Friday, July 13, 2012

hot men, hot dishes, hot look, hot temper.

Posted by nurul shaida at 12:28 AM 0 comments
aku baru saja TERbaca satu fakta bila lelaki memasak dekat melayukini.net. senyum sorang2 dibuatnya sambil relate kan dengan orang lelaki yang dekat rumah tuuu. jom aku share!

9 Fakta Bila Lelaki Memasak (Lawak!) | Memang kebanyakkan chef-chef terkenal di Malaysia mahupun di dunia terdiri dari kaum lelaki. Tetapi hakikatnya, umumnya kebanyakkan lelaki jarang sekali memasak, kalau ada pun tentunya masakan tersebut lain rasanya. Jom baca Fakta yang terjadi apabila kaum bapa yang memasak di dapur:

1) Menurut kajian, 99.9% lelaki di Malaysia amat pandai masak kari. Tapi megi kari saja la. ni aku tak setuju, sebab abah aku pandai buat ikan singgang, goreng ikan.. bakar ikan..buat rempah ikan bakar bla bla bla. encik suami lagi terer masak dari aku, sup ayam dia paling terangkat (diakui oleh mak mertua dia a.k.a mak aku), terer buat pencicah ikan bakar, terer buat tomyam, terer goreng bendi dgn ikan bilis, terer buat makanan2 superb tapi aku hairan, feveret dia, sambal tempe goreng tak pulak dia reti dia buat.. asyik aku je yg kena kerah.

2) Lelaki kadang-kadang memang suka memasak. Tapi masalah utama ialah mereka amat malas nak basuh periuk belanga serta pinggan mangkuk.   yang ni pun tak berapa 100% setuju. abah kalau memasak kt dapur mmg tak suka basuh ape yang dia guna. dia mcm set mind, "aku dh masak, turn korang lah basuh segala bagai ni,xkuasa abah" tapi encik asben selalu membasuh pinggan mangkuk yang dibiarkan oleh sang isteri di dalam sinki.

3) Apabila lelaki memasak umpama sedang bertukang umah, bukan main bising lagi.  yang ni pun tak berapa agree sangat sebab yang memasak macam sedang bertukang tu, aku.  abah dan encik asben (yang dua2 cool) memasak bukan main teliti lagi berhemah. silent and peaceful saje. macamkan si bini bru siap solat magrib pukul 8mlm, kuar bilik and "eh, syg dh siap masak? cepatnya.. tak sempat nak tolong..."  ngeee.


4) Adalah kebiasaan lelaki memasak tanpa memakai baju. Yang lebih seksi hanya memakai tuala. WELL, sgt setuju. lelaki2 kesayangan aku (abah, asben and adik) kalau memasak tu bukan reti nk pakai apron ke ape. bju pun kdg2 tak pakai. abah kalau memasak, kdg2 pakai short je.. same goes to my adik lelaki. time kerahan tenaga pd dia kdg dgn boxer tu lah dia pegi masak. asben pulak, after magrib prayer, bukak baju then keletang keletung dgn pakai kain pelikat saja. so sexyy weyyy. aum.
5) Menu utama masakan lelaki adalah telur goreng, sardin, telur goreng dan juga sardin. Tak ketinggalan jugak kicap masin. Yang rajin sikit masak megi dengan telur.  tak jugak. refer no. 1.

6) Jika seorang lelaki yang rajin memasak, anda akan dapati gas masakan akan cepat habis, kerana lelaki memasak selalunya guna api yg kuat. Cepat sikit masak. Kalau tak percaya, cuba tengok kat kedai mamak. Apinya bukan main lagi besar.  tak jugak. tp kadang2 ye. sebab my asben kalau goreng ayam/ikan, after panas kan minyak tu dia mane reti nk slow kan api time nk cmpak ikan/ayam ke dalam kuali. mane tak merecik minyak panas tu. pastu mulalah duk 14 batu nautika from kuali takut kene minyak panas.. manja! aku dh immune kene minyak panas ni sume..
7) Keadaan dapur rumah orang lelaki yang bersepah sepah adalah satu pemandangan biasa yang mempunyai nilai artistiknya yang tersendiri. Kalau ada lumut dan lipas itu tandanya mesra alam.  yang ni tak tau lah kot sebab encik asben duduk dgn parent since lahir hingga lah berkahwen. abah aku tak tau.

8 ) Biasanya lelaki tidak akan merungut sekiranya masakan itu dimasak oleh seorang lelaki. Yang penting, asalkan kenyang. Tapi kalau perempuan yang masak, komplen dia banyak sikit. takdelahhh. abah n my asben and my adik NEVER kutuk kutuk aku masak even tak sedap or tak semenggah. diorang akan cakap. "okay lah ni.. boleh makannnn" tapi my adik lelaki mmg best. tak penah bersungut dgn masakan aku. satu perkataan pun tak penah dia ckp. adekah kerana  dia buruk lantak or dia mmg takde perasaan?

9) Kalau lelaki membeli pelbagai lauk dan memasak dengan bersungguh-sungguh, serta dalam kuantiti yang banyak, itu maknanya dia nak bagi kat makwe. setujuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu.

Wednesday, July 4, 2012

quick update

Posted by nurul shaida at 10:57 PM 0 comments
bosan ah. asyik asyik buka blog orang je bace. bila blog sendiri nak update ni?  tanya akal dan otak sendiri.  memang banyak mende nak conteng kt sini, tapi KEKANGAN masa dan kerja tidak mengizinkan untuk curi2 tulang update. tapi oleh kerana hari ni merupakan SUPER BUSY DAY, maka aku akan update satu entry. [aku tak nampak weh kaitan antara kerja melambak dengan kau ade masa update blog!!]

teori nya adelah begini;

bila aku busy, buat keje sambil tercungap2 tahap mcm kene kejar dek hanjing padahal kene kejar dateline je, maka aku takkan kuar for lunch. sebab aku akan duduk2 je kt ofis sambil regang2kan otot2 sume. kununlah taknak kuar sebab bila kuar, banyak benda yg kene bazirkan. parking spot btul2 dpn pintu ofis, duit (sebab nak kuar mentekedarah-kaki nk laju je masuk secret recipe selang 2 bangunan dari opis) dan tentunya, bazir tenaga, nak kene drive lagi, kene menapak kt tengah2 panas ni (if parking jauh) and tu belum campur makian pada driver2 lain lagi tu (time lunch traffic kt Raub mcm kt Jakarta weh!). so dari pada aku melecah2 dgn sume hazab di atas, baik aku duk dendiam dalam opis, layan internet. bila dh bosan tgok fb, barulah hadap belog sendiri. nampak tak equation diantara busy dan entry tadi?  (aku pun tak paham ape yg aku merepekkan nih)

banyak ni nak story. holiday kat terengganu, luahan perasaan sentap, journey to perak.. zakuan adha aidil zafuan..
eh jap, yang last phase tu mcm menarik kan?


tapi tak berapa menarik punn. boleh usha2 je, laki aku dh warning awal2 "tak payah over pun tak pe" bila aku n ain ckp nk ambik gmbr dengan si kembar tadi mase behenti solat n makan kt RnR Tapah, Perak. kejam tau.  gigit bibir jelah tahan geram dgn laki sendiri. kang kalau tak dengar kata, derhaka pulakkkk.

marilah kita mulakan cerita dengan cerita jelajah Perak minggu lepas.

1 julai hari tu kami semua bertolak ke perak untuk mendaftarkan my lil sis, ain kt Tanjung Rambutan. Tanjung what? bukan ke tempat hospital gila tu???  Correct! pandai lah anda ni Geografi.  budak sengal tu dapat tawaran  pembantu pegawai Kesihatan kt sebelah hospital tanjung rambutan.  bukan daftar sebagai penghuni, tapi sebagai student.  dia ni b4 dis belajar kt Uitm Dungun, dah sem 3 baru dpt SPA.  bila dh bincang2 dgn sume suku sakat, kami decide utk hantar dia ni ke sana sbb bila dh hbis belajar tentu2 dh dpt keje, compare tu study dip kat  U kan. sekarang ni orang yg ada Dip berlambak, competitive gila lah utk dpt job. budak ni lagi lah seronokk. sebab dia mmg minat line2 hospital ni. dia mintak jugak Jururawat tapi tak dapat. xpelah, syukur, ade rezeki kt sini.

sempat singgah sarpino pizza b4 bertolak. budak berlemuih kt atas ni mengamuk nk makan pizza.

banker dengan beg duit. haruslah buat muka pasrah sebab kene pau.

seronok kau kan. takpelah, adek bongsu.

sempat tangkap baju sehelai utnuk encik suami yang bossy.

berhenti kat rnr Tapah jap. beri laluan utk orang yg boleh solat bersolat. yang keuzuran duk luar diam2 ambik gmbr ye

tak sedar bila si asya snap pic gmbr abah n my suami nih.

selebihnya adelah gmbr budak tanjung rambutan yang ade double chin ni. kahakahkah




layankan jelah gambar. aku dh penat. nak baring sambil imagine blackberry cheese kt secret recipe. nak menapak malas, panas.

Tuesday, June 19, 2012

tailor to be

Posted by nurul shaida at 8:00 PM 0 comments
haku tak kira. aku nk merempan jugak hari ni.

*kau ayan apesal..lama tak update blog alih2 nk amuk*


siapa yg penah notice kt blog lama aku which is iluvmyframepink.blogspot.com (now belog tu aku dh wt private n padan muka kt diri sendiri sbb lupa password), aku ade tulis wishlist kt situ. selain daripada berkahwin dgn prince charming (yes, aku mmg eksaited nk kwen), aku ade put something yg so so je bagi orang lain tapi LUAR BIASA bg aku iaitu, RETI MENJAHIT.

dah dah,  tak payah nk "eleh budak ni..setakat reti menjahit nak letak dalam wishlist bagai. aku jahit sambil baring ape de hall" sangat. aku salute gila babas lah kat orang yang terer (and pandai) menjahit. terer and pandai are different things u know. bagi orang yg buta jahitan setakat jahit jelujur kt seluar koyak tak pyh nk claim emo pandai menjahit sangat. aku just nak RETI. reti u know, reti. reti maknenya tahu basic-basic jahitan dan boleh jahit sarung bantal. *sebab sarung bantal aku selalu koyak - tidur ganas*

last month, aku TERbeli satu mesin jahit Singer. terbeli tu. sebab nak cakap sengaja beli, macam perasan diri tu penah sentuh mesin jahit sebelum ni. setakat gosok2 mesin jahit bertable n kayu (old version) arwah atok aku punya tu tak dikira lah ye. aku mmg adore gila pada arwah datuk yang pandai jahit macam macam dan bg present pada cucu kesayangans (especially aku yg suka demand nak itu ini) lantas dari kecik aku mcm dh tanamkan azam dan impian, nk jadi pandai macam arwah ni.

berbalik kisah mesin jahit yang terbeli dgn harga RM8++ ni, sejak bermastautin dalam bilik aku, adelah dalam 4 5 kali aku guna, buat jahit kain kain sarung / batik jawa pemberian orang2 kampung (org kampung ai ni tradisional sket, bg kain batik jawa as cenderahati pada newly wed), jahit suar pendek encik asben yang koyak time main bola, jahit langsir bilik tido sendiri dan minggu lepas, aku beli 2 meter kain leopard print dkt kdai kain raub.  konon nak buat dress labuh la, sleveless. plan nak pakai dgn cardigan, and nk pakai weekend ni, holiday kt terengganu. berangan lah, so aku godek2 lah manual jahit dress dari internet. bila dh mcm dpt clear picture bout that, semalam aku start menjahit. alkisahnya..

masa tengah jahit tepi utk piece pertama, aku notice yg benang dia separuh je lekat, then lepas tu benang dh tak lekat. aku belek2 lah benda alah then i found that benang sekoci dkt bwh dh hbis. oo. aku bukak partition bawah tu, tarik sekoci then mmg betul, benang dh hbis.  otak yg tak berapa suka berfikir ni start bkerja. perah punya perah aku teringat my cousin ade ckp, butang kt atas machine ni utk msukkan benang kt sekoci.. mknenya aku tak perlulah letak benang gaya manual (dgn tangan). tapi tadi kan aku dh ckp, otak aku mmg gagal berfungsi semalam, aku mcm terlupa mcm mana nk buat T___T last last, aku buat gaya manual #%&*@!*

hbis satu bala, time nk msukkan sekoci tu ke tempat asal, aku lupa plak camne nak msukkan. dasar bukak pandai tutup tak pandai lah ni! DASAR PEROSAK HARTA. bengang sgt dgn diri sendiri. then aku teringat manual book yg aku dpt mase aku beli mesin ni last month. habis satu bilik aku geledah n selongkar. ke hulu ke hilir angkat kerusi makan kt dapur wat masuk bilik semata2 nk panjat cari atas lemari. *dasar bantut*  encik asben yang time tu tengah syok landing kt sofa layan Terengganu mln Lions semalam pandang je (senyum tak perlu kata apa apa) godek punya godek, tak jumpa. actually, aku lupa mana aku lempar manual book tersebut T__________T

bila dh stress, tension dan sedih (memikirkan tak dpt nk feeling2 beyonce kt pantai marang nanti), aku baring sekejap. namanya dh menjahit kt tepi katil kan, haruslah bila frust je menunggeng atas katil. baru real punya frust menunggeng.  perca-perca kain, gunting, benang, bersepah2 atas katil. dah  dah. aku dh tak daya dah. semuanya boleh lupa. lupa lupa lupa. rasa mcm nk letak kepala kt mesin jahit, jahit otak sendiri. T___________________T

tiba-tiba encik asben msuk bilik dengan gaya santai dia. (dia ni bila masa tak penah santai, rileks je semedang aku tengok-jeles gua!)
"kenapa yang?"   hmm,, tanya lagi tanyaa... tak nampak ke aku tengah buat muka 14 nih.

bila tengok muka bini mcm ala ala nk bertukar mcm bini Shrek, ditambah pula dengan keadaan mesin jahit yang togel dikerjakan, dia pun try lah nk solve problem yg dicipta oleh problem-maker ini. try punya try finally dia berjaya msukkan menatang bulat tu dalam soket. now aku kene pijak pedal utk kuar kan benang bawah, rite? aku pun pijakk.

sekali lagi amukan tercetus bila mana benang tu tak naik lansung. LANSUNG LANSUNG. rasa mcm nk makan meja pun ade time tu. suami (dgn muka non-expression dia tu) godek2 lgi dengan gigih. yang si bini ni mulut tak henti2 duk pot pet pot pet maki diri sendiri sebab ade short term memory loss asyik lupa lupa lupa saja.  lastly, bini yang unpatient ni berkata, "bia lah sayang lau tak jadi jugak. esok elen angkut mesin ni pegi kedai Singer tu balik. tanya aci india jaga kedai tu camne nak buat,"  then, aku kemas2 kain, terus ambik komik shin chan, baring atas katil. suami pergi ambik wuduk dan sembahyang isyak.

pas sembahyang, aku ingatkan drama mesin jahit dah berakhir, rupanya encik asben pulak yang sibuk menggeledah dalam karung barang2 aku mencari manual book. gila gigih dia ni, agaknya dia nak tengok bini dia happy dpt pakai dress leopard kot. sibuk lah duk mencari dalam kotak, dalam bakul, dalam drawer,atas lemari, sedang bini dia asyik duk cakap, "elen dah cari kt situ..takde."   "..kt situ pun takde syg",   "...kt situ pun dah cari tadi.." di balik komik shin chan yang dibeli petang tadi. kemudian, misi pencarian manual book berakhir. dia pun turut sama landing di sebelah bini yang ade penyakit alzheimer tadi.  

ok, nak tidor sambil imagine leopard print dress kt pantai kelulut, marang pd hujung minggu nt.

nota hati: sayang, im glad to have u. contra to me, u always calm, cool and patient. i love u ketat ketat sayang.

Thursday, June 7, 2012

the sepet story

Posted by nurul shaida at 2:25 AM 0 comments

Thursday, May 24, 2012

ciri-ciri lelaki (suami) awesome from Ustaz Azhar Idris

Posted by nurul shaida at 10:11 PM 0 comments
Ciri suami Awesome, mengikut Ustaz Azhar Idrus...

1. Solat fardhu cukup 5 waktu.
   okay, suami saya cukup2. Ada kerja gaji RM800-1500 ke atas, boleh bayar rumah sewa,
boleh beli beras, boleh isi minyak, boleh antar ke tempat keje. Nafkah zahir boleh bagi, bukan n...afkah batin je tau.
   okay, range gaji dia pun 1300-1500 gaklah, tak gaji besar mcm suami org lain tp ckup lah utk aku dgn dia, barang2 dapur, bil2 sume., duit poket harian aku pegi keje, duit myak kete aku..tapi dia tak antar aku ke tempat keje, aku drive sendiri. syukurlah kann3. Ada kenderaan: moto kapcai dah cantek. honda EX5 orait sangat la tu dengan 2 helmet. Basikal pun boleh, tapi penat kayuh kalau dari Bangsar ke KLIA. Sebaik-baiknya kereta, sebab nanti nak bawa isteri yang mengandung ke klinik setiap bulan.
  okay, ade keta dia sendiri. moto pun ade, kdg2 bwk bini dia yg suka merengek mintak bawak bonceng petang2 mkn angin4. Lulus ujian fardhu ‘ain sekolah rendah. Maknanya boleh mandi wajib dengan baik dan boleh ajar isteri mandi wajib dengan betul,
apatah lagi mandi-mandi yang lain.
   dia mandi wajib lagi laaaaaaaaaaaaaama dari aku. kira dia lg particular kot dari aku bab2 mandi ni.
5. Boleh baca al-Quran dan boleh mengajar al-Quran walaupun setakat “Alif Ba’ Ta’” sampai Surah “Iqra’ Bismirabbikallazi Khalaq.”
   okay, boleh bace al-Quran even tak berlagu mcm kt dalam tibi6. Jenis lurus, baik & hati baik, tak menipu. Tadelah sampai menipu kata nak pergi Mydin tapi pergi mengorat jiran taman sebelah.
    so far, takde lagi. kalau kuar pun dengan aku, tak pun dgn bapak aku. takpun dgn adik beradik dia. kdg2 orang tua2 kt kg ajak kuar jugak, minum tea o kat kedai.7. Dia paham kamu, kamu paham dia. Paham jiwo gitu. Serasi bersama. Berbeza tapi boleh masuk.
    aah beza. aku suka apple gebu, dia suka apple ranggup. aku benci tempe tapi dia suka tempe. so aku masakkan jugak tempe kt dia even hdung rasa mcm  nk roboh.8. Gedik joget-joget pun depan bini dan anak-anak je. Depan orang lain sopan santun gitu.
    dulu mase couple gila serious dia ni. sgt proper. drive properly, sit properly, mkn proper. bila dh kwen, datang sengall dia tu, buat fashion show dalam bilik, pakai bra aku n boxer pastu jalan ala2 nyah. syg, i tak larat dh nk tgok u bersilat lah, buat show lah..sakit rahang tau gelak.
9. Jenis tak cemburu buta sangat. Cemburu macam ni ok, “Ehemm..ramainya kawan laki kat opis.. Jangan sampai lupa abang
taw..”
    fine, since kt opis pun ade dua je makluk lelaki, satu bos satu despatch, so dia mmg tak penah jeles. depan hari tatau lah.10. Belajar takat PMR je pun takpe, janji cara dia fikir tu matang dari yang belajar PhD
     dia ni kalau berpikir kalah aku yg ade degree nih. .11. Kalau dia jenis diam tak delah sampai orang kata tak bergaul dengan manusia lain. Kalau dia banyak bercakap pun tadelah sampai dia mengata-ngata orang lain.
      peramah, tapi tak over. pendiam tapi still leh ajak sembang. kalau dgn outsider lah. kalau dgn aku, jenuh nk melayan.12. Malas juga ke masjid, tapi dia pergi gak dalam sehari tu 2 kali sekurang-kurangnya Maghrib danIsyak.
     dia takde lah malas, cuma takde masa. bila mlm mcm free sket msti nk ke masjid. nk ckp tetiap hari tu mmg tak lah. tapi kalau ade ceramah kt masjid mmg dia yg pegi. aku solat kt umah je.13. Walaupun tak kerap ke kuliah agama, tapi bila tengok Youtube Ustaz Azhar Idrus ngajar tu sampai terlupa nak tengok bola. Jika da kuliah di masjid muka dialah ada di antara orang-orang kampung.
     kt laptop aku ade lah aku save ceramah2, selalu gaklah layan dgn dia b4 tdo.
14. Boleh susah senang bersama. Kalau isteri nangis, dia tolong riba isteri dan tenangkan. Kalau isteri sakit, dia tolong jaga dari malam sampai pagi.
     aku tak sempat nangis, baru sentap, dia dh tak bagi aku buat pape keje. suruh solat mgrib and isyak, terus suruh aku tido. pastu kang sedar tengah mlm tgok dia terkebil2 pandang muka aku. konon mcm' "kesiannya bini aku susah hati.." spesies ego, concern tapi tanak tunjuk sgt. kantoi lah u abang..15. Jenis senyum sokmo.
     dia memang kerangggg.tapi peliknya lau ambik gmbr manjang je muka serius. stress aku
16. Tak tengok sangat awek cuns, duk tengok bini dia je walaupn bini dia tak cuns (Tak cun tak pe, boleh tutup lampu)
      kalau awek cun lalu, aku akan ckp, "eeh, lawanya budak tu sayang..." dan dia tgok skali. aci lah kan cmni..tengok sama2. puji keindahan ciptaan Tuhan gak khennnn.

( dipetik dari koleksi ceramah Ustaz Azhar Idrus )

Tuesday, May 22, 2012

handmade

Posted by nurul shaida at 12:52 AM 2 comments

Anak-anak,

Hari tu mommy ada cerita pasal handmade kad kahwin yang buat mummy hampir rasa nak kunyah gunting kan?  Hasil seni yang mendapat pujian melambung tetamu2 abah mummy, yang mummy mula-mula rasa macam rendah diri sebab handmade invitation card mummy daddy tak seunik handmade invitation card Maya Karin nikah hari tuh. Tapi the result, mummy sembunyi sembunyi senyum bila emak mummy bagi feedback yang awesome. Syukur!

Untuk bertunang, nikah, dan reception, mummy sebolehnya nak kerah segala tenaga yang mummy ada. Segala kepakaran yang ada.  Sebolehnya memang nak guna 101% buatan sendiri. Tapi mana mungkin kan, mummy tamak masa. Kalau boleh masa 24hrs tu macam tak cukup je sehari.  So mummy just decide untuk buat gubahan sendiri, buat kad kwen sendiri, dan hias nasi pengantin sendiri.  Lagipun, segala benda yang berkaitan dgn daddy ni mummy kalau boleh nak buat dgn titik peluh sendiri, to show appreciation mummy dekat daddy yang sabar melayani mummy selama 8tahun. Well, handmade card ni memang jimatkan kos tapi tenaga lansung tak jimat ye.  Baru mummy terjawab dgn sendiri nya kenapa handmade card selalunya mahal-mahal kat kedai even raw materialnya hanyelah kertas2 lama, tali temali and.., kadang2 seashore yang boleh kita kutip free kat pantai Terengganu!  Kad buatan tangan memang menuntut kesabaran.

Okay, for card, we just need;
Ribbon – i prefer satin ribbon, Nampak elegan. Size ribbon bergantung kepada size kad.
ii)               Gunting
iii)                >Paper – depends on what type of Printer yang y’all akan guna. Macam mummy yang hanya guna printer multipurpose bind together with mesin potostet and scanner kat opis mommy ni, mummy guna A4 paper biasa, plain white, and beli yang tebal sket, 140gsm.  Bila kita pegang paper ni tak de lah rasa mcm kertas nak print report research sangat, sebab dia tebal. Dan keras.
iv)               Stipes wrapping paper – yang ni digunakan sebagai sampul.
v)                 Lain – lain material, korang boleh add on sebagai penyeri.  Nak letak beads ke, labuci ke.. tapi biar bersesuaian lah.  Tapi untuk Nampak elegan, mummy guna satin riben ONLY, the lesser the better katekan.
                                                          Gold ribbon -  for relatives





Torquise blue – for daddy’s side


Peach – for friends, neighbours and villagers.

Nampak macam letih kan nak ikat2 riben camtu.  Buat macam ni pun boleh jugak;
 

Thursday, May 3, 2012

penat

Posted by nurul shaida at 11:36 PM 0 comments
lamanya rasa tak update. macam byk benda nak cerita tapi badan otak jari tangan sume tak selari dengan keinginan.

oh, just for reminder (untuk haku saja), one of my bff miscarriage.  dear, be strong.  selamat menjalani pantang di kampung dengan seadanya. i will pray for the best, for u, for us.

penat weh, badan rasa macam kene lenyek steamroller.  habis punah sendi2. rasa mcam kan seminggu ni cepat sangat berlari, termengah nak mengejar masa. sedar sedar today, dah Jumaat. esok weekend. bila weekend makanya aku menjadi manusia super bizi. puff.

minggu ni mcm peak gila. attending course kt K.L, kejar dateline, kene kejar from banker chaser, (mcm ape je kan.. kalau aku tak kejar orang, orang kejar aku. feeling2 police sentry ke ape?)  dh balik dari course tu, dari meeting segala bagai tu ingatkan nak rehat otak barang sehari dua. tapi borang annual leave nampaknya kene kepam lagi lah dalam drawer. tak sanggup rasanya nak submit borang cuti kat bos dengan file menimbun kt meja. bos aku okay je, boleh je approve cuti tapi bila pk2 balik, balik cuti nanti pun keje makin banyak sbb asyik delay je kan. so, malas dah nak buat perangai tangguh2 keje. dulu time blaja boleh lah nak wt perangai buruk cmtu. at least yg kejar kau cuma lecturer. ni kalau aku buat kt sini, alamatnya berasap telefon terima call bertalu2 dari client, hq, bank bagai sume.  daripada darah aku naik, migrain aku datang, headwind aku menjelma, baik aku setel dlu.  nak hanimun nak holiday ke ape, letak tepi.

gila gigih aku sekarang.

sebab terlampau bz, sekarang kt opis nak belek blog sendiri pun mcm tak sempat. lagikan nak check emai.  apa yg aku duk hadap hari2 adelah bank portal, ofis email bla..bla..bla.. semuanya related to the work. tade satu pun related to the social life.  kadang2 rasa mcm nerd gila dah, sampai satu mende news or gossip pun aku tatau. huh.

and, keberhasilannya, most of my cuzzy ckp, aku dh kurus. walaweh! diri sendiri tak sedar dah susut berat badan. mana taknya, gila punya focus pd keje, kdg2 tak sempat makan. balik keje, terus rushing pegi ajar budak2 pre-school menari. melompat2 kat sana. kuar peluh lagi. balik rumah dh magrib, mandi, solat and masak.  makan belum tentu lagi sebab bila badan dh terlalu penat camtu aku lebih rela terbongkang dari makan.  alangkan makan, astro tengah bg free 130 channel pun aku lebih rela tutup mata. mata rasa macam ada gunung kalimanjaro bertenggek kt atas. gila sadis. masa second semi final kelantan vs kedah ari tu pun aku buat2 layan je dpn tv. elok je bentang toto dpn tv kan, dh kau ckp nak tgok bola sambil landing kan, ha rasakan. belom habis masa pertama, aku dh berdengkur. 

tapi betullah, kalau penat stress serabut sengkak otak sume ni, suami cuit2 pegang2 pun aku dh malas nak bukak mata. harap paham ye encik abang.  malam jumaat tak malam jumaat. banjaran himalaya dah bertenggek kt atas mata dah ni.

now gaji swasta dh selaras kan, minimum gaji 900 kan.  bagus bagus.  kat opis aku ada bukak jawatan untuk receptionist. ringan je tangan nak apply.  malas dh aku wat keje macam orang tak cukup nafas ni. kalau duk front desk angkat tpon lepas tu transfer2 okay jugak ni, tak serabut kene chase dgn bank, tak serabut dengan dateline, tak serabut dgn penalty, tak payah pk banyak2 balik rumah mood nak bermesra pun banyak. gaji pun not bad kan untuk angkat tpon and duduk cantik2 dpn pintu. okaih, aku nak pergi apply jap. tapi kalau office ni nak receptionist yang tinggi lampai cantik mulus macam intan ladyana memang tak jadi lah nak apply. kene g buat pembedahan sambung tulang kaki dlu.

 

akulah gadis itu Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea