Thursday, January 5, 2012

dugaan.

Posted by nurul shaida at 10:09 PM
tadi pagi, one of my bff  msj;

dia:  leen, nangis mse prepare wed ok ke?

aku:  oh, normal..aku slalu nangis sorg2 kdg2 nangis masa drive. kadang2 melarikan dri drive jauh2 n nangis sorang2. nak nangis kt bahu tunang xhalal lagi time tu keh2

dia:  ooo..ok, i am normal. hehe...


boleh gelak lagi member sorang ni tapi aku paham kat dalam hati dia ada rasa apa.  tapi aku tanak panjangkan lah sebab musabab dia msj macam tu, personal dia kan.  cuma aku nak bagitau, menangis dekat2 menjelang wedding adelah NORMAL.  kau bukan e.t or alien kalau berperangai camni.

dulu, masa akak aku kwen, sekitar bulan julai 2011, aku stress tengok dia stress.  akak aku amik unpaid leave selama sebulan untuk settle kerja kahwin. actually, dia cuti 2bulan, 1 bulan bergaji, another month tu unpaid.  dia takpelah, keje dengan bakal abang ipar dia time tu, and dia punya bos kecik adelah husband dia sekarang.  dan cuti seumur hidup bergaji pun takpe kan.  kebetulan, time tu aku bhenti kerja kat KLIA n pindah ballik raub.  konon2 macam nak tolong2 kakak aku apa yang patut lah.

masa tu lebih kurang sebulan lagi lah dengan tarikh kawen dia. ke hulu ke  hilir sorang2 g tengok pelamin, kejap2 g tanya tailor tentang baju pengantin.  masa tu husband dia still kt temerloh, n macam ada perintah berkurung la diorang ni tak leh berjumpa takut ilang seri ke ape ntah.  terkial2 lah kakak aku tu.  plus, masa tu diorang macm ada krisis.  kakak aku pernah tanya aku, "ada tak pengantin lari ek?"  aku jawab, "ada..kau nak lari ke mana, aku boleh tolong bawakkan. pakai keta aku, kau tuang myak."  masa tu duk pikir, dia ni stress gila nampaknya, kan best kalau dapat kuar dari raub ni hirup udara segar sket.  tapi, namanya mak kitorang nak bagi jalan jauh2 dekat2 nak kwen, memang TAK lah kan.  and sadisnya, aku pernah tengok kakak aku buat gubahan hantaran atas katil, sambil baring.  kejap2 dia campak ke tepi barang2 tu. kejap2 dia ambil balik, sambung gubah. and last2 dia tertido. tapi selalunya pukul 9 malam dia dh terbongkang, masa tu dia tak sms pun dgn tunang dia.

bila tengok kakak aku camtu, aku terpikir; kenapa bakal pengantin macam suffer je dekat2 nak kahwin? masa tu lah nak bergaduh gile2 dgn tunang, masa tu lah nak emo tak pasal2, masa tu lah nak sensitif.  bukan ke kalau nak kahwin kita sepatutnya gumbira?  bukan ke muka kene ceria bercahaya, bibir tersenyum je? bukan ke macam tu?

dari situ, aku berikrar; BILA TIBA MASA AKU NANTI, AKU TAKNAK EMO, AKU TANAK SUFFER, AKU TAKNAK STRESS AND AKU NAK BUAT PERSIAPAN PERKAHWINAN DENGAN PENUH RASA GEMBIRA.

tapi, kau tahu apa jadi?

sebulan sebelum aku nikah-----> everything is fine.  tapi tiga minggu sblm nikah, aku dah mula stress.  kalau kakak aku ari tu stress dgn tunang dia, aku stress dgn keadaan n family. and keadaan aku lbh teruk dari kakak aku.  aku buat semua kerja, dari bersihkan rumah, design langsir, tengok pelamin, plan for wedding, prepare guest's list, pikir nak letak apa dlam goody bag, pikir nak bagi souvenier apa.  dahlah masa tu jadual aku pack dgn kelas, banyak kelas nak kene ganti masa tu. pagi petang siang malam aku kene buat replacement class.  tak cukup tu, weekend ada replacement class lagi. aduilah hai.

aku pernah, terasa dengan family, aku drive ke bandar raub, pusing2 cari port best last2 aku jumpa taman awam kt depan hospital raub.  ha duduk lah aku menangis mengugu-gugu kat situ.  seminggu nak kahwin, aku tanya tunang aku, "kalau kita tak kawin tak boleh ke?".. "tanak lah kahwin, syg nak kwen ke?" mcm2 lagi lah pertanyaan pelik2 aku bagi kt my fiance mase tu.  sib baik dapat boifren damn cool, dilayankan aje angin tak betul aku masa tu.

3 hari b4 kwen, aku sendiri panjat tangga besi, pasang tirai dlm bilik pengantin.  sadis tak?  sbb takde sape volunteer nak tolong. sehari sebelum nikah, aku sendiri cari kawah kt stor, isi air, hidupkan unggun api kt tepi rumah, and rebus telur 200bijik.  berpanas berwap semua sorang2.  sedih kan.  masa tu, betul3 rasa macam sebatang kara diri ni. 

dan, hari aku nikah, pagi tu, aku sendiri berlemuih2 pasang skriting kt meja nasi pengantin, buat decoration, cut fresh flower, buat table setting bagai.  lepas tu, lari2 ke dapur, hias nasi pengantin.  nasib aku agak baik lah sebab aku tempah katering kan, so nasik pengantin aku pakai ceduk dari tray caterer tu je.

sadis kan.  ikrar nak buat muka bahagia ceria menjelang nikah memang tak kesampaian.  now baru aku mengerti perasaan kakak aku time tu.  bila selesai semua majlis, rasa mcm lega gila.. bila aku cerita kt encik suami, dia kata, "takpelah yang..nak buat macam mana.  nanti diorang akan kawen jugak"  aku pasrah jelah. 

so sahabat, jangan risau kalau mata sembab sbb kuat menangis mase nikah.  nanti suruh mak andam touch up bahagian mata lebih sket. hehe.
     zoom mata aku. scarry.

0 comments:

Post a Comment

 

akulah gadis itu Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea