteri?  well, nothing much yg berubah. sama saja bagi aku. cuma bezanya malam raya, bertambah lagi lah bilangan baju melayu yang KENA aku iron kan. aku kan tiap2 tahun ambik tender gosok baju raya seisi rumahh.. nasib rumah mak mertua pun sekankang kera saja dari rumah kediaman aku.. so tak merasalah drama berebut nak balik umah mak sape dulu..  yes, ade lah sedikit perbezaannya.. selalunya, zaman2 single dlu after solat sunat hari raya kitorang terus gerak pergi kubur. tapi tahun ni, sebelum ke masjid, aku dan encik suami singgah beraya dan bermaafan di rumah mak dia dlu, then pegi semayang raya, after that, balik menyinggah di rumah mak mertua sekali lagi untuk mengisi perut (bertuah punya menantu) dan kemudiannya..baru lah pergi ke kubur menziarah arwah nenek dan pakciks.

selepas itu barulah melepakraya di rumah the one and only makcik yg aku ade kt raub ni, iaitu kakak tiri mak aku. nama je makcik tiri tp takrasa cm tiri pun.. sepupus tiris pun tak rasa cm tiris sangat. very the close uolls.

belah petang, suami heret aku melawat makciks nenekciks dia yg sekampung dgn kitorang. layan kan aje. seronok jugak..zaman bujang dlu kt umah makcik aku tulah aku duk hadap siang malam pagi petang sambil layan sembang dgn sepupus yg semuanya dah beranak pinak. tahun ni ade lah sikit hiburan lain yg hendak aku lakukan selain gosipping dan dengar my sepupus bercerita tentang anak2 msing2..

layankan saja gambar. tata.
 melenggang kankung bwak payung bagai. ai alergik sunrise uols.
 abang ipar

see? cmne lah bini dia tak over, laki sendiri pun berpayung bagai. hover hau hu hi habang.
sambung nanti. aku nk gerak g butik jap. akan update nt.

Friday, September 7, 2012

umo saya 26!

Posted by nurul shaida at 5:09 PM 2 comments

hola.. segannya aku nk update cte nih. tapi kene update jugak sbb maybe dis is the last birthday celebration utk makcik tua bangka ni. malu lah, dh tua2 cm ni pun ada birthday celebration bagai. makcik blushing uols!
ari tu masa raya ke 2 kalau tak silap, encik suami ade ckp sumthing tp aku mcm tak ambik port sgt sbb time tu sibuk touch up nk pegi beraya belah suami.. dia ckp, "tengoklah yang..raya ke 4 ke bila sume dh berkumpul (my siblings) abg belikan bucket KFC ke.. Marrybrown ke buat mkan2 sket." well, aku abaikan je. aku ingatkan dia sesaje sesuka nk beli fastfood sbgai juadah raya sbb dh muak mengadap rendang lemang sume. so aku ignore jelah. mane nk tau rupanya birthday celebration aku..mcm tak expect lah kan sbb birthday aku dh lepas dah..penghujung puasa, 16 ogos.. selang 4 hari nk sambut raya.  siap ada kek sume. patutlah mse aku celebrate birthday encik ni awal tahun aritu dia mcm serba tak kene..rupanya aku dh paham ape perasaannya bila ada org buat surprise party di usia2 senja begini. ahaks!

last suprise birthday celebration pun seingat aku mase aku form two.. dibuat khas oleh exbf aku (wah aku, form two dh ade bf siap bf buat surprise party bagai!) Egee, aku tak tau kau tau ke tak cte ni.. tapi fatin hanim and sharinnie ingat kot.. bila idham buat surprise kt Taman Lanun.. ala.. taman sebelah kelas aku tu, Form 2 Bestari.. siap ada geng nama Lanun Seyoya2 pahtu sesuka je bg mandat kt diri sendiri bg nama kt taman tu Taman Lanun. Faiqah, do u rememba Taman Lanun? ingat kan? so suwit.  tu je lah last rasanya..pastu takde dah.  masa kt uni dlu pun, aku takde stok kawan2 yg bila time birthday member je, pedajal dgn tepung, telur and air rendaman stokin. cukup tak berkenan aku! mujur member2 aku jenis bertamadun sket..celebrate birthday kt restoran.. kt pantai..romantik kan? huehuehue. 











anyway..thanks ye hubby coz sponsor all the foods utk majlis nih =)




update cerita raya secara gambar bersiri pasni. aku malas nk taip. =p

Monday, September 3, 2012

ji_wang.

Posted by nurul shaida at 8:49 PM 0 comments
Aku lihat dia disana
Aku ingin mendekatinya
Aku cuba menghampirinya
Lalu aku menyapa dia

Dia pun membuka bicara
Dan aku mulai mengenalnya
Kita mulai bermain mata
Mula timbul rasa bahagia

Bila dia, mendekati diriku
Hatiku rasa sesuatu
Bila dia, senyum pada diriku
Hatiku rasa tak menentu

Kekadang hati ku bertanya
Adakah dia dah berpunya
Kerana diriku berasa
Aku jatuh hati padanya

Aku ingin memilikinya
Aku ingin menjaga dia
Aku ingin mencinta dia
Aku ingin hidup dengannya

Bila dia, mendekati diriku
Hatiku rasa sesuatu
Bila dia, senyum pada diriku
Hatiku rasa tak menentu

Mungkinkah aku, kan berjumpa dengannya
Untuk meluahkan rasa
Mungkinkah aku, kan berdiam diri saja
Menunggu cinta darinya

Ku terima satu nota darimu
Yang tertulis ‘Aku suka kamu’

Bila dia, mendekati diriku
Hatiku rasa sesuatu
Bila dia, senyum pada diriku
Hatiku rasa tak menentu

Akhirnya kini ku kan mampu ceria
Diriku sangat gembira
Akhirnya kini, aku mulai bahagia
Menerima cinta darinya

Aku suka dia

Friday, July 13, 2012

hot men, hot dishes, hot look, hot temper.

Posted by nurul shaida at 12:28 AM 0 comments
aku baru saja TERbaca satu fakta bila lelaki memasak dekat melayukini.net. senyum sorang2 dibuatnya sambil relate kan dengan orang lelaki yang dekat rumah tuuu. jom aku share!

9 Fakta Bila Lelaki Memasak (Lawak!) | Memang kebanyakkan chef-chef terkenal di Malaysia mahupun di dunia terdiri dari kaum lelaki. Tetapi hakikatnya, umumnya kebanyakkan lelaki jarang sekali memasak, kalau ada pun tentunya masakan tersebut lain rasanya. Jom baca Fakta yang terjadi apabila kaum bapa yang memasak di dapur:

1) Menurut kajian, 99.9% lelaki di Malaysia amat pandai masak kari. Tapi megi kari saja la. ni aku tak setuju, sebab abah aku pandai buat ikan singgang, goreng ikan.. bakar ikan..buat rempah ikan bakar bla bla bla. encik suami lagi terer masak dari aku, sup ayam dia paling terangkat (diakui oleh mak mertua dia a.k.a mak aku), terer buat pencicah ikan bakar, terer buat tomyam, terer goreng bendi dgn ikan bilis, terer buat makanan2 superb tapi aku hairan, feveret dia, sambal tempe goreng tak pulak dia reti dia buat.. asyik aku je yg kena kerah.

2) Lelaki kadang-kadang memang suka memasak. Tapi masalah utama ialah mereka amat malas nak basuh periuk belanga serta pinggan mangkuk.   yang ni pun tak berapa 100% setuju. abah kalau memasak kt dapur mmg tak suka basuh ape yang dia guna. dia mcm set mind, "aku dh masak, turn korang lah basuh segala bagai ni,xkuasa abah" tapi encik asben selalu membasuh pinggan mangkuk yang dibiarkan oleh sang isteri di dalam sinki.

3) Apabila lelaki memasak umpama sedang bertukang umah, bukan main bising lagi.  yang ni pun tak berapa agree sangat sebab yang memasak macam sedang bertukang tu, aku.  abah dan encik asben (yang dua2 cool) memasak bukan main teliti lagi berhemah. silent and peaceful saje. macamkan si bini bru siap solat magrib pukul 8mlm, kuar bilik and "eh, syg dh siap masak? cepatnya.. tak sempat nak tolong..."  ngeee.


4) Adalah kebiasaan lelaki memasak tanpa memakai baju. Yang lebih seksi hanya memakai tuala. WELL, sgt setuju. lelaki2 kesayangan aku (abah, asben and adik) kalau memasak tu bukan reti nk pakai apron ke ape. bju pun kdg2 tak pakai. abah kalau memasak, kdg2 pakai short je.. same goes to my adik lelaki. time kerahan tenaga pd dia kdg dgn boxer tu lah dia pegi masak. asben pulak, after magrib prayer, bukak baju then keletang keletung dgn pakai kain pelikat saja. so sexyy weyyy. aum.
5) Menu utama masakan lelaki adalah telur goreng, sardin, telur goreng dan juga sardin. Tak ketinggalan jugak kicap masin. Yang rajin sikit masak megi dengan telur.  tak jugak. refer no. 1.

6) Jika seorang lelaki yang rajin memasak, anda akan dapati gas masakan akan cepat habis, kerana lelaki memasak selalunya guna api yg kuat. Cepat sikit masak. Kalau tak percaya, cuba tengok kat kedai mamak. Apinya bukan main lagi besar.  tak jugak. tp kadang2 ye. sebab my asben kalau goreng ayam/ikan, after panas kan minyak tu dia mane reti nk slow kan api time nk cmpak ikan/ayam ke dalam kuali. mane tak merecik minyak panas tu. pastu mulalah duk 14 batu nautika from kuali takut kene minyak panas.. manja! aku dh immune kene minyak panas ni sume..
7) Keadaan dapur rumah orang lelaki yang bersepah sepah adalah satu pemandangan biasa yang mempunyai nilai artistiknya yang tersendiri. Kalau ada lumut dan lipas itu tandanya mesra alam.  yang ni tak tau lah kot sebab encik asben duduk dgn parent since lahir hingga lah berkahwen. abah aku tak tau.

8 ) Biasanya lelaki tidak akan merungut sekiranya masakan itu dimasak oleh seorang lelaki. Yang penting, asalkan kenyang. Tapi kalau perempuan yang masak, komplen dia banyak sikit. takdelahhh. abah n my asben and my adik NEVER kutuk kutuk aku masak even tak sedap or tak semenggah. diorang akan cakap. "okay lah ni.. boleh makannnn" tapi my adik lelaki mmg best. tak penah bersungut dgn masakan aku. satu perkataan pun tak penah dia ckp. adekah kerana  dia buruk lantak or dia mmg takde perasaan?

9) Kalau lelaki membeli pelbagai lauk dan memasak dengan bersungguh-sungguh, serta dalam kuantiti yang banyak, itu maknanya dia nak bagi kat makwe. setujuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu.
 

akulah gadis itu Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea