Saturday, February 12, 2011

drama king come back!

Posted by nurul shaida at 6:02 AM
ingat tak, previous entry aku ada bercerita tentang cinta kedua yang dah memporak perandakan idup aku? adalah..ada aku teremo sket kat sini.

dan memang aku dh agak dah, encik second ni memang akan kembali and buat comeback la kunun2nya. deyyyy..ingat celine dion ke nak comeback2 bagai ni?

ikutkan ati aku ni, memang tak nak hadap lagi muka beliau.  tapi bila roomate aku and my sis siang malam pagi petang duk membebel sebab tension menerima mesej2 dari pakcik saiko ni, aku pun dengan baik atinya (neraka apakah??) amik keputusan untuk berdepan.  aku ingat lagi mesej yang my sis forward dari si saiko ni;
"aku ambik cara baik, biar la aku pulangkan cara baik.  aku janji aku takkan keruhkan keadaan.."

tak keruhkan keadaan kau kata?? sepanjang hari muka aku keruh dan mengira detik nak jumpa kau malam tu..

well, aku kan warrior (red warrior from kelate :)).  maka, aku pergi dengan set muka 'stone'. macam2 mana pun, aku akan keraskan ati, tutup rapat2 dan transform ati aku jd besi jap.

aku g dengan kakcha.  takut jugak aku g sepang sorang2.  bukanlah sebab aku takut drive sorang2 jauh2 camtu, macamlah tak biasa kan..tapi aku takut si saiko tu buat benda diluar jangkaan nanti.  so untuk keselamatan, aku bawak bodyguard.  even bodyguard aku ni awal2 lagi masuk keta bila tengok drama ala2 korea ni nak bermula.
okay aku paham kalau dia menangis mengugu-gugu sambil cium tangan aku  mintak ampun.  aku paham kalau dia bungkus sume reta aku  yg boleh mengembalikan kenangan kami dan pulangkan balik pada aku.  yang aku tidak paham di sini adelah; perlu ke kau nak bagi aku a bouquet of flower siap teddy bear bagai ni?  2tahun bercinta sahkan sejambak bunga, daun sehelai pun kau tak bagi.  tapi aku tak kecewa pun sebab aku tak sukakan bunga or whateva lovey-dovey present camni.  lagi afdal kalau kau bagi duit takpun bawak aku pegi shopping.  lebih bermakna kalau aku dpt rembat perfume or guess selai dua kan.
break up tapi dapat bear dan bunga. kau ada??

dalam hal ni aku taktau la sama ada aku yang tak peka dengan perasaan org yang tengah frust atau dia yang tak paham frasa 'break up'.  kenapa sampai nak berhadiah bagai ni. siap ada 'loving u forever' lagi kat bear tu. dahla besar.  im not type of lady yg suka menda2 girlish ni. berbulu2 bagai.  kalau nak bagi, bagi teddy yg rupa mcm momoe aku, for sure aku terima.
kalau bg menatang ni takpe jugak.

ok sambung balik. after sembang2 lebey kurang kat dalam kedai, kami bertiga menuju ke car park. dia park btl2 sebelah keta aku.  terus buka boot keta. omaigod.  banyak gila rupanya barang2 aku. teheehehe.. barang2 dapur yang aku tumpangkan kejap kt umah dia pun ada.  tak termasuk beberapa pasang kasut.  tudung. oh yes, dia ada bagi gebar selai.  souvenier dari emirates flight lau tak silap aku. gebar kau tau gebar?  selimut lah kakak. 

kak cha awal2 lagi angkat kaki masuk kereta bila dia dh dengar intonasi dia dh berubah.  ya aku tahu.  dia bercakap dengan nada sebak yang tertahan2.  aku turut sebak jadinya (????) pastu, dia ajak discuss dalam keta.  masa ni la dia bagi bunga n bear.  katanya, takut tak sempat tengok aku konvo nanti.  tak terharu kah anda?  mestilah terharu.  sekuat mana bencinya aku pd dia, aku tak boleh tipu bahawa aku turut terkesan tengok dia mengugu2 menangis sambil lap2 air mata pada jaket yg dipakainya.

memanglah perkara biasa lelaki menangis kan. sebab lelaki pun manusia jugak. tapi kalau orang itu adalah p****r, gangster, pastu kerja plak dalam uniform yang digeruni oleh ramai orang, dengan muka bengis ala2 nak makan orang je, agak jatuh rahanglah kan. dia? menangis?? ok bukan aku nak ckp yang aku tak penah tengok dia menangis b4 dis, sepanjang 2tahun kitorang couple.  ada jugak rasanya yg btl2 live sekali tu pun air mata bergenang saja. tak menitis lagi.  tapi mlm ni basah tangan gua beb. basah!! kan aku dh cakap tadi, dia salam gua mintak ampun..

aku sebenarnya dah jatuh kesian (bukah kasih ya); tapi memang tetap tak mengubah apa2 pendirian.  bagi aku, perjumpaan malam ni tak lebih kepada perjumpaan terakhir memenuhi hasrat hati dia utk tengok aku buat kalli terakhir. plus; amik reta aku. itu saja.  tapi biasalah dia dan skrip penyesalan dia tu. 

sorry ye cik abang. my heart stop bleeding since it turn to stone.

tapi yang membuatkan aku hampir2 epilepsy adalah bila dua hari kemudiannya, dia masih sms2 aku dan clarice.  memujuk dan merayu.  hey, terus tak jadi kesian hokay.  mamat ni tak paham bahasa or tak reti bahasa.  sampai jadi manusia obsession sanggup ikut aku balik dari keje semata2 nak tahu mana rumah sewa aku.  then bila aku halang, dia tetap degil nak follow.  sampai ke malam laa aku bwk dia 'makan  angin' kat area puchong.  las2 skali bila dia tak jugak give up, aku menonong je pergi park depan balai polis putra perdana. hambik kau.  

tapi aku tetap aku. hati tisu. mana sampai ati nak report polis.  aku bercerita secara tak formal je dekat abang2 polis yang bertenggek di depan balai itu.  tapi dia call, menangis lagi. alahai. cukup2 lah drama, wahai drama king!  kalau nak menyesal sekarang pun tak guna dah.  bawaklah semua betina2 simpanan kau tu mengadap cium kaki aku pun belum tentu aku kembali ke sisi kau. ngerti??

dan hari ni, masih lagi nak tekel2 aku dengan sms2 'mengulit kenangan' dia tu. call memang aku haram nak angkat. apa? genting highland? alamanda? lagu bila nak saksi? kenangan kt padang kota? AKU DAH LUPA,LAH.sorry.

and last sms aku; 
"ayg, try check ticket ke bali.  abang ingat nak bawak ayg p sana awal bulan 7.  ayang suka bali kan?"

Bali? what bali? limau barli aku suke. tapi aku tak suka p bali dengan hang. arigato gosaimas.

agak2, patutkah dia masuk sekolah semula dan tanya cikgu maksud 'break up' tak??

0 comments:

Post a Comment

 

akulah gadis itu Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea