Wednesday, March 2, 2011

kenangan semalam

Posted by nurul shaida at 12:13 AM
Oh kenangan
Kenangan mengusik jiwa
Ku terhempas...
Jauh di sudut mata
Jiwa kian terpisah
Makin sengsara...
Oh sesalan
Sesalan datang meragut
Hati pedih...
Tak mungkin dapat dilupa
Segala yang kita bina
Hancur akhirnya...
Sampai masa ku teringat
Segala pahit menikam rasa
Hening semalaman
Ku di pusara
Cinta airmata
Oh semalam ku terbenam
Di lubuk asmaraku
Yang jauh ku kembara
Jauh perjalanan
Jauh destinasiku
Namun tidak kesampaian
Ke arah tujuanku...

actually lagu ni dah lama tapi aku baru je dengar [poor me] tapi bila mana2 lagu yang ada kaitan dengan memori2 kepam aku, mesti aku akan letak kat sini as in aku akan ingat sampai bila2.
lagu ni actually encik kedua[ sini untuk definisi 1-5]

masa tu kami baru je declare clash tapi about 2weeks after, dia ajak aku kuar.  katanya, keluar sebagai kawan2 sebab kami tak keluar berdua nanti, tak silap aku member2 dia n aweks memasing ada gak.  so aku kuar jelah. actually aku memang malas nak jumpa manusia ni sebab suka sangat wat kuar ayat2 berkolesterol tinggi and suka begging aku.  so awal2 lagi aku sound; "nak jumpa boleh tapi takat jumpa n hang out jelah. no cinemas, no holidays. kalau makan2 ok" dan dia setuju. omaigod. aku terlupa nak letak satu lagi syarat, iaitu NO KAROKE.  tapi nak buat cemane, dah terlambat.

so now, melangut la aku kesejukbekuan di dalam bilik karoke tersebut.  dahla ari tu pakai blouse lengan pendek, memang meremang la segala bulu roma yang ada.  dia cam biasa lah dengan lagu2 leleh dia tu. salah satunya lagu ni lah.  memang dia, kalau nak memujuk aku kalau directly tak layan, dia akan guna cara indirectly. which mean, konon2 tak pujuk tapi sebenarnya berharap aku mendalami bait2 lagu yang dia nyanyi.  

sorry darling, my heart bleeds no more since it turn to stone.

masa dia nyanyi, dia jeling2 kat aku.  kadang2 tangan tu gatal nak  menggengam jejari aku.  oh please lah. stop with your cheap drama.  i can memorized all the script, lah.

tapi aku kan manusia berhati tisu.  kat luar muka memang stone keras semacam je, macam arca.  tapi dalam hati, memang aku akui tersentuh [ceh!]  yelah sapa tak terkesan kan, nak2 lagi dia manusia yang pernah aku sayang.  tapi tulah, im not old shaida anymore,  bila ati nak melting je aku cepat2 letak simen.  kasi keras sket.

aku senang memaafkan tapi payah melupakan.

0 comments:

Post a Comment

 

akulah gadis itu Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea