Sunday, December 30, 2012

paper fan project

Posted by nurul shaida at 8:55 PM 1 comments
cak!

assalamualaikum.

aku ingtkan thun dpn baru nk buat entri, tp tup2 ade entri penutup utk 2012. unsangkarable sungguh.  lately, byk bebenor unexpected event berlaku dalam 2 3 hari ni. well, actually entri ini khas utk egee, yg td duk pm kt fb tye how to make paper fan.

paper fan?

paper?

and then, fan?
...ye betul tuan puan, kipas kertas, ala, kipas kertas yg kita duk buat mse zaman tadika dulu tu. sape tahu skrg mende alah tu dh jadi bahan komersial dan dijual area rm2 - rm6. dasat..dasat.

takleh nk recall lagi? lihat gambarajah dibawah;








aku guna paper fan sbg backdrop utk photobooth.  ade jugak orang guna utk hiasan pelamin spt:

awesome gila kan. so far, aku tak penah lg buat pelamin guna material paper fan, mini pelamin pun belum.. kalau ada yg request, aku akan buat.

maka, cara-caranya adelah:
1) ambik sehelai kertas, size mengikut nafsu masing-masing; then dilipat2 sama besar.
2) lipat dua, dan buat lg satu set.
3) tie them together.
4) hias dgn dolly paper.  kalau nk hias dgn paper fan size kecik n berlainan kaler pun okay jugak. ikut nafsu masing2 ye

weh, ape tu dolly paper?

dulu aku jakun jugak, tp rupanya adelah begini;
senang je nk dpt kan dolly paper ni, kt tenet n fb rmai yg jual. aku pun ade jual, egee =)

mase birthday celebration aku hr tu
okaih, oleh kerana aku update smbil lunch, maka entri kali ini sekadar cukup cukup makan saje. peace yo.


Thursday, September 20, 2012

Posted by nurul shaida at 10:00 PM 0 comments

Tak kira..nak cakap rindu jugakkk


RINDU NO.1: Rindu zaman hingusan
Sape yang tak penah main masak2 angkat tangan! Rindu weh zaman2 hijau cenggini. No probs..no worries..no heart feeling..no..no..no.. yang tahu hanya YES YES YES even emak sampai keluar anak tekak duk panggil masuk rumah hari dah nak senja tapi aku masih lagi ‘komited’ menjalankan tugas sebagai ‘ibu’ yang terpaksa mencari sesuap nasi utk ‘anak2’ (anak2 patung).  Gila girlish aku dulu kan. Umo 4tahun dah aktif main masak2.. tapi yang paling best adelah time cuti skolah. Bila cuti skolah, mak akan bawak aku balik Pahang, so aku boleh main masak2 beregu dgn my kakak. Mase tak cuti tak best sebab kene main sorang2..adik laki aku mane layan main cook-cook nih.  Mcm2 resepi lah yang tercipta bila dah berdua ni kan. Akal pun  mcm panjang je. Langkah pun panjang. Idea pun panjang. Siap main api lagi..konon2 nak bagi masak macam real. Ambik tanah, campur air sket, letak atas penutup tin, kemudian letak atas api yang kitorang hidupkan tadi. Seronok gila kalau ‘acuan’ tu mengeluarkan bunyi berdesir.. rasa mcm btl2 tengah masak something. Sengal kan? Sampai my mom penah sound; “malam ni tak payah masak lah.. kita makan je ape yang budak dua orang tu masak..” mak...mak.. tajam betul sindiranmu.

Masa kecik, takde orang kisah pun kau nak pakai ape. Pakai slipar jepun berlainan size or kaler pun.., rilek aje. Tak perlu menggelabah sapu sunscreen kalau nk kuar main masak2 tengah panas.  Pakai skirt paras lutut pun selamba badak je kayuh basikal pegi mengaji.. tak penah pun fikir ‘baju ni sesuai tak dengan skirt ni?’...atau pun ‘...riben sebelah kiri kt rambut ni mak guna kaler pink, sebelah lagi kaler kelabu..tak pe ke eh?’ sekarang? Pakai kerongsang yang hilang sebutir diamond pun rasa mcm tak de mood nak pegi keje =D ish..ish..ish.

RINDU NO.2: Rindu SKPN!
Sumpah meruntun kalbu bila ingat balik kisah kat sekolah rendah. Semua best. Takdenya yang tak best (kecuali adengan azmi yang selalu berlagak gangster dengan aku)..mase kt sinilah belajar tentang semua perkara. Semua perasaan pun mula tumbuh sewaktu di sini. Rindunya..nak sarung baju sekolah balik. Bawak beg besar gabak sumbat dalam raga beskal..kayuh ramai2 dengan member2..hbis kelas pagi..sementara tunggu kelas tambahan belah petang, kayuh  beskal ramai2 pegi melepak makan nasi air dlu. Kalau kelas malam, melantak burger ramai2. Huishh..rindunya dengan suasana kelas tambahan malam! Even semua mata Nampak macam high teringat tv kt rumah, tapi buat homework yg cikgu bagi tetap bersemangat! Rindu nak kene cubit oleh cikgu Yuhaini  kalau ejaan salah. Rindu nak kene denda oleh cikgu Zuhairi if tak ingat sifir..rindu nak dengar lawak sir omar..rindu nak belajar sains dengan cikgu sufian..rindu nak dengar suara PK1 yang garang pagi2 selalu membingit kat mikrofon.. rindu dengan soalan exam OTI yang tiap2 minggu datang ‘melawat’ sampai rasa macam otak betul2 digunakan 150%.

..to be continue rindu no.3 – 10.

Monday, September 17, 2012

update raya

Posted by nurul shaida at 11:01 PM 0 comments
raya day one
diari raya aku tersangatlah plain.. sama je tiap2 tahun memandangkan aku mmg tak penah beraya kt mane2 kecuali kt Pahang tanah Mat Kilau ni. insyaAllah if takde ape2 aral yang melintang, tahun depan mak aku dh sound awal2 nak kitorang semua beraya kt Terengganu pulak. mungkin, draf raya aku berubah polanya sebab dh bertukar angin kan.. dapat lah aku tawaf semua rumah xclassmates mase kt TMS dulu. pheww. rindunya.

beraya sebagai seorang isteri?  well, nothing much yg berubah. sama saja bagi aku. cuma bezanya malam raya, bertambah lagi lah bilangan baju melayu yang KENA aku iron kan. aku kan tiap2 tahun ambik tender gosok baju raya seisi rumahh.. nasib rumah mak mertua pun sekankang kera saja dari rumah kediaman aku.. so tak merasalah drama berebut nak balik umah mak sape dulu..  yes, ade lah sedikit perbezaannya.. selalunya, zaman2 single dlu after solat sunat hari raya kitorang terus gerak pergi kubur. tapi tahun ni, sebelum ke masjid, aku dan encik suami singgah beraya dan bermaafan di rumah mak dia dlu, then pegi semayang raya, after that, balik menyinggah di rumah mak mertua sekali lagi untuk mengisi perut (bertuah punya menantu) dan kemudiannya..baru lah pergi ke kubur menziarah arwah nenek dan pakciks.

selepas itu barulah melepakraya di rumah the one and only makcik yg aku ade kt raub ni, iaitu kakak tiri mak aku. nama je makcik tiri tp takrasa cm tiri pun.. sepupus tiris pun tak rasa cm tiris sangat. very the close uolls.

belah petang, suami heret aku melawat makciks nenekciks dia yg sekampung dgn kitorang. layan kan aje. seronok jugak..zaman bujang dlu kt umah makcik aku tulah aku duk hadap siang malam pagi petang sambil layan sembang dgn sepupus yg semuanya dah beranak pinak. tahun ni ade lah sikit hiburan lain yg hendak aku lakukan selain gosipping dan dengar my sepupus bercerita tentang anak2 msing2..

layankan saja gambar. tata.
 melenggang kankung bwak payung bagai. ai alergik sunrise uols.
 abang ipar

see? cmne lah bini dia tak over, laki sendiri pun berpayung bagai. hover hau hu hi habang.
sambung nanti. aku nk gerak g butik jap. akan update nt.

Friday, September 7, 2012

umo saya 26!

Posted by nurul shaida at 5:09 PM 2 comments

hola.. segannya aku nk update cte nih. tapi kene update jugak sbb maybe dis is the last birthday celebration utk makcik tua bangka ni. malu lah, dh tua2 cm ni pun ada birthday celebration bagai. makcik blushing uols!
ari tu masa raya ke 2 kalau tak silap, encik suami ade ckp sumthing tp aku mcm tak ambik port sgt sbb time tu sibuk touch up nk pegi beraya belah suami.. dia ckp, "tengoklah yang..raya ke 4 ke bila sume dh berkumpul (my siblings) abg belikan bucket KFC ke.. Marrybrown ke buat mkan2 sket." well, aku abaikan je. aku ingatkan dia sesaje sesuka nk beli fastfood sbgai juadah raya sbb dh muak mengadap rendang lemang sume. so aku ignore jelah. mane nk tau rupanya birthday celebration aku..mcm tak expect lah kan sbb birthday aku dh lepas dah..penghujung puasa, 16 ogos.. selang 4 hari nk sambut raya.  siap ada kek sume. patutlah mse aku celebrate birthday encik ni awal tahun aritu dia mcm serba tak kene..rupanya aku dh paham ape perasaannya bila ada org buat surprise party di usia2 senja begini. ahaks!

last suprise birthday celebration pun seingat aku mase aku form two.. dibuat khas oleh exbf aku (wah aku, form two dh ade bf siap bf buat surprise party bagai!) Egee, aku tak tau kau tau ke tak cte ni.. tapi fatin hanim and sharinnie ingat kot.. bila idham buat surprise kt Taman Lanun.. ala.. taman sebelah kelas aku tu, Form 2 Bestari.. siap ada geng nama Lanun Seyoya2 pahtu sesuka je bg mandat kt diri sendiri bg nama kt taman tu Taman Lanun. Faiqah, do u rememba Taman Lanun? ingat kan? so suwit.  tu je lah last rasanya..pastu takde dah.  masa kt uni dlu pun, aku takde stok kawan2 yg bila time birthday member je, pedajal dgn tepung, telur and air rendaman stokin. cukup tak berkenan aku! mujur member2 aku jenis bertamadun sket..celebrate birthday kt restoran.. kt pantai..romantik kan? huehuehue. 











anyway..thanks ye hubby coz sponsor all the foods utk majlis nih =)




update cerita raya secara gambar bersiri pasni. aku malas nk taip. =p

Monday, September 3, 2012

ji_wang.

Posted by nurul shaida at 8:49 PM 0 comments
Aku lihat dia disana
Aku ingin mendekatinya
Aku cuba menghampirinya
Lalu aku menyapa dia

Dia pun membuka bicara
Dan aku mulai mengenalnya
Kita mulai bermain mata
Mula timbul rasa bahagia

Bila dia, mendekati diriku
Hatiku rasa sesuatu
Bila dia, senyum pada diriku
Hatiku rasa tak menentu

Kekadang hati ku bertanya
Adakah dia dah berpunya
Kerana diriku berasa
Aku jatuh hati padanya

Aku ingin memilikinya
Aku ingin menjaga dia
Aku ingin mencinta dia
Aku ingin hidup dengannya

Bila dia, mendekati diriku
Hatiku rasa sesuatu
Bila dia, senyum pada diriku
Hatiku rasa tak menentu

Mungkinkah aku, kan berjumpa dengannya
Untuk meluahkan rasa
Mungkinkah aku, kan berdiam diri saja
Menunggu cinta darinya

Ku terima satu nota darimu
Yang tertulis ‘Aku suka kamu’

Bila dia, mendekati diriku
Hatiku rasa sesuatu
Bila dia, senyum pada diriku
Hatiku rasa tak menentu

Akhirnya kini ku kan mampu ceria
Diriku sangat gembira
Akhirnya kini, aku mulai bahagia
Menerima cinta darinya

Aku suka dia

Friday, July 13, 2012

hot men, hot dishes, hot look, hot temper.

Posted by nurul shaida at 12:28 AM 0 comments
aku baru saja TERbaca satu fakta bila lelaki memasak dekat melayukini.net. senyum sorang2 dibuatnya sambil relate kan dengan orang lelaki yang dekat rumah tuuu. jom aku share!

9 Fakta Bila Lelaki Memasak (Lawak!) | Memang kebanyakkan chef-chef terkenal di Malaysia mahupun di dunia terdiri dari kaum lelaki. Tetapi hakikatnya, umumnya kebanyakkan lelaki jarang sekali memasak, kalau ada pun tentunya masakan tersebut lain rasanya. Jom baca Fakta yang terjadi apabila kaum bapa yang memasak di dapur:

1) Menurut kajian, 99.9% lelaki di Malaysia amat pandai masak kari. Tapi megi kari saja la. ni aku tak setuju, sebab abah aku pandai buat ikan singgang, goreng ikan.. bakar ikan..buat rempah ikan bakar bla bla bla. encik suami lagi terer masak dari aku, sup ayam dia paling terangkat (diakui oleh mak mertua dia a.k.a mak aku), terer buat pencicah ikan bakar, terer buat tomyam, terer goreng bendi dgn ikan bilis, terer buat makanan2 superb tapi aku hairan, feveret dia, sambal tempe goreng tak pulak dia reti dia buat.. asyik aku je yg kena kerah.

2) Lelaki kadang-kadang memang suka memasak. Tapi masalah utama ialah mereka amat malas nak basuh periuk belanga serta pinggan mangkuk.   yang ni pun tak berapa 100% setuju. abah kalau memasak kt dapur mmg tak suka basuh ape yang dia guna. dia mcm set mind, "aku dh masak, turn korang lah basuh segala bagai ni,xkuasa abah" tapi encik asben selalu membasuh pinggan mangkuk yang dibiarkan oleh sang isteri di dalam sinki.

3) Apabila lelaki memasak umpama sedang bertukang umah, bukan main bising lagi.  yang ni pun tak berapa agree sangat sebab yang memasak macam sedang bertukang tu, aku.  abah dan encik asben (yang dua2 cool) memasak bukan main teliti lagi berhemah. silent and peaceful saje. macamkan si bini bru siap solat magrib pukul 8mlm, kuar bilik and "eh, syg dh siap masak? cepatnya.. tak sempat nak tolong..."  ngeee.


4) Adalah kebiasaan lelaki memasak tanpa memakai baju. Yang lebih seksi hanya memakai tuala. WELL, sgt setuju. lelaki2 kesayangan aku (abah, asben and adik) kalau memasak tu bukan reti nk pakai apron ke ape. bju pun kdg2 tak pakai. abah kalau memasak, kdg2 pakai short je.. same goes to my adik lelaki. time kerahan tenaga pd dia kdg dgn boxer tu lah dia pegi masak. asben pulak, after magrib prayer, bukak baju then keletang keletung dgn pakai kain pelikat saja. so sexyy weyyy. aum.
5) Menu utama masakan lelaki adalah telur goreng, sardin, telur goreng dan juga sardin. Tak ketinggalan jugak kicap masin. Yang rajin sikit masak megi dengan telur.  tak jugak. refer no. 1.

6) Jika seorang lelaki yang rajin memasak, anda akan dapati gas masakan akan cepat habis, kerana lelaki memasak selalunya guna api yg kuat. Cepat sikit masak. Kalau tak percaya, cuba tengok kat kedai mamak. Apinya bukan main lagi besar.  tak jugak. tp kadang2 ye. sebab my asben kalau goreng ayam/ikan, after panas kan minyak tu dia mane reti nk slow kan api time nk cmpak ikan/ayam ke dalam kuali. mane tak merecik minyak panas tu. pastu mulalah duk 14 batu nautika from kuali takut kene minyak panas.. manja! aku dh immune kene minyak panas ni sume..
7) Keadaan dapur rumah orang lelaki yang bersepah sepah adalah satu pemandangan biasa yang mempunyai nilai artistiknya yang tersendiri. Kalau ada lumut dan lipas itu tandanya mesra alam.  yang ni tak tau lah kot sebab encik asben duduk dgn parent since lahir hingga lah berkahwen. abah aku tak tau.

8 ) Biasanya lelaki tidak akan merungut sekiranya masakan itu dimasak oleh seorang lelaki. Yang penting, asalkan kenyang. Tapi kalau perempuan yang masak, komplen dia banyak sikit. takdelahhh. abah n my asben and my adik NEVER kutuk kutuk aku masak even tak sedap or tak semenggah. diorang akan cakap. "okay lah ni.. boleh makannnn" tapi my adik lelaki mmg best. tak penah bersungut dgn masakan aku. satu perkataan pun tak penah dia ckp. adekah kerana  dia buruk lantak or dia mmg takde perasaan?

9) Kalau lelaki membeli pelbagai lauk dan memasak dengan bersungguh-sungguh, serta dalam kuantiti yang banyak, itu maknanya dia nak bagi kat makwe. setujuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu.

Wednesday, July 4, 2012

quick update

Posted by nurul shaida at 10:57 PM 0 comments
bosan ah. asyik asyik buka blog orang je bace. bila blog sendiri nak update ni?  tanya akal dan otak sendiri.  memang banyak mende nak conteng kt sini, tapi KEKANGAN masa dan kerja tidak mengizinkan untuk curi2 tulang update. tapi oleh kerana hari ni merupakan SUPER BUSY DAY, maka aku akan update satu entry. [aku tak nampak weh kaitan antara kerja melambak dengan kau ade masa update blog!!]

teori nya adelah begini;

bila aku busy, buat keje sambil tercungap2 tahap mcm kene kejar dek hanjing padahal kene kejar dateline je, maka aku takkan kuar for lunch. sebab aku akan duduk2 je kt ofis sambil regang2kan otot2 sume. kununlah taknak kuar sebab bila kuar, banyak benda yg kene bazirkan. parking spot btul2 dpn pintu ofis, duit (sebab nak kuar mentekedarah-kaki nk laju je masuk secret recipe selang 2 bangunan dari opis) dan tentunya, bazir tenaga, nak kene drive lagi, kene menapak kt tengah2 panas ni (if parking jauh) and tu belum campur makian pada driver2 lain lagi tu (time lunch traffic kt Raub mcm kt Jakarta weh!). so dari pada aku melecah2 dgn sume hazab di atas, baik aku duk dendiam dalam opis, layan internet. bila dh bosan tgok fb, barulah hadap belog sendiri. nampak tak equation diantara busy dan entry tadi?  (aku pun tak paham ape yg aku merepekkan nih)

banyak ni nak story. holiday kat terengganu, luahan perasaan sentap, journey to perak.. zakuan adha aidil zafuan..
eh jap, yang last phase tu mcm menarik kan?


tapi tak berapa menarik punn. boleh usha2 je, laki aku dh warning awal2 "tak payah over pun tak pe" bila aku n ain ckp nk ambik gmbr dengan si kembar tadi mase behenti solat n makan kt RnR Tapah, Perak. kejam tau.  gigit bibir jelah tahan geram dgn laki sendiri. kang kalau tak dengar kata, derhaka pulakkkk.

marilah kita mulakan cerita dengan cerita jelajah Perak minggu lepas.

1 julai hari tu kami semua bertolak ke perak untuk mendaftarkan my lil sis, ain kt Tanjung Rambutan. Tanjung what? bukan ke tempat hospital gila tu???  Correct! pandai lah anda ni Geografi.  budak sengal tu dapat tawaran  pembantu pegawai Kesihatan kt sebelah hospital tanjung rambutan.  bukan daftar sebagai penghuni, tapi sebagai student.  dia ni b4 dis belajar kt Uitm Dungun, dah sem 3 baru dpt SPA.  bila dh bincang2 dgn sume suku sakat, kami decide utk hantar dia ni ke sana sbb bila dh hbis belajar tentu2 dh dpt keje, compare tu study dip kat  U kan. sekarang ni orang yg ada Dip berlambak, competitive gila lah utk dpt job. budak ni lagi lah seronokk. sebab dia mmg minat line2 hospital ni. dia mintak jugak Jururawat tapi tak dapat. xpelah, syukur, ade rezeki kt sini.

sempat singgah sarpino pizza b4 bertolak. budak berlemuih kt atas ni mengamuk nk makan pizza.

banker dengan beg duit. haruslah buat muka pasrah sebab kene pau.

seronok kau kan. takpelah, adek bongsu.

sempat tangkap baju sehelai utnuk encik suami yang bossy.

berhenti kat rnr Tapah jap. beri laluan utk orang yg boleh solat bersolat. yang keuzuran duk luar diam2 ambik gmbr ye

tak sedar bila si asya snap pic gmbr abah n my suami nih.

selebihnya adelah gmbr budak tanjung rambutan yang ade double chin ni. kahakahkah




layankan jelah gambar. aku dh penat. nak baring sambil imagine blackberry cheese kt secret recipe. nak menapak malas, panas.
 

akulah gadis itu Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea