salam. aku nekad. aku nekad dan berazam untuk tidak menjadikan blog aku tempat untuk preview filem, tempat belajar memasak, hatta tourist directory. biarlah blog ini kekal dengan tidak mempunyai visi dan misi, dan tidak mempunyai jati diri. biarlah. biarlah ikut suka aku. meniru orang itu cliché kau tau? ( dan perasaan utk tidak meniru sesiapa juga adelah sangat cliché, hoi!)
tapi cerita di atas, cerita Istanbul aku datang (yang selepas ini ditulis sebagai IAD) bagai menarik-narik minat dan mood aku untuk mengupdate blog dan secara tidak lansung, aku menjadi seperti blogger2 lain yang menjadikan filem review sebagai modal mengupdate blog. bravo..bravo.. sy tabik betul pada anda yg sgt suka memberi ulasan. mesti buat research aritu anda semua score part article review kan ?
okay. berbalik pada iad. kenapa aku begitu jatuh cinta pada filem bergenre komedi romantic ini? walaupun zaman dulu2 aku juga pernah meminati newboyz (jangan buat muka! aku tahu korang jugak suka tgok his babyface kan ! maluew ler teww nk mgakuu) tp kehadiran tomok dalam cerita ini adelah sama spt kehadiran subtitle dlm filem melayu. sangat tidak membantu. maksudnya, tak ade pun tak ape. kan dah guna bahasa melayu, buat ape nk guna subtitle melayu kan ..
yang penting sekali, masyaAllah! Istanbul is great!! aku macam rase rugi kalau kerdipkan mata mase tengok cerita nih.(hiperbolanya). tapi serius..aku macam jatuh cinta kali pertama dengan scenery, the buildings, the arts and the weather of course! hailah. bestnya kalau dapat pergiii..
okay, Istanbul adelah sebab utama aku rekemenkan cerita ini pada officemate and my siblings. I sanggup beli astro first dua kali untuk cerita ni uols. jangan tak tau.sangat hover. pastu bil astro melambung. pastu tak puas hati, mintak lg dgn colleague yang ade citer ni, nk save dalam pendrive. buang tebiat ape ntah. slalunya stok2 filem melayu aku terus delete lepas tengok. bukan mcm cerita korea , nehi never lah nk delete kan . sanggup ni beli hardisk semata2 nk simpan semua buat koleksi. nak2 lagi reality tv show diorang..oh, I love my lappy because my kachak heroes in it. hahaha.
kembali ke alam nyata. maaf, pengulasan saya tersasar dari landasan sekejap. jadi, Istanbul itself boleh dikatakan sebab utama aku menggilai cerita ini. maka, alasan-alasan lain adelah seperti berikut:
1) Lisa Surihani – yah, aku minat tengok dia berlakon. even tak mcm fasha sandha, tapi cute ape lakonannya. she have a cute behaviors, believe me!
2) dia (lisa surihani – yg juga heroin cerita ini) memegang watak sebagai Dian. dan Dian adelah nama kegemaran aku sejak dulu, kini dan selamanya. boleh dikatakan sejak bujang, berkahwin, dan smpai sekarang aku nekad menamakan anak2 aku spt Dian Sofea, Dian Sumaiyah, Dian X, Dian Y, bla..bla…bla..
3) I love colour block. dalam cite ni si Dian selalu memakai kaler yang sangat blocking, contoh, seluar biru stoking tinggi oren, tas tangan oren, jaket ijau. so sweet okay. its remind me to my sista, ain yang suka color blocking, suka menaikkan darah mak aku bila tengok dia pakai skinny kaler merah dengan kasut biru, dan bercardigan polkadote peach.
4) aku suka Beto Khusairy. dan start dari cerita ini, aku terus meletakkan Beto sebagai hero pujaan.. tolak tepi sume Fahrin Ahmad, Aron ajis, adi putra..etc. beto plays a good character sbgai housemate Dian, yang pada mulanya tak tahu pun dian check in menceroboh rumahnya. dingin, sarcastic, yet caring. here he is.
5) dan of course, aku cerita jalan ceritanya. even my officemate ckp crita ni quite lembab dan membosankan, tapi tak pe, ianya seakan in dgn aku. kene dengan jiwa. bila anjing dengan kucing (Dian & Beto – aku lupa nama watak beto dlm cite ni) yang selalu bertekak bergaduh bertumbuk kt umah ni tetiba jadi close, dan si hero ni mcm boleh jadi comfort pillow pada si dian yang tengah frust dgn azad (tomok), I loveeeeeed the way he show his kindness. walaupun nmpak macam bangang, tapi sebenarnya betul, tepat dan relevan untuk dilakukan ke atas wanita-wanita yang sedang putus cinta/ bersedih. ianya tiba-tiba mengingatkan aku pada:
a) mr.A – mase aku year six, aku Cuma dpt 4A saja dalam UPSR. tiba2 rasa cengeng, padahal aku dh expect dh aku takkan dpt straight A. tiba2 menangis, dan dia, mr.A, si kacang hantu, kacang tanah, kacang busuk buruk nih, yang selama ini aku TERAMAT bencii meluat menyampah sebab suka membuli aku (hingga aku pernah doakan supaya dia mati cpt) datang, berdiri disisi aku lalu berkata, “rileks lah. jangan nangis. okaylah tu dapat 4..aku dapat 1 je. tak nangis punn…” sambil si budak cengeng ini sok sek sok sek sedut hingus dan air mata..dan dia menyambung, “comel lah mung nangis. tahi lalat mung bergerak2..hidung merah..” dan aku, makin kuat lah melalak. tapi the best part is, “suka lah tu orang puji dia comel mase nangis, sebab tu xbehenti2 nangis..” mcm haram. keji tak? tapi bila di ingat2 lagi, owh. this is the way he express his concern.
b) mr.B – mase form 5. nk kata bercinta tu macam tak lah. sbb masing2 xpenah ckp pape. cukup skdar aku dilayan lebih drpd orang lain, dan aku pun mempunyai perasaan yang berbeza terhadap dia berbanding classmates lelaki yang lain. mase tu, aku tengah nangis jugak, (cengeng amat budak nih! keje kau asyik nangis jeke??) then dia ckp, “eh, dahla menangis, malulah. semua orang tengok…dah dah..dah.. jom, kita pergi koop nak? saya belanja air. awak nak air kotak soya? milo??’ then aku mse tu memaki hamun di dalam hati sebab dia sungguh tak memahami perasaan aku ini sbb aku anggap offer sekotak soya itu adelah gurauan biawak dia. lalu dia sambung lagi. “tapi..comel lah kalau awk nangis..” and aku, masih lagi menangis and u guess what? ye, lelaki agaknya sume mulut longkang kot time ppuan menangis. dia boleh sound aku, “suka lah orang puji dia comel..sebab tu masih menangis..’ otomatik aku berhenti menangis dan tahan air mata. lahabau punya budak kann.. kira sejarah berulang lah ni.
6) Dan, aku suka watak Dian yang sangat transparent dalam cerita ini. dia suka utk express her feelings toward his fiancé to be, azad.. tapi kadang2 terlalu jujur ni tak elok jugak. and poor dian, sad ending untuk her r/ship with azad. but,, jeng..jeng..jeng..
“MELEPASKAN BUKAN BERERTI BERAKHIR SEGALANYA, SEBALIKNYA IANYA ADALAH PERMULAAN BAGI YANG BARU”. That’s it!
7) ending? tak surprise pulak aku cerita kan . cuba korang layan sendiri. tapi aku tak jamin la tahap kebestannya melalui persepsi orang lain. tp menurut piawaian aku, citer ni Heebak!!